. Operasi Hening PDRM ke atas syarikat Garam Kristal Sdn Bhd dimulakan seawal jam 1.
30 pagi.
Tiga unit dikerahkan ke lokasi berasingan mengelilingi gudang GKSB tersebut.
Unit pertama ialah MCV, atau ʻmobile command vehicleʼ, sebuah CIC bergerak yang menempatkan pelbagai peralatan komunikasi dan komputer untuk memantau operasi malam itu.
Di dalamnya terdapat Daud, Zulkifli dan Ariana sedang meneliti skrin-skrin komputer di hadapan mereka menunjukkan pergerakkan situasi dalam real-time.
Unit kedua ialah unit peninjau, callsign Looking Glass, yang berada agak jauh dari gudang tersebut.
Ianya terdiri dari Kader dan satu pasukan polis bantuan.
Manakala unit utama ialah pasukan Ghost Team yang terdiri dari Sarjan Mejar Uria, callsign XO, selaku ketua skuad.
Dia dibantu oleh pegawai waran PW2 Hamzah, callsign Chief, seorang veteran yang dipinjamkan dari GGK.
Ahli ketiga ialah Sarjan Guntur, callsign TAC-1, iaitu pegawai taktikal.
Manakala ahli keempat pula ialah Sarjan Komeng, callsign WEPS, iaitu pegawai persenjataaan.
Uria, Guntur dan Komeng ketiga-tiganya berasal dari Kampung Orang Asli Seletar Jahai, dan merupakan rakan sekolah sejak dari kecil.
Dua lagi ahli Ghost Team tidak menyertai operasi malam ini kerana bercuti.
ʻʻOverwatch, masukʼʼ bunyi peranti Walkie Talkie kedengaran memecahkan kesunyian malam.
ʻʻOverwatch, roger.
Go ahead, Looking Glassʼʼ kata Daud, selaku komander operasi.
ʻʻPackage dalam perjalanan, overʼʼ kata unit peninjau.
ʻʻCopy that.
Pantau kawasan sehingga Op selesai, overʼʼʻʻUnderstood.
Looking Glass, outʼʼʻʻOverwatch, outʼʼDari jauh kelihatan satu cahaya kenderaan.
Sebuah kereta BMW 5-series menghampiri gudang GKSB.
Kereta itu bergerak perlahan dan kemudian berhenti di hadapan pintu utama GKSB.
Enjin dibiarkan hidup.
Seorang lelaki kulit hitam berbangsa Afrika bertubuh besar keluar dari kereta tersebut.
Dia memberikan sebuah beg yang diperbuat dari aluminium kepada seorang pengawal yang keluar dari pintu hadapan gudang tersebut.
Setelah beg itu diserahkan, lelaki berbangsa Afrika itu masuk semula ke dalam keretanya dan berlalu pergi.
ʻʻWhatʼs just happened?ʼʼ bisik Ariana pada Zulkifli.
ʻʻKami belum kenalpasti siapa mamat Afrika tu.
Mungkin courier sahaja.
Tapi untuk malam ni, operasi kita hanya bertumpu pada aktiviti dekat dalam kilang.
So we will let him go for nowʼʼ bisik Zulkifli kembali.
Setelah kereta BMW itu hilang dari pandangan, keadaan kembali senyap semula.
Ariana memandang skrin komputer di hadapannya.
Dia nampak kedudukan mereka, dan kedudukan pasukan peninjau.
Tetapi dia tidak nampak pun mana ahli-ahli Ghost Team sedang berada.
ʻʻMana Ghost Team, awak?ʼʼ tanya Ariana kepada Daud.
Daud tidak menjawab.
ʻʻTu sebab nama diaorang Ghost.
Tak nampak sebab mereka tu macam hantuʼʼ bisik Zulkifli kembali.
ʻʻNobody knows where they are sekarang, even OverwatchʼʼʻʻYa ke?ʼʼ tanya Ariana, sedikit kagum.
Daud senyap berdiri.
Tidak membuat apa-apa tindakan selama beberapa minit.
Dia hanya memerhatikan keadaan dan menunggu masa yang sesuai untuk pasukannya bertindak.
Apabila dia berpuas hati keadaan telah sesuai, Daud menukar saluran perhubungan kepada sistem dua-hala digital sat-com.
ʻʻGhost team, masukʼʼ katanya pada headset mikrofon yang tersisip di kepalanya.
Sumber:Internet