Gelap

Jenayah Keghairahan 6

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Jenayah Keghairahan 6

. Suasana sungguh romantik sekali di restoran atap Stratosphere The Roof di Petaling Jaya.
Hanya dengan berbumbungkan bintang-bintang yang bergelimpangan di langit yang cerah, disulami dengan alunan musik R&B dari muzik video Boyz II Men - Iʼll Make Love To You yang berkumandang perlahan sebagai santapan latar.
Seorang pelayan lelaki mengiringi Zarul dan Ariana ke sebuah meja makan yang telah hanya diterangi dengan cahaya-cahaya lilin putih yang tinggi di atas besi pemegangnya.
Sambil berjalan berpimpin tangan, anak mata Zarul melirik memerhatikan reaksi pengunjung lain yang mencuri-curi pandang.
Kelihatan beberapa pengunjung lelaki memandang ke arah mereka, namun Zarul sedar bukan dirinya sedang diperhatikan, tetapi isterinya.
Zarul akui yang isterinya Ariana memang seorang wanita yang agak luarbiasa kejelitaannya.
Lebih-lebih lagi dengan penampilan Ariana yang memakai baju evening dress belahan pada kaki belakang, paras rendah di dada, menampakkan bahu, rambut ikal mayang dengan kaki pula berkasut tinggi.
Sudah tentu wanita jelita ini menjadi tumpuan mata lelaki-lelaki yang sentiasa mencuri-curi memandangnya.
Walaupun begitu, Zarul masih bersikap biasa, cuba untuk tidak menunjukkan apa-apa perasaan cemburu.
Perbualan kosong dan santai dikongsi bersama sambil menunggu hidangan makan malam datang dibawa oleh pelayan restoran.
Hidangan sirloin steak yang dimasak sedang, dengan sos creamy white peppercorn bersama kentang bakar dan sayuran kukus menjadi santapan pasangan suami-isteri muda pada malam ini.
ʻʻThank you, Abangʼʼ kata Ariana dengan manis sambil menghirup segelas Eisberg Merlot yang tidak beralkohol.
ʻʻRomantiknya malam ni.
Thank you sebab bawak Ary ke tempat macam niʼʼZarul hanya tersenyum melihat kejelitaan isterinya dengan bibir yang merah, setelah bekas red wine membasahi bibirnya.
ʻʻItʼs the least I could do, Sayangʼʼ balas Zarul.
ʻʻAbang sepatutnya minta maaf pada Ary sebab tak dapat datang majlis watikah perlantikan Ary jadi Detektif Inspektor pagi tadiʼʼ katanya lagi.
ʻʻItʼs okay, Abang.
Bukan majlis besar mana pun.
Komandan pin satu paku baru dan bagi tag nama jerʼʼ balas Ariana bersahaja sambil tersenyum.
ʻʻS it is an important day for you hari ni.
Tak sangka Abang dapat memperisterikan seorang crime scene police officerʼʼ kata Zarul lagi, sedikit memujuk dalam nada suaranya, ʻʻLawa cantik pulak tu.
Mesti orang jahat freeze bila nampak Ary nak tangkap diaorangʼʼ gelak Zarul sambil bergurau.
ʻʻAda-ada jer lah Abang niʼʼ sahut gelak tawa Ariana di atas gurauan suaminya tadi.
ʻʻMama ada datang tadi?ʼʼ tanya Zarul apabila gelak ketawa kembali tenang.
Ariana menggeleng sambil menunduk bawah.
ʻʻTakʼʼ balasnya perlahan.
ʻʻIngat pun tidak agaknyaʼʼ bisiknya sendiri.
ʻʻEh... janganlah kata macam Iʼm sure mama tengah sibuk dengan kerjanyaʼʼ Zarul cuba untuk memberi alasan bagi pihak ibu Ariana yang juga tidak hadir pagi tadi.
ʻʻSibuk?ʼʼ dengus Ariana sambil tergelak kecil, ʻʻSibuk mengangkang untuk Patrick adalahʼʼʻʻPatrick?ʼʼ tanya Zarul sambil hampir tergelak sama.
Ariana menunjukkan muka poyo pada suaminya.
ʻʻSiapa lagi.
Boyfriend mama yang ke dua belas ke yang ke berapa ntah.
Ary dah lost count dah lama dahʼʼʻʻAwak niʼʼ geleng kepala Zarul kepada isterinya.
ʻʻTak baik cakap macam tu pasal mama... Whatever happens she still your motAriana hanya tergelak sambil menghidup gelas red wine ditangannya.

Sumber:Internet