Gelap

Jenayah Keghairahan 24

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Jenayah Keghairahan 24

. Sejurus sahaja mendapat maklumat yang mengatakan bahawa suspek kes pembunuhan Marshila sudah berada di Perak, Ariana mengambil keputusan untuk terus bergegas ke sana untuk membuat siasatan susulan.
Pada mulanya, Hashim mahu berehat dahulu kerana perjalanan ke Gerik agak jauh, namun Ariana tidak sabar lagi untuk ke sana.
Malah, sparring tinju antara mereka di gimnasium pagi tadi dihentikan serta merta.
Melihat Ariana yang ghairah dengan petunjuk baru itu, Hashim akhirnya mengalah juga.
Hashim tahu dirinya yang akan memandu, namun kerana Ariana, diturutkan jua kemahuan ketuannya itu.
Kes ini pun sudah lama tiada petunjuk, jadi Ariana tidak mahu kehilangan petunjuk baru ini.
Ariana mendesak Hashim untuk segera bersiap, jadi mereka hanya terus menukar kembali ke pakaian asal masing-masing semula.
Oleh kerana mereka berdua tidak membuat apa-apa persediaan untuk merentas negeri, maka Hashim dan Ariana tidak sempat untuk membawa apa-apa baju persalinan bersama mereka.
Hashim dan Ariana kemudian terus bergegas mendapatkan kereta Honda City milik Ariana.
Mereka juga mengambil keputusan untuk tidak memandu kereta peronda, tetapi hanya menggunakan kereta persendirian.
ʻʻNi dah kalut semacam je ni, nak ke mana arah tujuan kita?ʼʼ tanya Hashim kepada Ariana sambil memasukkan koordinat pekan Gerik ke dalam GPS telefon bimbitnya yang kemudian disisipkan pada pemegang yang telah dipasang dashboard kereta itu.
ʻʻSetakat yang kita tahu, hanya pekan Gerik.
On the way nanti, Ary akan online dengan Chong dan Fakhrul untuk dapatkan latest infoʼʼ balas Ariana sambil mencapai komputer ribanya dari dalam beg.
Pantang sahaja dengar nama Fakhrul, wajah Hashim terus mencuka.
ʻʻApa kena mengena dengan Fakhrul, pulak? Kan Sarjan Chong yang gather info?ʼʼ tanya Hashim, sedikit mendengus.
Ariana perasan ada sedikit nada cemburu di dalam nada Hashim itu.
ʻʻMaksud Ary... Ary just nak update dekat Fakhrul jer Ary nak pergi mana... tak nak lah dia risauʼʼ kata Ariana sambil hujung anak matanya sedikit dijeling pada Hashim.
Perlu ke nak update Fakhrul kemana awak nak pergi? Perlu ke dia nak risau-risau pasal awak? Siapa Fakhrul tu? Suami awak ke?? Keluh Hashim hanya dilepaskan di dalam hati.
Tetapi Ariana dapat meneka apa yang dikeluhkan oleh Hashim itu dari raut wajah mukanya.
Ariana hanya menyorokkan senyumannya.
Ariana kemudian menoleh memandang kepada Hashim, cuba untuk menukar topik dan memberi perhatian kepada lelaki itu pula.
ʻʻAbang Has orang Perak kan?ʼʼ tanyanya.
Hashim cuba mengekalkan postur tenangnya sambil memandang Ariana dari sudut matanya.
ʻʻSaya orang Gerik lah.
Kampung Ulu Kenderongʼʼ katanya selamba.
ʻʻLaaa! Ya ke?? Ha ha kebetulan ke ketentuan?ʼʼ gelak Ariana.
ʻʻRezeki awakʼʼ balas Hashim sambil mula tersenyum kembali.
Hashim kemudian memandu kereta Honda City tersebut, sambil inspektor jelita disebelahnya itu menghidupkan komputer peribadi dan berhubung dengan Unit IT.
Perjalanan ke Gerik dianggarkan memakan masa lima jam melalui lebuhraya E1 utara-selatan sambil merentasi kesesakan trafik yang sentiasa sibuk pada waktu siang hari.
Sambil Hashim memandu, Ariana ralik memuat turun maklumat-maklumat terkini yang dihantar oleh Sarjan Chong dari Unit IT ke dalam komputer ribanya.
Melepasi sepertiga perjalanan, Ariana kemudian mencapai telefon bimbitnya dan membuat panggilan kepada Fakhrul.
Selepas telefon berdering beberapa kali, ianya dijawab oleh Timbalan Pendakwa Raya itu.
ʻʻHey gorgeous.
Kau kat mana ni?ʼʼ tanya Fakhrul di sebalik talian.

Sumber:Internet