Gelap

Jenayah Keghairahan 39

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Jenayah Keghairahan 39

. Ariana pulang ke rumah setelah penat bekerja sepanjang hari di Jabatan Siasatan Jenayah, ibu pejabat polis Bukit Aman Kuala Lumpur.
Kereta Honda City yang dipandunya menyusur masuk ke dalam perkarangan rumah yang sunyi.
Ini adalah kerana, seperti juga hari-harinya sebelum ini, Ariana akan pulang ke sebuah rumah yang kosong.
Sepatutnya pada ketika itu, dia akan bersama dengan Zarul suaminya di rumah.
Kalau tidak di rumahpun, mereka berdua akan berjumpa di luar selepas waktu kerja untuk keluar makan bersama, ataupun tengok wayang, atau saja habiskan masa berdua di shopping kompleks atau tempat hiburan.
Tetapi sudah dua minggu Ariana pulang ke rumah yang kosong itu.
Dua minggu.
Sepatutnya hanya satu minggu Zarul pergi ke negeri China untuk menyambung kerja-kerja yang ditinggalkan tempohari.
Satu minggu.
Bukan dua.
Ariana mengeluh keletihan, sambil meleraikan kasut hanya dengan menggunakan kakinya sahaja, kasut tersebut disepak ketepi, malas nak menyusunnya rapi.
Suis lampu dibuka.
Keadaan rumah masih sama seperti yang ditinggalkan pagi tadi.
Tak banyak barang-barang yang bersepah pun.
Kerana ianya tidak bersentuh setelah sekian lama.
Ariana terus melabuhkan punggungnya ke atas sofa.
Tarik nafas panjang untuk berehat.
Mata dipejamkan sebentar untuk mencari ketenangan.
Kadang-kala Fakhrul akan mengajaknya keluar makan sekali.
Tapi tak kan Fakhrul nak menemani nya setiap kali? Pasti Fakhrul ingin pulang ke rumah untuk bersama isterinya Serina.
Pasti waktu sebelah malam adalah waktu keintiman untuk mereka berdua bersama.
Bohonglah kalau Ariana pernah menaruh sedikit perasaan pada lelaki itu.
Tetapi sikap dingin Fakhrul terhadap dirinya menyebabkan dia merasakan dirinya tidak ubah seperti baldi mencari perigi.
Tajul? Lelaki gila seks itu hanya mahukan tubuhnya untuk memuaskan nafsu serakah semata-mata.
Ariana kemudian terkenangkan Koperal Hashim pula.
Kenangan bersama lelaki veteran itu adalah kenangan yang cukup manis dan indah sekali yang pernah dirasai di dalam hidupnya.
Mereka berdua telah melafazkan perasaan cinta yang tulus dan ikhlas dari hati, tetapi akhirnya memilih untuk berpisah memandangkan Ariana yang sudah dipunyai.
Dengan berat hati, Hashim memilih untuk melepaskannya dan mengahwini wanita lain.
Maka percintaan mereka itu berakhir dengan sebuah perpisahan yang meninggalkan dua buah hati yang terluka.
Tanpa disedari, Ariana menangis sendirian, mengenangkan kisah cintanya yang tragis.
Adakah dia juga bakal mewarisi nasib seperti ibunya juga?Ariana mengeluh lagi.
Dia kemudian berdiri dari kerusinya dan berjalan ke arah dapur.
Peti ais dibuka.
Ditenung isi kandungannya.
Terlintas di dalam fikirannya apa nak masak untuk malam ini.
Hatinya tidak kuasa untuk memasak hanya untuk dirinya seorang.
Kalau berdua mungkin lah, adalah juga terujanya memasak untuk seseorang yang disayangi.
Tapi nak habiskan masa setengah jam hanya untuk mengisi perut sendirian? Akhirnya, Ariana terus sahaja menutup pintu peti ais itu semula.
Diambilnya sebungkus Maggi Cup.
Perasa asam laksa.
Dijerang air mendidih dan direndam masuk ke dalam bekas maggi dan perencahnya.
Tunggu dua minit, dikacau kuahnya agar sebati.
Itulah sahaja juadah makan malamnya.
Sambil meniup maggi yang panas, Ariana barulah teringatkan Zarul, lelaki yang selalu berkongsi maggi panas dengannya.
Lelaki yang telah ditentukan oleh jodoh menjadi suaminya.
Ariana kemudian duduk di meja makan membuka komputer peribadinya.
Perisian Skype dihidupkan.
Nama Zarul di dail.
Bunyi deringan nada Skype yang kapan hari didengari sudah dihafal melodinya.

Sumber:Internet