Gelap

Jenayah Keghairahan 34

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Jenayah Keghairahan 34

. ʻʻSini!!!ʼʼAriana mengangkat sebelah tangannya tinggi.
Tetapi tubuh bogelnya masih dibiarkan tenggelam di dalam air.
Cahaya semakin terang.
Pasukan polis dari unit CID telah pun datang.
ʻʻPuan!ʼʼ jerit Julia berlari menghampiri Ariana di dalam sungai.
Julia mengendong bersamanya sehelai selimut kain tebal.
ʻʻJulia!ʼʼ panggil Ariana kepada anggota bawahannya itu.
Sebelum ini, kerap kali Ariana berasa bosan dengan usikkan nakal dari Julia.
Tetapi pada malam ini, Julia lah orang yang paling membuatkan hati Ariana merasa gembira.
Tatkala Julia menghampiri, Ariana bangun dari sungai itu.
Julia terus melebarkan selimut yang dibawa bersamanya.
Tubuh Ariana yang bogel itu terus diselubunginya.
Ariana dipeluk erat-erat oleh Julia.
ʻʻPuan! Ya Allah! Puan! Syukur kami dapat jumpa puan! Lima hari Puan hilang!ʼʼ kata Julia berulang kali.
Tubuh Ariana dipeluk-peluk lagi.
Pipi kiri dan kanan dicium setiap sekali.
ʻʻSaya pun gembira sangat dapat jumpa awak.
Terima kasih sebab dapat jumpa sayaʼʼ kata Ariana kepada Lans Koperal muda itu.
ʻʻSyukur sangat-sangat puan okay.
Kami semua dah risau apabila dapat tahu puan dan Pam Yeek kena tawan oleh suspek.
Nasib baik tadi kami jumpa puan Pam dalam hutan tengah berlari balik ke rumahnya.
Puan Pam terus bagi location puan dekat siniʼʼ jelas Julia.
ʻʻPuan Pam macam mana sekarang?ʼʼ tanya Ariana.
ʻʻUnit bantuan tengah tengok-tengokkan Puan Pam dekat rumahnya sekarangʼʼ sambung Julia.
Ariana mengangguk sambil berasa lega.
Sambil Julia mengering-ngeringkan tubuh Ariana, inspektor itu nampak anggota lainnya iaitu Hashim dan Faizal dibelakang mereka.
Faizal menelan air liurnya melihat tubuh Ariana yang basah diselubungi selimut itu.
Hashim pula seperti cuba mengelak-ngelak dari melihat.
ʻʻHashim, Faizal, suspek ada di dalam bangsal.
Sila berkas suspek dan bawa dia ke hospitalʼʼ arah Ariana kepada Faizal.
ʻʻKe hospital, puan?ʼʼ tanya Faizal, sedikit keliru.
ʻʻYa... suspek seorang pengidap penyakit mental.
Dia berada di dalam bangsal itu tidak berbajuʼʼ jelas Ariana.
ʻʻErrrmm... baiklah puanʼʼ balas Faizal.
ʻʻErrrmmm...ʼʼʻʻAda apa, konstabel?ʼʼ tanya Ariana.
ʻʻErrmm... maafkan tapi puan dalam keadaan tak berbaju ni tak ada masalah mental jugak keerr?ʼʼ ujar Faizal dalam bergurau senda.
Julia turut tergelak.
Hashim berdehem kuat, sambil menarik lengan Faizal.
ʻʻJangan sibuk-sibuk! Inspektor kan suruh kita berkas suspek tadi?ʼʼ tegus Hashim dengan garang.
Faizal hanya mengangguk.
ʻʻBaik, Koperalʼʼ katanya sambil terus naik dari sungai itu dan menuju ke bangsal bersama beberapa anggota polis yang lain.
Hashim hanya melihat Ariana yang melangkah keluar dari sungai itu.
Hashim tahu disebalik selimut itu, Ariana tidak memakai sebagai pakaian.
ʻʻAwak okay?ʼʼ tanya Hashim perlahan.
ʻʻSuspek tak ada lakukan apa-apa pada awak?ʼʼAriana menggeleng kepala kepada Hashim.
ʻʻSaya okay, Koperal.
Terima kasih kerana bertanya.
Dan... suspek tak lakukan apa-apa pada sayaʼʼHashim hanya mengangguk sekali, walaupun dalam hati, dia agak kurang percaya kata-kata Ariana itu.

Sumber:Internet