Gelap

Isteri Paling Popular 89

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear โš™ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple (๏ฃฟ) > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Isteri Paling Popular 89

. Seperti biasa, Mia Sofea membaca surat khabar di dalam keretanya ketika perjalanan menuju ke set penggambaran pada pagi itu.
"Geng Kak Long?" Mia Sofea terkejut.
"Hah? Apa tu?" tanya Yayat di sebelahnya.
"Tak.
Ini ada berita pasal kumpulan gengster Geng Kak Long.
Kelakar pulak nama tu.." jawab Mia Sofea.
"Geng Kak Long? Apahal kelakar sangat nama tu?""Itulah.
Bagi la nama ganas sikit kan? Ini nama 'Kak Long'.
Macam-macam la zaman sekarang ni..." Kata Mia Sofea sambil melipat kembali surat khabar tersebut.
Dia kemudian meletakkan kembali naskhah surat khabar tersebut di ruang poket kerusi di hadapannya.
"Geng Kak Long...mesti ketua diorang ni perempuan kan?" Yayat meneka.
"Mungkin.
Wah, scary la.
Perempuan pun boleh jadi ketua gangster!" Kata Mia Sofea.
"Kau lagi la gengs"Apa kau cakap?""Eh, takde.
"Sebut pasal kak long-kak long ni, si Mail dengan Zam ada contact kau tak? Macam dah lama pulak aku tak dengar khabar diorang.." Mia Sofea mengurut dagunya memikirkan hal Mail dan Zam.
"Oh, tak ada Tapi, eh? Apa diorang buat sebenarnya sampai hilang punya lama?" Tanya Yayat.
"Entah.
Aku pun tak pasti.
Itu hari Zam dengan Mail ada jumpa aku.
Diorang kata apa entah aku pun tak faham.
Diorang mintak izin aku, lepas tu diorang blah..." Jawab Mia Sofea.
"Ish.
Mintak-mintak la bukan buat kerja haram!""Alah.
Tak ada nya.
Aku dah pesan kat diorang awal-awal jangan buat benda pelik, jenayah ke apa..""Itulah.."Perbualan mengenai Mail dan Zam habis di situ sahaja.
Mia Sofea dan Yayat kemudiannya berbual perkara lain yang menjurus kepada aktiviti Mia Sofea untuk hari ini.
ย  Pada malamnya selepas selesai semua penggambaran, Mia Sofea akhirnya pulang ke rumah.
Sebaik sahaja memasuki kawasan rumah dia dikejutkan dengan Mail dan Zam yang sedang bermain dengan kucing-kucing Mia Sofea di luar pintu.
"Astaghfirullahal'azim korang ni! Terkejut aku!" Mia Sofea menggelengkan kepalanya.
"Ah! Kak Long! Apa khabar!" kata Mail dan Zam serentak sambil menundukkan badannya tanda hormatย  sebaik sahaja menyedari kehadiran Mia Sofea.
"Apa korang buat sini?" tanya Mia Sofea.
"Tak ada Kak Long.
Kitorang cuma nak bagi report je hehe," jawab Mail.
"Laa... Telefon si Yayat je lah!""Err..phone kitorang rosak Kak Long.
Jatuh itu hari.
Itu pasal kitorang datang sini terus hehe," kata Zam pula.
"Macam-macam la korang ni.
Hah, Korang ni pergi mana sampai lama sangat tak nampak ni?" "Maaf Kak Long.
Kitorang lambat sikit.
Tapi kerja kitorang dah setel.
Geng Parang Hitam dah tak ada.
Kitorang dah berjaya hapuskan!" kata Mail dengan bangganya.
"Geng Parang Hitam? Apa tu?" tanya Mia Sofea kehairanan.
Dia blur.
"Betul Kak Long.
Diorang semua dah kena tahan polis.
Kawasan kita dah bersih, tak kan kena kacau lagi!" sambung Zam pula.
"Geng Parang Hitam apa ni?" Mia Sofea mengulangi soalannya.
"Geng Parang Hitam tu la kami bagitau Kak Long dulu? " kata Zam"Yang ganggu kawasan kita tu?" Sambung Mail pula.
"Ish.
Tak ingatlah aku.
Tapi, eh.
Geng Parang Bukan ke yang masuk surat khabar pagi tadi?""Betul Kak Long.
Yang tu lah.
Masuk suratkhabar tuu! Bangga jugak kitorang bila baca hehe!" Mail tersengih-sengih dan menunjukkan thumbs up kepada Mia Sofea.
"Tapi, jab! Kejab.. Apasal korang terlibat pulak? Seingat aku, pagi tadi aku terbaca Geng Parang Hitam ni ada pergaduhan dengan Geng Kak Long... Eh?" Mia Sofea menyedari sesuatu.
"Geng Kak Long tu, Kak Long punya geng lah.
Kitorang la tu!" kata Mail.
"Ehh???!!!""Betul Kak Long..." kata Zam selepas itu.
"Macam mana korang boleh buat geng pulak ni?" Tanya Mia Sofea, suaranya hampir menjerit kerana terlampau terkejut.
"Kitorang bukannya nak buat geng pun.
Tapi makin lama, makin ramai pulak yang join kitorang lawan Geng Parang Hitam tu.
Lepas tu ada sorang budak tu tanya apa nama kumpulan kita.
Saya jawab, kumpulan kita tak ada nama.
Semua di bawah Kak Long je.
Dari situ, dapat lah nama kumpulan Geng Kak Long..." jelas Zam.
"Jadinya, ketua geng-geng korang ni...?""Eh? Kak Long la ketua dia.
Boss kitorang.
Nama pun Kak Long, kan?" kata Mail.
Melopong mulut Mia Sofea mendengarnya.
Ternyata ketua kumpulan gangster perempuan yang disebutnya pagi tadi adalah dirinya sendiri!Hampir terduduk Mia Sofea dibuatnya.
Kalau benda ni tersebar, Mia Sofea adalah ketua kumpulan gangster boleh kecoh satu Malaysia!"Korang tak ada buat apa-apa jenayah kan?" tanya Mia Sofea meminta kepastian.
"Ish.
Tak ada Kak Long! Kan Kak Long dah pesan kitorang jangan buat kerja-kerja macam tu!""Be-berapa ramai geng korang ni?" tanya Mia Sofea dalam keadaan dirinya belum bersedia menerima perkara ini sepenuhnya.
"Saya ra lah dalam lima puluh orang," jawab Mail.
"Ya Allah," Mia Sofea menepuk dahi.
Tak sangka ramai sebegitu.
Mia Sofea mula berfikir.
Kalau dia bubarkan sahaja Geng Kak Long ni tak boleh jugak.
Nanti kalau dilepaskan mereka semua mungkin membuat jenayah di tempat lain pula.
Tak pasal-pasal dirinya akan dibebani perasaan bersalah nanti.
Tiada jalan lain, melainkan terpaksa menjadi ketua kumpulan Geng Kak Long ni.
Mia Sofea akhirnya menjadi ketua kumpulan gengster!
Sumber:Internet