. 1996Antoine nampak resah.
Tangannya menggeletar memegang stereng kereta.
Matanya merah, berair, menitis.
Di lap sekali.
Menitis lagi.
Dilap sekali lagi.
Masih menitis lagi.
ʻʻAaaargghhh!!ʼʼAntoine menghempaskan kedua-dua tangannya pada stereng kereta, sambil melepaskan jeritan pada diri sendiri.
ʻʻPapaaa!ʼʼ Ariana yang masih berumur enam tahun itu menangis di tempat duduk belakang tatkala melihat ayahnya sedang berang dan gelisah.
Ariana yang sedang tersedu-sedu itu sedang memeluk bersama kembarnya, Karina.
Kakaknya itu nampak lebih tenang berbanding si adik yang muda hanya lima belas minit di antara mereka.
Antoine menoleh kebelakang melihat kedua-dua anak kembarnya.
ʻʻCarrie, Ary... I want you both to stay in the car!ʼʼ katanya dengan dengusan yang agak keras.
Sesuatu perkara yang menyebabkan Antoine sangat berang dan marah, tetapi kemarahannya itu tidak dapat diselindung dihadapan kedua-dua anaknya.
ʻʻI want to follow you, papa!ʼʼ balas Karina, yang cuba untuk tidak menunjukkan kepiluannya juga, demi menjaga adik kembarnya yang masih hiba.
ʻʻStay in the car, I said!ʼʼ balas Antoine dengan suara yang lebih kuat.
Kedua-dua anak gadisnya itu tersentak dengan bengis suara ayah mereka itu.
Ariana terus memeluk kembarnya dengan lebih erat lagi sambil menangis dengan tersedu-sedu.
Antoine membuka pintu kereta Opel Rekord miliknya itu, dan melangkah keluar.
Air hujan sejuk dari langit malam di Switzerland itu terus berderu turun.
Antoine mengetapkan coat panjang ke tubuh.
Kepala didongakkan ke langit malam.
Air hujan sejuk membasahi mukanya, bercampur dengan air matanya juga.
Dear Allah.
Please give me strength tonight.
Antoine mengucapkan sepotong doa kepada Yang Maha Esa, agar memberikannya kekuatan menghadapi ujian yang dihadapinya itu.
Dengan keluhan yang membasahi diri, Antoine membuka matanya dan berjalan menuju Hotel Beau Rivage Geneva dihadapannya.
Langkahnya tegas, satu demi satu tapak mara mengiringi sebuah hati yang terbakar membara.
Ariana yang masih melihat ayahnya pergi terus mengetap tingkap cermin kereta dari tempat duduk belakang.
ʻʻPapaaa!ʼʼ teriaknya walaupun suaranya tenggelam dalam kebingitan bunyi hujan.
Karina juga memandang ayahnya juga tanpa sebarang nada dan emosi.
Tetapi hati gadis kecil ini lain pula perasaannya.
ʻʻLetʼs go, Aryʼʼ kata Karina sambil membuka pintu.
ʻʻCarrie, papa said to wait in the carʼʼ balas Ariana, sedikit ketakutan.
ʻʻIt will be fine, Aryʼʼ pujuk Karina, ʻʻWeʼll stay together, okay?ʼʼ katanya lagi.
Ariana mengangguk tanda faham.
Karina membuka pintu tempat duduk belakang dan mereka berdua keluar dari kereta, menutup pintu dan kemudian berlari berpimpinan tangan mengejar ayah mereka menuju ke Hotel Beau Rivage.
Antoine yang sudah berada di dalam menemui seorang lelaki berbangsa Maghribi yang bekerja di hotel tersebut.
ʻʻAssalamualaikum, Muhammadʼʼ kata Antoine kepada pekerja Maghribi tersebut.
ʻʻWaalaikum salam, brother Azizʼʼ balas Muhammad sambil mereka berpelukan.
ʻʻHow are you, my brother?ʼʼ tanya lelaki Maghribi itu.
ʻʻI have seen better daysʼʼ balas Antoine kepada Muhammad, cuba untuk tidak menunjukkan keresahan di dalam jiwanya.
Sumber:Internet