. ʻʻAbang Hasʼʼ kata Fakhrul pada Hashim.
Panggilan dari Fakhrul mengejutkan Hashim.
Segera diangkat kepala menoleh ke arah mereka berdua.
ʻʻYa, Rul?ʼʼ balas pantas Hashim, sedikit tergagap.
ʻʻTolong hantar boss kau ni balik rumah dia.
Bukan hantar jer.
Make sure dia makan, mandi, tukar baju, lepas tu pastikan dia dah terlelap atas katil baru kau boleh balik ke balai.
Okay?ʼʼ arah Fakhrul pada Hashim.
ʻʻHeyʼʼ bantah Ariana.
ʻʻAku tak perlu babysit, okayy?ʼʼ katanya sambil tersenyum.
ʻʻMulut cantik kau tu tolong diam boleh tak? Aku cium kangʼʼ balas Fakhrul tegas pada Ariana.
Kali ini Ariana hanya tersengih mengangguk sambil menutup mata.
Fakhrul kemudian memegang tangan Ariana dan menariknya sambil mendekati Hashim.
ʻʻAbang Has tolong hantar Puan Ariana kita ni balik ya? Make sure dia rest fullyʼʼ kata Fakhrul pada Hashim.
ʻʻYa lah... ya lah ʼʼ balas Hashim acuh tak acuh.
Fakhrul kemudian menyerahkan Ariana kepada Hashim.
Ariana yang nampak lemah berdiri itu dipaut lengannya oleh Hashim.
ʻʻJom saya hantar awak balikʼʼ bisik Hashim.
Ariana hanya bersetuju sahaja kali ini.
Sebenarnya Ariana sendiri sudah kehausan tenaga.
Fizikalnya lemah dan mindanya menjadi sedikit lembab akibat keletihan tekun bekerja.
Sambil memaut lengan Ariana, Hashim mengiringi Ariana berjalan keluar dari unit IT menuju ke pintu keluar ibu pejabat Bukit Aman itu.
Melihat mereka sudah beredar keluar dari bilik itu, Fakhrul kembali menoleh kepada kakitangan-kakitangan IT tadi.
Sarjan Chong dan pasukannya tengah asyik melihat gelagat Timbalan Pendakwa Raya bersama Inspektor polis sebentar tadi kembali berpaling melakukan tugasan mereka.
Fakhrul mengerutkan kening dari jauh tatkala melihat Chong tersengih macam kerang busuk.
ʻʻHey Lim Chong Wei! Apa sengih-sengih? Buat kerja macam yang aku suruh tadi! Aku nak tahu everything pasal setan ni! Everything! Apa sambal nasi lemak yang dia makan pagi tadi pun aku nak tahu! Faham tak?ʼʼ tegur Fakhrul dengan tegas.
ʻʻFa Fa... Tuan Fakhrulʼʼ kata Chong dengan sedikit kalut.
Chong dah rakan-rakan pasukannya terus kembali kepada peranti komputer masing-masing.
Berpuas hati dengan kerjasama mereka semua yang sudah mula bertungkus lumus membuat analisa masing-masing, Fakhrul berjalan ke arah tingkap dan melihat Hashim masih memimpin Ariana menuju ke kereta mereka.
Satu senyuman diberikan oleh Timbalan Pendakwa Raya itu sambil mata melihat dua anggota polis yang begitu cekal bekerja sehingga tidak mengenal erti penat dan lelah.
Bangga rasa di dalam hatinya kerana pasukan polis memiliki kakitangan yang begitu dedikasi dan berkaliber.
Di kawasan luar, Hashim sudah membuka kunci pintu kereta Proton Prevenya dengan menekan butang remote dari jauh.
Ariana dipimpin masuk ke tempat duduk penumpang hadapan.
Enjin kereta dihidupkan terlebih dahulu.
Penghawa dingin dipasang agar menyegarkan sedikit tubuh.
Hashim kemudian keluar semula dari kereta itu meninggalkan Ariana berehat disitu.
Hashim kemudian berjalan kaki menuju ke sebuah gerai nasi lemak yang masih beroperasi di luar perkarangan bangunan Bukit Aman itu.
Dua bungkus nasi lemak berlaukkan sambal udang dan ayam goreng dipesan.
Nasi lemak yang telah disiap disediakan itu dimasukkan kepada bungkusan plastik dan dihulurkan kepada Hashim.
Hashim kembali kepada keretanya.
Masuk ke tempat duduk pemandu.
Bungkusan nasi lemak di letak ditempat duduk belakang.
Kereta kemudian dipandu keluar menuju ke rumah kediaman Ariana di Jalan Gasing, Petaling Jaya.
Sumber:Internet