Gelap

Jenayah Keghairahan 37

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Jenayah Keghairahan 37

. Satu majlis ringkas meraikan persaraan Koperal Hashim Idris diadakan di auditorium ibu pejabat Polis Di Raja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Majlis yang dipengerusikan oleh ASP Kader itu dihadiri anggota-anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah.
Turut hadir juga ialah SAC Datoʼ Helmy selaku tetamu kehormat.
Dalam ucapannya, Datoʼ Helmy mengucapkan terima kasih kepada Hashim di atas sumbangan beliau sepanjang 40 tahun perkhidmatan bersama PDRM, satu pencapaian yang harus dipuji dan dibanggakan.
Helmy mengimbas kembali sejarah penglibatan pertama Hashim bersama PDRM bermula pada usia 18 tahun, iaitu sejurus selepas beliau tamat sahaja pengajian SPM di sekolah.
Bermula dengan pangkat konstabel, usaha tekun dan gigih Hashim menampakkan beliau ditauliahkan pangkat sebagai seorang detektif berpangkat Lans Koperal, dan kemudian dinaikkan pangkat ke Koperal merangkap detektif kanan.
Pelbagai kes-kes berprofil tinggi telah berjaya diselesaikan oleh Hashim dan pasukan CID pada ketika itu.
Datoʼ Helmy menunjukkan slide kes-kes yang telah dikendalikan oleh Hashim sepanjang perkhidmatannya.
Menjelang umur 55 tahun, Hashim telah diminta oleh PDRM untuk melanjutkan perkhidmatannya selama tiga tahun lagi memandangkan pengalaman beliau yang sangat meluas masih lagi diperlukan oleh jabatan tersebut.
Kini, Hashim yang sudah menjangkau umur 58 tahun, berbekal dengan pengalaman 40 tahun yang sangat luarbiasa tu, mendapat penghargaan yang sepatutnya dari pihak PDRM.
Helmy kemudiannya menjemput Hashim untuk naik ke atas pentas.
Hashim yang berpakaian uniform polis yang lengkap, naik ke pentas untuk mengadap Helmy dan Kader.
Beliau memberikan tabik hormat kepada Kader dan kemudian kepada Helmy pula.
Sebagai menghargai jasanya selama 40 tahun lamanya, Helmy memberikan satu kejutan istimewa kepada Hashim.
Helmy menanggalkan pangkat Koperal pada baju uniform polisnya, dan menggantikan dengan pangkat kehormat Sub Inspektor.
Kejutan kenaikan pangkat kehormat itu diberi tepukan gemuruh oleh hadirin memandangkan pangkat Sub Inspektor adalah tiga tangga tingginya dari pangkat Koperal.
Pangkat itu juga merupakan pangkat tertinggi untuk pegawai rendah polis.
Helmy kemudian menganugerahkan Hashim dengan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN), sijil persaraan dan cek graduiti pencen, dan sebuah cenderahati merupakan kotak yang mengandungi jam tangan Citizen Classic Eco-Drive.
Hashim kemudian diberikan peluang untuk memberikan sedikit ucapan.
Dengan rendah diri, Hashim mengucapkan kesyukuran kepada Allah kerana telah memberikannya umur yang panjang dan badan yang sihat agar dia dapat mencurahkan baktinya kepada bangsa dan negara.
Hashim juga mengucapkan terima kasih kepada SAC Helmy, ASP Kader dan beberapa anggota polis yang pernah menjadi ketuanya.
Akhir sekali, Hashim menyebut nama Ariana sebagai ketuanya yang terakhir.
Ariana yang berada di tengah-tengah auditorium itu hanya tersenyum sendirian tatkala mendengar namanya disebut oleh Hashim.
Hadirin kemudiannya memberikan Hashim tepukan berdiri, sekaligus mengakhiri majlis yang ringkas tersebut.
Ramai di kalangan rakan-rakan anggota polis datang menghampiri Hashim mengucapkan tahniah dan selamat di atas persaraan beliau.
Kebanyakkan mereka adalah anggota polis lelaki yang veteran dan berpengalaman.
Di dalam kerumunan manusia itu, Ariana tidak dapat hendak mendekati dirinya pada Hashim.
Ariana hanya dapat melihat Hashim dari jarak yang agak jauh, walaupun raut wajahnya sentiasa tersenyum melihat lelaki veteran itu.
Sekali-dua Hashim sekilas pandang Ariana hanya dari sudut matanya sahaja, sambil dia sibuk melayan rakan-rakan anggota polis yang lain yang masih berbual bersamanya.

Sumber:Internet