Gelap

Jenayah Keghairahan 7

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Jenayah Keghairahan 7

. Lantai tarian Play masih belum penuh dengan orang ramai.
Masing-masing masih lagi samada menikmati hidangan makan malam di restoran atau minuman di bar.
Musik perlahan R&B sedang diputarkan oleh DJ Mico T dengan lagu-lagu klassik dari Luther Vandross, Marvin Gaye, Billy Ocean dan ramai lagi penyanyi zaman Motown.
Ariana menarik suaminya untuk ke tengah lantai tarian untuk menari sambil dibawah alunan musik R&B.
ʻʻJom menari, Abangʼʼ pelawa Ariana kepada suaminya.
ʻʻAry... Abang kan tak pandai menariʼʼ Zarul cuba mengelak.
ʻʻAlahh.. Abang ni... joget-joget jeerr kannnʼʼ Ariana cuba memujuk.
Zarul yang sedikit kekok dengan kehidupan sosial, hanya mengikut gerak langkah Ariana di lantai tarian.
Zarul memeluk erat pinggang Ariana sambil isterinya itu memeluk lehernya pula.
Mereka berdua menari slow-dance sambil Mico T menukar dari satu lagu R&B ke satu lagu yang lain.
Setelah hampir empat lima lagu R&B diputarkan, Ariana merasa tubuhnya sedikit kegersangan.
Nafasnya menjadi dalam dan jantungnya berdenyut kuat.
Tanpa perasaan segan dan malu, Ariana terus mengucup mulut Zarul, lidah dihulurkan ke dalam dengan ciuman french kiss yang agak berahi.
Aksi pasangan itu serta merta menjadi perhatian orang ramai disitu.
Kesemua yang berada di atas lantai tarian itu menjerit ʻʻWooooaaa!ʼʼ sambil bertepuk tangan kepada pasangan muda itu tatkala melihat mereka berkucupan.
Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam.
Waktu untuk R&B sudah berakhir.
Mico T mengubah suasana lantai tarian dengan gubahan lagu-lagu dari Avicii pula.
Tarian menjadi semakin rancak apabila ramai pasangan masuk ke lantai tarian sambil meloncat-loncat dengan denyutan beats ciptaan tersendiri dari Mico T.
DJ wanita yang popular itu terus menjerit menerusi mikrofon sambil membuat pengumuan ʻʻItʼs time to hit the dance floor, gaaaiiss!!ʼʼLangkah tarian Ariana semakin bertenaga.
Muzik itu dihayatinya.
Dia melonjak-lonjak sambil kedua tangan melambai-lambat di atas kepalanya.
Kepalanya digeleng-gelengkan dengan rambut melibas-libat kekiri dan kekanan.
Sorakan riang dari semua yang berada di atas lantai tarian menyemarakkan lagi suasana Play The Roof.
Zarul sedikit risau melihat langkah Ariana yang semakin liar.
Malah, semasa isterinya mengucup mulutnya tadi, Zarul terasa sedikit kesan alkohol.
ʻʻSayangʼʼ panggil Zarul pada isterinya.
Panggilannya itu terus tidak dengari Ariana yang sedang ralik berjoget pada musik Avicii yang telah diubahsuai dan mengasyikkan.
ʻʻAryʼʼ panggil Zarul lagi.
Ariana hanya gelak gembira sambil melompat-lompat tidak berhenti.
ʻʻAry minum apa tadi?ʼʼ tanya Zarul lagi.
ʻʻMojito lah, Abang.
Chill lah!ʼʼ jawab Ariana pada suaminya.
Suara Ariana sudah menampakkan kesan penangan alkohol dalam darahnya.
Zarul kemudian cuba untuk menarik Ariana keluar dari lantai tarian itu.
Tetapi Ariana menepis tangan suaminya.
Dia masih belum puas lagi menari.
Sedikit raut kesal terpancar di wajah Zarul.
ʻʻAbang pergi ke bar sekejapʼʼ kata Zarul pada telinga Ariana.
Zarul kemudian mengundur perlahan-lahan sambil tangan masih memegang tangan Ariana.
ʻʻAlaaaaaʼʼ balas Ariana manja sambil masih memegang tangan Zarul, sehinggalah jarak antara Zarul dan Ariana menyebabkan tangan mereka terpisah.
Melihat Zarul sudah hilang dari lantai tarian dan menuju ke bar, Ariana terus melonjak-lonjak menari bersendirian.
Entah kenapa dirinya berasa sangat bertenaga ketika ini.
Zarul menghampiri pelayan bar dan kemudian bertanya kepadanya, ʻʻExcuse meʼʼʻʻYes, sir.
What can I get you?ʼʼ tanya pelayan bar tersebut.

Sumber:Internet