Gelap

Jenayah Keghairahan 38

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Jenayah Keghairahan 38

. Hashim mengelap titisan peluh di muka dengan menggunakan tuala putih kecil sambil menghela nafas lega tatkala kesemua perabot-perabot rumahnya telah selesai dimuat naik ke atas lori Daihatsu 2 tan. yang telah disewa khas untuk hari ini.
Bersama Hashim, rakan-rakan sekerja dari Bukit Aman yang terdiri dari Kader dan Faizal dari jabatan homocide, Zulkifli dari jabatan narcotics, dan ahli-ahli Ghost Team iaitu Daud, Uria, Hamzah, Komeng dan Guntur semua telah turun sejak dari awal pagi untuk membantu Hashim memindahkan barang dari rumah ke atas lori.
Ahli-ahli unit tindakan khas itu kesemuanya tidak berbaju, menayangkan dada sado dan perut six-pack masing-masing.
Badan mereka yang sasa itu sering menjadi jelingan dan pndangan-pandangan curi dari mana-mana wanita yang lalu di kawasan itu, tidak kiralah samada mereka anak dara atau pun mak budak.
Setelah bersara dari PDRM, Hashim telah membuat keputusan untuk menjual rumah teres satu tingkatnya di Taman Desa Jaya, Kepong itu.
Sejak isterinya meninggal dunia sepuluh tahun yang lalu, diikuti dengan anak-anak semua sudah berpindah ke kediaman mereka sendiri, Hashim hanya duduk keseorangan di dalam rumah tiga bilik itu.
Ianya dijaga rapi dengan kemas, segala dinding yang terkopek atau tiang besi yang berkarat dicat baru.
Kepingan atap yang lama diganti, kawasan rumah dibersih dengan rapi.
Rumah satu tingkat yang dibina hampir setengah abad yang lalu masih nampak utuh dan baru berbanding dengan rumah-rumah lain di kawasan taman tersebut.
Rumah teres itu dibeli dengan harga kos murah menggunakan pinjaman perumahan kerajaan menerusi koperasi polis.
Apabila Hashim membuat keputusan untuk menjualnya dan berpindah ke Gerik, dengan cepatnya rumah itu telah ditawarkan oleh pembeli baru menerusi agen perumahan dengan harga RM350,000.
Hashim berucap bersyukur kerana mendapat keuntungan 20 kali ganda berbanding harga yang dibelinya pada tahun 80an dahulu.
Kebanyakan perabot di dalam rumah juga telah dijual dengan kaedah ʻgarage saleʼ menerusi laman web mudah dan lelong.
Yang tinggal itulah yang telah diangkat naik ke atas lori untuk di bawa ke rumah kediamannya yang baru di Gerik, Perak.
Hashim bercadang untuk menggunakan hasil duit jualan rumah Taman Desa Jaya itu untuk memperbaiki dan mengubahsuai rumah kampung kepunyaan Pam Yeek.
Rumah yang sama mereka berdua bakal diami sebagai suami-isteri selepas tamatnya tempoh iddah Pam Yeek nanti.
ʻʻTerima kasih kawan-kawan sebab tolong aku angkut barang-barang rumah pagi ni.
Jasa korang semua tak dapat aku balasʼʼ kata Hashim kepada rakan-rakannya.
ʻʻSmall matter lah, Abang Has, Lagipun bebudak di kena exercise sikit from time to timeʼʼ balas Daud sambil menyalam tangan Hashim.
ʻʻKalau Abang Has nak, boleh jer kami ikut ke Gerik nak unload balik barang-barang ni nantiʼʼʻʻIss tak payah lah sampai macam tu.
Dekat sana nanti dah ada orang kampung stand by nak unload nanti.
Terima kasih sangat-sangat sebab pelawaʼʼ balas Hashim pula.
Setelah penutup kain kanvas lori tersebut di pasang dan diikat, Hashim memberi arahan kepada pemandu dan keledar lori tersebut tentang alamat yang ditujui.
Setelah semuanya selesai, pemandu itu memulakan perjalannya ke Gerik.
Sementara itu, rakan-rakan sekerja yang lain masing-masing menyalam tangan Hashim dan meminta diri.
Ada yang berpeluk dengan Hashim dan menepuk-nepuk belakang buat kali terakhir.
Mereka kemudian pulang ke kereta masing-masing.
Ada yang datang berkongsi kereta.
Kader yang paling terakhir menyalam tangan Hashim.
Dia kemudian mengambil sebuah sampul surat dari dalam kocek jaket bajunya.
Sampul surat itu bersaiz DL dan mengandungi sesuatu yang keras.
ʻʻShim, aku nak mintak tolong kau sikit boleh?ʼʼ tanya Kader.
ʻʻBoleh jer, tuan.
Apa yang nak saya tolong tu?ʼʼ balas Hashim.

Sumber:Internet