Gelap

Jenayah Keghairahan 18

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Jenayah Keghairahan 18

. 2015ʻʻExcuse me, sir?ʼʼ tanya seorang pramugari berbangsa cina.
Zarul membuka matanya, terjaga dari tidur.
ʻʻSorry?ʼʼ tanya Zarul, sedikit pisat-pisat.
ʻʻSorry to wake you, sir.
Would you like something to eat?ʼʼ tanya pramugari cina itu lagi.
Dia sedang menolak sebuah troli membawa pelbagai jenis minuman dan makanan.
ʻʻDo you have anything halal?ʼʼ tanya Zarul kepada pramugari itu.
ʻʻCertainly, sir.
Our chicken curry is halalʼʼ balasnya dengan senyuman yang manis.
ʻʻIʼll have that, thank youʼʼPramugari itu kemudiannya mengambil sebuah dulang plastik mengandungi nasi berlauk kari ayam, dan kemudian menyerahkannya kepada Zarul.
Zarul mengambil dulang tersebut dan membalas senyuman.
Sempat dia melihat tag nama pramugari itu.
Namanya dalam tulisan cina, tetapi ada tulisan rumi dibawahnya bertulis ʻʻMei LinʼʼʻʻWhat would you like to drink, sir?ʼʼ tanya Mei Lin.
ʻʻDiet coke, pleaseʼʼ balas Zarul.
Mei Lin kemudian mengambil setin Diet Coke dan membukanya, kemudian menuang ke dalam sebuah gelas plastik dan menghulurkannya pada Zarul.
ʻʻThank youʼʼ kata Zarul sambil mengambil gelas itu dari Mei Lin.
Tangan mereka bersentuhan.
ʻʻYouʼre welcome, sir.
If you need anything, please let me knowʼʼ kata Mei Lin, tersenyum.
ʻʻWill doʼʼSetelah Mei Lin pergi, Zarul membuka bekas plastik makanannya dan bermula menjamah selera.
Sambil menjamah makanan, Zarul memandang luar dan melihat kepulan awan, tekenangkan mimpi yang dialaminya tadi.
Terkenangkan arwah ayahnya yang meninggal akibat kemalangan.
Kemalangan digilis sebuah lori sambil menunggang motorsikal.
Motorsikal milik ayahnya kerana mereka tidak mampu membeli sebuah kereta.
Zarul membayangkan adakah takdir mereka berlainan sekiranya mereka berharta.
Adakah ayahnya mungkin hidup lagi sekarang ini?Adakah ibunya juga?Ibunya.
Zarul mengeluh lagi.
Ibunya, Mariam.
Kehilangan suami pada usia muda.
Hanya bekerja sebagai kerani rendah membesarkan seorang anak sebagai ibu tunggal.
Hidup mereka susah.
Kesana kesini hanya menaiki bas sahaja.
Kadang-kala Zarul terpaksa berjalan kaki berbatu-batu jaraknya ke rumah.
Kasut yang semakin lusuh sukar diganti.
Tetapi berkat gigih Maryam membesarkan Zarul dengan sendiri sepanjang sekolah rendah, akhirnya Zarul diterima memasuki MRSM Muar pada tingkatan satu, seterusnya berpindah ke MRSM Seremban untuk mengambil peperiksaan A-Levels selepas mendapat keputusan kepujian di peringkat SPM.
Dengan menggunakan tiket tajaan Mara, Zarul berangkat ke United Kingdom untuk melanjutkan pengajian diperingkat ijazah, mengambil BSc dan seterusnya MSc in Business Management.
Pulang ke tanah air dengan gulungan ijazah sarjana pada usia 24, Zarul membawa berita yang gembira, kebanggan ibu yang menanti.
Tetapi ibu Zarul telah menyembunyikan satu rahsia dari anaknya - iaitu beliau sendiri sebenarnya telah bertarung dengan penyakit kanser sejak beberapa tahun lampau.
Ianya sengaja dirahsiakan agar pembelajaran Zarul di United Kingdom tidak terjejas.

Sumber:Internet