. Cahaya yang dinampak oleh Ariana sebelum dia rebah itu adalah cahaya lampu dari kereta Mercedes E200 milik Manaf.
Hampir satu jam juga Manaf memandu di sekeliling kawasan-kawasan perumahan dan taman-taman awam berdekatan untuk mencari Ariana.
Terdetik dalam hatinya untuk melihat kalau-kalau Ariana pulang ke rumah peninggalan datuk neneknya di Bukit Segambut.
Hanya berbekalan gerak hati, Manaf terus memandu ke rumah itu.
Ternyata gerak hatinya tepat dan usahanya berhasil apabila dia nampak tubuh Ariana sedang dalam keadaan tersungkur meniarap di hadapan rumah itu.
Manaf yang panik melihat segera memberhentikan keretanya di hadapan Ariana.
Pintu kereta dibuka dan dia bergegas keluar, berlari di dalam hujan mendapatkan anak angkatnya itu.
Terus di papah dalam pangku ribaannya tubuh Ariana.
Tenaga jantannya diperah untuk mengangkat Ariana dari atas jalan.
Ariana masih tidak sedarkan diri, tubuhnya menggigil basah kesejukan.
Kulit di jarinya semua telah mengecut dimakan air.
Lama dirinya dibasahi hujan, dan kesejukkan.
Dengan segala kudrat yang ada dalam dirinya, Manaf terus mendukung Ariana dengan kedua belah tangannya.
Diangkat gadis seberat 50 kg itu dengan segala tenaga yang ada.
Kaki melangkah perlahan ke arah rumah dihadapannya sambil hujan masih berderu turun membasahi kedua tubuh mereka.
Tubuh Ariana diletakkan perlahan di varendah depan pintu.
Dapat dia dan Ariana berteduh sebentar dari deruan hujan yang tidak berhenti.
Manaf menarik nafas panjang cuba untuk mendapatkan tenaganya semula.
Tetapi angin kencang yang masih deras bertiup masih mengenai mereka.
Verandah itu belum dapat melindungi mereka sepenuhnya.
Manaf perlu mencari jalan agar mereka berdua mendapatkan perlindungan.
Manaf teringat kembali akan beg sekolah Ariana yang dibawanya.
Seingat-ingatnya, Ariana selalu membawa kunci rumah datuk-neneknya itu di dalamnya.
Manaf kembali berlari ke keretanya.
Dibuka pintu kereta itu dan beg sekolah Ariana dicapai pantas.
Zip beg dibuka dan isi kandungannya dibelek-belek.
Buku teks, buku nota, peralatan tulis, pelbagai alatan perhiasan ditolak tepi.
Akhirnya Manaf menjumpai segugus kunci.
Manaf mengambil kunci itu dan menutup pintu kereta.
Berlari pantas mendapatkan Ariana yang masih tidak sedarkan diri itu.
Manaf mencuba kunci ditangannya satu persatu.
Nafas lega ditarik apabila salah satu kuncinya dapat membuka gril pintu hadapan.
Diikuti dengan pintu kayu disebaliknya pula.
Manaf menghela nafas sekali lagi.
Dia kemudian mendapatkan Ariana semula dan memeluk tubuh gadis itu dengan kedua tangannya.
Diangkat sekali lagi tubuh Ariana, sambil kaki melangkah masuk ke dalam rumah bertingkat satu itu.
Dalam keadaan gelap, Manaf mengagau-gagau tempat yang dituju.
Penglihatannya sedikit terganggu kerana dibasahi air hujan masih lagi mengalir dari rambut dan keningnya.
Manaf pernah beberapa kali menziarahi rumah ini, dan cuba mengingati susun atur di dalamnya dari memori.
Seingatnya, terdapat ruang tamu di hadapan dengan beberapa bilik dibelakang.
Kakinya terus melangkah ke dalam dan terlihat sebuah bilik tidur utama.
Kedua tangan masih mendukung Ariana, Manaf menggunakan kaki untuk membuka pintu bilik tidur itu.
Terus dia masuk ke dalamnya.
Tubuh Ariana yang masih menitik basah dibaringkan atas katil.
Manaf menarik nafasnya sekali lagi.
Berucap syukur akhirnya mereka berdua dapat tempat berteduh.
Membiarkan Ariana di atas katil itu, Manaf kembali ke ruang tamu.
Dia keluar rumah dan meredah hujan semula untuk mengunci keretanya.
Kemudian dia kembali ke dalam rumah dan mengunci gril dan pintu depan pula.
Setelah berpuas hati keadaan rumah itu selamat, Manaf berjalan kembali ke bilik tidur.
Keadaan rumah masih gelap.
Ruang tamu utama masib gelap.
Manaf tidak nampak suis.
Terus Manaf menuju ke bilik.
Mulanya, Manaf ingin membuka lampu siling bilik tidur tersebut, tetapi dia membatalkan hasratnya bimbang lampu itu terlampau terang menyilaukan mata Ariana nanti.
Sebaliknya, Manaf membuka lampu tepi katil.
Cahaya malap berwarna kuning menyinar bilik itu.
Ianya tidak terang, tetapi cukup untuk menampakkan tubuh Ariana yang sudah mula membiru.
Sumber:Internet