. Suasana Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sibuk seperti biasa.
Pelbagai jenis orang bergegas-gegas menguruskan bagasi masing-masing sambil beratur untuk mendaftar diri di kaunter-kaunter check-in.
Ada yang sibuk dengan tujuan pekerjaan atau perniagaan, ada yang lebih santai untuk pergi bercuti, ada juga yang sekadar hendak pulang ke kampung halaman.
Dan ada juga yang disitu hanya sekadar menghantar.
Samalah juga seperti satu pasangan suami-isteri yang masih muda yang sedang berada di balai pelepasan KLIA pada ketika itu.
Zarul Khairy, seorang usahawan muda berumur 29 tahun, baru sahaja meletakkan beg pakaiannya di atas conveyor kaunter check-in dan mengambil sekeping boarding pass dari kerani kaunter tersebut.
Mukanya tenang disebalik raut wajahnya yang bersih, walaupun tersembunyi seribu-satu kisah lampau yang tersemat di dalam sejarah kehidupan lelaki ini.
Satu senyuman diberikan kepada isterinya Ariana yang menemani dirinya bersama di dalam barisan check-in tersebut.
Ariana membalas dengan memberikan satu senyuman manis kepada suaminya, walaupun di dalam hati sudah terasa satu perasaan rindu, kerana mereka akan berpisah buat sementara.
Zarul memegang tangan Ariana tatkala melihat wajah isterinya nampak sedikit muram.
Dia kemudian menoleh melihat kepada skrin jadual pelepasan sebelum kembali memandang Ariana semula.
ʻʻPlane Abang boarding lagi lima belas minit.
Jom kita have coffee dulu?ʼʼ pelawa Zarul pada isterinya.
Ariana mengangguk.
Zarul dan Ariana kemudiannya berjalan berpegangan tangan menuju restoran Costa Coffee yang terletak di perkarangan balai besar KLIA itu.
Zarul memesan Latte kegemarannya, sementara Ariana pula memilih Salted Caramel and Cream Frostino.
Sambil menunggu informasi penerbangan Air China ke Hangzhou Xiaoshan di skrin jadual pelepasan, Ariana dan Zarul rehat sebentar sambil menikmati kopi yang telah dipesan.
Ariana memegang dan mengusap perlahan tangan kanan suaminya Zarul dengan kedua-dua tangannya sambil mereka berdua duduk bersebelahan di penjuru restoran Costa Coffee tersebut.
Melihat Ariana masih nampak muram, Zarul membelai tangan Ariana pula.
ʻʻSayang, kenapa nampak muram jer ni? Hmm?ʼʼ tanya Zarul dengan suara yang memujuk.
ʻʻDua minggu, Bang? Lamanya Abang ke Chinaʼʼ kata Ariana, sedikit mengeluh.
Zarul tersenyum lalu mengambil tangan Ariana dan kemudian menciumnya perlahan.
ʻʻKejap jer dua minggu tu, Ary.
Pejam, celik, pejam, celik, dah dua minggu dahʼʼ balas Zarul sambil meletakkan semula tangan Ariana yang diciumnya tadi ke atas meja.
Ariana mengeluh sedikit, walaupun dalam hatinya dia sudah tahu kecekalan hati suaminya itu untuk terus bekerja keras menjayakan perniagaan yang sedang diusahakannya sekarang.
ʻʻAry okay jer dengan apa yang kita ada sekarang ni, Bang.
Walaupun kita tak kaya, tapi hidup kita dah cukup selesa.
Ary tak pernah pun mintak emas dan permata dari Abangʼʼ kata-kata Ariana yang telah diulang sekian kali pada Zarul sejak mereka mengenali satu sama lain.
ʻʻYa, Abang fahamʼʼ kata Zarul.
ʻʻMemang kita okay jer sekarang.
Tapi kita tak ada future savings.
Tak ada harta melainkan peninggalan mak abah rumah kita ni.
Nauzubillah kalau ada apa-apa musibah berlaku pada kita, we donʼt have any backup that we can turn to.
Ary tahu kan... apa yang berlaku pada mak abah Abang.
Kalau lah kami ada banyak duit masa tu, pasti mak dan abah masih ada dengan kita lagi sekarangʼʼʻʻAbangʼʼ Ariana mengerutkan dahi, melihat wajah suaminya dengan pandagan tang dalam.
ʻʻTak baik tau Abang cakap macam tu.
Ajal dan rezeki tu kan ketentuan Tuhanʼʼ
Sumber:Internet