Gelap

Jenayah Keghairahan 4

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Jenayah Keghairahan 4

. Zzzzzeeerrppp!!Bunyi zip ditarik ke atas.
Tubuh Marshila dibungkus dengan rapi oleh kakitangan forensik ke dalam sebuah beg mayat berwarna hitam untuk dipindahkan ke sebuah ambulans yang menunggu untuk dibawa ke koroner untuk dibedah siasat.
Petugas forensik yang lengkap memakai PPE berjalan mengusung jasad kaku di dalam beg mayat hitam itu.
Beberapa polis mengiringi mereka.
Bimbang jika sebarang perkara diluar kawalan berlaku.
Ratusan kelipan lampu kamera menerangi kegelapan malam apabila ianya dipetik oleh wartawan-wartawan di luar rumah tatkala mereka melihat beg mayat di atas sebuah katil beroda sedang ditolak oleh kakitangan paramedik untuk dimasukkan ke dalam van ambulans.
Tangisan dari peminat dan penyokong artis terkenal itu mengiringi kerlipan lampu-lampu kamera.
Mereka sudah lama berkumpul diluar kediaman rumah Marshila sejak Maghrib tadi apabila menerima berita mengejutkan itu dari sosial media yang telah menular dengan begitu cepat sekali.
Hashim, Ariana turut mengiring pegawai forensik lain yang mengusung mayat Marshila masuk ke dalam ambulans.
Suasana mula kecoh apabila ada peminatnya yang fanatik mula hilang kawalan.
Tidak percaya artis pujaan mereka telah tiada bertindak liar cuba mendekati ambulans itu.
Mungkin mereka mahu melihat sendiri mayat Marshila dengan mata mereka barulah mereka percaya.
Disebabkan itu beberapa lagi pegawai yang bertugas bertindak dan cuba untuk menghalang dan mententeramkan mereka.
Ada yang menangis.
Ada yang meraung.
Ada yang menunjukkan pelbagai emosi untuk dimuat naik secara live di paparan sosial media seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.
Ada juga yang bertindak mengekori ambulans tersebut tatkala ianya mula meninggalkan perkarangan rumah banglo tersebut sambil diiringi dengan dua buah kereta peronda.
Peminat Marshila berhenti setelah ambulans itu meluncur laju meninggalkan mereka.
Ketiga-tiga kenderaan itu bergerak menuju ke destinasinya, lalu ghaib disebalik kepekatan malam.
Wartawan dan peminat Marshila juga turut beransur beredar dari lokasi itu.
Keadaan kembali menjadi tenteram.
Berpuas hati dengan operasi yang hampir selesai di tempat kejadian, Hashim dan Ariana juga bersiap sedia untuk pulang ke ibupejabat Jabatan Siasatan Jenayah (CID) di Bukit Aman.
Sepasukan kecil kakitangan forensik berserta dua pegawai polis ditugaskan untuk stay-back agar memastikan tempat kejadian dikawal dan dipagar rapi supaya apa-apa bukti yang belum dikumpulkan tidak diusik atau dipindahkan sebelum ianya direkodkan.
ʻʻAku nak balik HQ duluʼʼ kata Hashim kepada salah seorang kakitangan forensik yang masih bertugas di banglo tersebut.
Hashim mencampakkan kunci kereta peronda Proton X70 kepada pegawai tadi.
ʻʻKau ambik kereta aku.
Aku balik dengan inspektorʼʼPegawai forensik itu mengangguk sambil menangkap kunci kereta yang dicampakkan kepadanya tadi.
Hashim menoleh kepada Ariana yang raut wajahnya sudah menampakkan lelah pada penghujung hari.
ʻʻReady to go?ʼʼ tanya Hashim kepada Ariana.
Ariana melihat jam Casio ʻBaby-Gʼ BSA-B100 pada tangan kirinya.
Waktu dah pukul 9 malam.
Ariana mengeluh sedikit sambil melihat waktu yang sudah lanjut.
ʻʻYes.
Jom balik.
Saya pun dah lambat dah niʼʼ katanya sambil menurunkan jam tangannya.
ʻʻSaya naik kereta inspektor ya? Kereta saya budak-budak CSI tu nak guna nantiʼʼ kata Hashim.
Ariana menyelukkan kunci kereta peronda Honda Civic 1.
8 dari dalam poket seluarnya dan kemudian dicampakkannya pada Hashim.
Sepantas kilat tangan Hashim menangkapnya dengan kemas.
ʻʻAwak drive, koperalʼʼ kata Ariana.
Hashim tersenyum sambil mengangguk sekali.

Sumber:Internet