Gelap

Jenayah Keghairahan 35

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Jenayah Keghairahan 35

. Ariana bermain-main air dengan kedua kakinya sambil berendam di dalam kolam infiniti villa Belum Rainforest Resort.
Hanya kepala dan paras atas dada sahaja yang berada di atas permukaan air, kedua tangannya menyandar pada tepi kolam.
Sambil bersandar berehat di dalam air yang jernih itu, Ariana hanya memakai bra dan panties yang nipis menutupi kulit tubuhnya yang seksi dan terdedah.
Ariana sedang berada di resort terkemuka itu kerana sedang bercuti bersama suaminya, Zarul.
Sebagai imbuhan dari kejayaannya memberkas Tajul Ariffin setelah ditawan selama lima hari lamanya, Ariana telah diberikan kelulusan khas cuti selama seminggu untuk berehat dan mengembalikan tenaganya.
Kesempatan itu terus sahaja diambil oleh suaminya Zarul untuk menempah sebuah villa di resort di Tasik Temenggor itu, sebuah kawasan peranginan yang agak terpencil tetapi terletak tidak jauh dari pekan Gerik.
Sama seperti isterinya, Zarul juga memerlukan rehat yang secukupnya juga.
Sejak beberapa hari yang lampau, Zarul tidak dapat melelapkan matanya tatkala mendapat berita isterinya telah ditawan penjenayah.
Sewaktu kejadian itu berlaku, Zarul masih lagi berada di negara China atas urusan perniagaan.
Sejurus sahaja mendapat berita tentang Ariana, Zarul terus membeli tiket penerbangan untuk kembali ke tanah air.
Terus bergegas ke tempat kejadian dari lapangan terbang, Zarul bersengkang mata siang dan malam, risau tentang keadaan Ariana.
Tetapi semua mimpi ngeri itu berakhir sudah apabila Ariana dijumpai di sebuah bangsal usang yang terletak di sebuah kebun getah yang lama.
Gembira kerana isterinya dijumpai semula, Zarul terus menempah villa eksklusif itu untuk dia dan Ariana menghabiskan masa bersama setelah dua minggu terpisah.
Dua malam pertama di villa tersebut banyak dihabiskan dengan mereka berdua berehat sambil tidur bersama, sekaligus menggantikan semula waktu tidur mereka yang terhutang.
Masuk hari ketiga, barulah Zarul dan Ariana mula bersiar-siar di kawasan peranginan Tasik Temenggor itu.
Mereka menaiki bot mengelilingi tasik, berjalan-jalan berduaan sambil berpegangan tangan di kawasan hutan rekreasi, dan kemudian singgah pula di restoran terapung untuk menjamu selera.
Tiba waktu petang, barulah Zarul dan Ariana pulang ke villa mereka kembali.
Tetapi, harapan Ariana agar dapat mengecapi keintiman yang telah lama tertunggak bersama suami sedikit terbantut apabila Zarul mengambil keputusan untuk mengejar semula masa yang telah tertinggal sejak seminggu yang lalu dengan membuat sedikit kerja-kerja perniagaan menggunakan laptop. peribadinya.
Sambil Zarul sedang membuat kerjanya, Ariana pula memalaskan dirinya di dalam kolam infiniti di hadapan villa mereka.
Sambil berendam, Ariana sempat menalifon ibu pejabat Bukit Aman, menanyakan perkembangan terkini.
ʻʻJangan risau lah, puanʼʼ balas Julia disebalik talian telefon.
ʻʻWe are handling this dekat sini.
Bukan you sorang jer pegawai polis di Bukit Aman ni tau.
You enjoy honeymoon dengan hubby okay?ʼʼ kata Julia memberikan jaminan.
ʻʻI just nak tahu latest development jer, Julia.
Bila I tengok Facebook dan Instagram, kecoh berita Tajul dah kena tangkap.
So tu yang call nak tahu tuʼʼ tanya Ariana.
ʻʻDonʼt worry lah... Yup.
Biasalah sosial media, kan? Diaorang kan mahkamah zaman internet sekarang ni? Tuan Fakhrul tengah fast track prepare case sekarang, sebab banyak dapat tekanan dari pihak atasan.
Apapun, Iʼll see you bila you habis honeymoon nanti, kay? No need to call office on your holiday tauʼʼ balas Julia.
ʻʻYa lah, ya lah.
See you next weekʼʼ kata Ariana.
ʻʻByeʼʼʻʻBye, puanʼʼ balas Julia mematikan talian.
Ariana mengeluh, tangan mencampak telefon bimbitnya ke atas kerusi rehat di tepi kolam.
Kepala didongakkan ke atas sambil mata dikatup.
Ariana senyap, fikirannya mengenangkan kembali apa yang telah terjadi.

Sumber:Internet