Gelap

Jenayah Keghairahan 3

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Jenayah Keghairahan 3

. ʻʻJangan buli dia, Rulʼʼ tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki yang baru sahaja masuk ke dalam bilik tidur mangsa, sekaligus memberhentikan pergelutan di antara Fakhrul dan Ariana yang berlaku sebentar tadi.
Fakhrul menoleh ke arah suara lelaki itu.
Satu senyuman diberikan tatkala melihat lelaki itu masuk.
ʻʻAbang Hasʼʼ kata Fakhrul kepada lelaki itu.
Fakhrul terus melepaskan Ariana dengan menolak wanita itu dari tubuhnya.
Ariana hampir terjatuh sambil mengimbangi badannya, tangan memaut leher sendiri.
ʻʻIni kerja kau, Rul? Buli perempuan?ʼʼ soal Detektif Koperal Hashim Idris, seorang anggota veteran yang berumur lingkungan 50an sambil memeluk tubuh.
Hashim tegap orangnya walaupun raut wajahnya sudah menampakkan usianya.
Urat-urat kasar jelas kelihatan pada lengannya.
Lelaki tegap itu memakai baju-T berkolar berlengan pendek.
Sepucuk pistol Beretta M9 tersisip di tali pengikat peha kanan.
Pistol pendua revolver Smith & Wesson Model 36 Special diikat pada pergelangan kaki kiri.
ʻʻAku nak test dia jer.
Baru gertak sikit dah gelabahʼʼ kata Fakhrul sambil menjeling pada Ariana.
ʻʻBe thankful sebab aku on the same team.
Kalau aku si perogol dan pembunuh, macam mana? Habis dah kau tadi, macam Marshila ni, kau faham tak?ʼʼ suaranya tajam pada Ariana.
ʻʻFuck off!ʼʼ jerit Ariana, geram dan marah.
ʻʻPerangai kau yang macam setan tu nak cakap weʼre on the same team? You are not on my team, you fucking bastard!!ʼʼ jerit Ariana dalam nada marah lagi.
Matanya menyorot kegeraman.
Benci Ariana memandang lelaki kurang ajar di depannya ini.
ʻʻOuch.
Ouch.
Ouch.
Lukanya hati aku dengarʼʼ sindir Fakhrul sambil hanya tergelak melihat riak wajah Ariana yang merah membara.
Ariana yang masih cuba menenangkan diri, merasa sakit hati mendengar kata-kata Fakhrul.
Jika diturutkan hatinya mahu sahaja Ariana sekali lagi menyerbu ke arah Fakhrul.
Dapat ditumbuk muka lelaki menjengkelkan itu sedas dua barulah dapat memadamkan kemarahan hatinya.
ʻʻAlright.
Alrightʼʼ Fakhrul mengangkat kedua belah tangannya seperti menyerah kalah pada Ariana.
ʻʻAku mintak maaf sebab aku berkasar dengan kau.
Iʼm on the same team, okay gorgeous?ʼʼ jelas Fakhrul seolah merayu namun masih kelihatan senyuman sindiran di wajahnya.
ʻʻDonʼt fucking call me thatʼʼ desis Ariana.
ʻʻListen, gorgeous.
Aku cakap aku mintak maaf kan.
Rileks lah.
Itu pun nak ambik hati ke? Kau memang gorgeous, take it as a compliment, orait?ʼʼ kata Fakhrul tersenyum.
ʻʻLook.
Letʼs do our jobs, okay? Korang polis pergi buat kerja korang.
Cari dan tangkap setan yang bunuh Marshila.
Bagi aku dakwa dia ke tali gantung? Okay? Deal?ʼʼ soal Fakhrul mengangkat sebelah keningnya.
Ariana tidak menjawab.
Matanya tajam merenung Fakhrul.
Hatinya masih panas dengan lelaki kurang ajar ini.
Fakhrul hanya tergelak melihat tiada respon dari Ariana.
Fakhrul kemudian memandang ke arah Hashim.
Hashim hanya terdiam memerhatikan telatah Fakhrul dan Ariana dihadapannya itu.
ʻʻAbang Has lead case ni ke?ʼʼ soal Fakhrul sambil menghampiri Hashim.
ʻʻTak lah.
Aku ni dah tinggal beberapa bulan lagi dah nak pencen dah.
Puan Inspektor yang akan take pointʼʼ balas Hashim, masih berpeluk tubuh.
Fakhrul mengerutkan dahi dan memandang Ariana.
Kemudian memandang Kader pula.
Kemudian kembali memandang Ariana.
ʻʻSeriuslah.
Kau lead detective? Berapa umur kau?ʼʼ soal Fakhrul seolah tidak berpuas hati dengan jawapan Hashim.
ʻʻWhat is it to you?ʼʼ tanya Ariana tajam.
ʻʻAku tanya kau soalan.
Jawab jer lah, gorgeous!ʼʼ soal Fakhrul.
Kali ni wajahnya serius.
Ariana terdiam seketika.

Sumber:Internet