Gelap

Jenayah Keghairahan 12

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Jenayah Keghairahan 12

. Ariana berdiri sambil merenung papan peta minda yang dilekat pada dinding pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman itu.
Di atas peta minda itu terdapat pelbagai maklumat yang telah diperolehi setakat ini berkenaan dengan kematian Marshila Ruhaini.
Setakat ini tidak banyak maklumat yang diterima.
Soal-siasat bersama ibu-bapa Marshila tidak membantu mereka untuk mendapatkan apa-apa maklumat baru.
Oleh sebab itu, peta minda di papan maklumat itu masih lagi belum cukup penuh untuk pihak polis membuat apa-apa tindakan.
Ariana mengeluh sambil kembali ke meja kerjanya.
Fail kes Marshila dicampak ke atas meja.
Punggung dilabuhkan sambil nafas dihela panjang.
Sambil memikir tindakan seterusnya, Ariana terpandang bingkai gambar di atas mejanya.
Bingkai itu adalah gambar nikah dia bersama Zarul tiga tahun dulu.
Satu senyuman diberikan pada diri sendiri tatkala dia melihat gambar itu.
Senyuman yang sedikit sebanyak dapat menyejukkan diri sendiri.
Mengelamun fikirannya sebentar mengenangkan keintiman bersama suaminya malam tadi.
Ariana terus senyum sendiri sambil jari telunjuknya bermain-main memintal hujung rambutnya.
ʻʻPss pssstʼʼ bisik Julia kepada Hashim yang kebetulan baru lalu melintasi meja koperal jelita itu.
Meja Julia kebetulan bertentangan dengan meja Ariana di dalam bilik pejabat itu.
ʻʻApaʼʼ balas Hashim kembali, walaupun detektif veteran itu sudah dapat agak apa yang bermain-main di dalam fikiran detektif muda disebelahnya ini.
ʻʻDah dua tiga hari nampak Puan Ariana senyum sorang-sorang.
Ni mesti dapat seround dua jugak malam tadi kann? Untung Puan kann... dapat Mister Lucky macam hubby dia.
Bahagiaaa rumahtanggaʼʼ Julia berbisik sambil memulakan acara membawangnya.
ʻʻI heard thatʼʼ balas Ariana bersahaja.
Fail Marshila ditutup di atas mejanya.
Matanya menjeling tajam pada Julia.
ʻʻHehe Sorry saya suka jer tengok Puan happy pagi-pagi ni.
Kami pun tumpang happy bila boss happy kannʼʼ balas Julia sambil mengecitkan mata pada Ariana.
Ariana mendengus nafas.
ʻʻSiapa cakap saya happy?ʼʼ katanya lagi, wajahnya sedikit ketat.
ʻʻKita masih belum ada apa-apa maklumat yang konkrit berkenaan dengan pembunuhan ni.
Bila saya baca fail temuduga parents Marshila, thereʼs nothing notAriana melepaskan nafas panjang sambil siku menongkat meja, kedua tangan mengusap rambut di kepalanya sendiri.
Melihat ketuanya itu semakin gelisah, Hashim datang mendekati meja Ariana.
Dia nampak raut wajah inspektor muda itu yang sedikit risau.
Hashim faham, kes ini merupakan kes pertama buat Ariana.
Kena pulak kes berprofil tinggi, mendapat liputan menyeluruh pihak media.
Ditambah pula mereka sedang mendapat tekanan dari pihak Pendakwa Raya.
Tangan Hashim menepuk bahu Ariana perlahan, cuba untuk menenangkan sedikit kegusaran di dalam hati inspektor itu.
Ariana hanya tersenyum melihat keperihatinan mentornya itu.
ʻʻRelaks lah.
Baru dua-tiga hari jer pun.
Kita kan ada interview dengan pengurus Marshila hari ni.
Mudah-mudahan ada lah apa-apa kita boleh dapat dari situ.
Ikut pengalaman saya, satu dua minggu collect evidence tu perkara biasaʼʼ kata Hashim dengan nada yang tenang.
ʻʻSaya tahu, Abang Has.
Standard SOP kan.
Tapi tu lah... kes ni kan kes high profile.
Pagi tadi, saya tengok sosial media... tak de citer lain... dari Facebook, Twitter, Ins semua dok gossip benda yang sama.
News dekat TV pun semua dok putar berita yang samaʼʼ keluh Ariana lagi.
Hashim hanya tersenyum sambil mengeratkan sedikit genggaman bahu Ariana, sekaligus cuba mengurut keluar ketegangan yang dirasai oleh inspektor itu.
Dalam mengurut perlahan bahu Ariana, Hashim perasan yang urat bahu wanita itu sedikit tegang.

Sumber:Internet