. Ariana dan Hashim masih lagi berada di perkarangan luar ibu pejabat Bukit Aman melihat pasukan Ghost Team baru pulang dari operasi subuh tadi.
Tidak lama selepas itu, sebuah kereta klasik Mercedes E200 Kompressor tiba pula.
Kereta itu memandu dengan perlahan menuju ke arah tempat letak kenderaan pelawat.
Ariana kenal kereta Mercedes berwarna biru gelap tahun 1998 itu.
Dengan pantas, Ariana cuba mengelak dari bertembung dengan pasangan suami isteri warga emas yang muncul dari dalamnya.
Ariana menunduk sambil mengelak pandang kepalanya ke arah lain, tangan masih berpeluk tubuh, kaki melangkah pantas masuk semula ke dalam bangunan.
Hashim dapat mengagak siapakah mereka itu dengan melihat reaksi Ariana.
Dia mencapai walkie talkie Motorola XT420 yang disisip di tali pinggangnya.
Butang PTT ditekan.
ʻʻJulia masuk, Julia masukʼʼ kata Hashim pada peranti dua arah itu.
ʻʻRoger, roger.
Julia bercakap, overʼʼ suara Julia menyahut kedengaran pada speaker WT tersebut.
ʻʻParents Marshila dah sampai, overʼʼʻʻRoger that.
Puan Ariana ada dengan Abang? OverʼʼʻʻTak.
Saya akan take lead hari ni, overʼʼʻʻUnderstood, overʼʼʻʻOkay See you inside.
Hashim, outʼʼʻʻJulia, outʼʼPeranti WT itu disisip semula ke tali pinggang.
Hashim berjalan ke arah pasangan warga emas yang baru sahaja keluar dari kereta mereka.
ʻʻAssalamualaikumʼʼ kata Hashim kepada pasangan tersebut tatkala dia sudah berada di hadapan mereka.
Umur mereka nampak lebih kurang sebaya dengan Hashim, dalam lingkungan lewat lima puluhan.
ʻʻBoleh saya bantu encik dan puan?ʼʼ tanya Hashim dengan hormat dan sopan.
ʻʻWaalaikum salamʼʼ balas lelaki itu kepada Hashim.
Mereka berjabat tangan.
ʻʻSaya Haji Manaf, ni isteri saya Hajah Khadijah.
Kami...ʼʼ suaranya sedikit tersekat-sekat, sukar untuk menghabiskan ayatnya.
ʻʻIbu Bapa kepada Marshilaʼʼ kata Hashim, mengangguk sekali.
ʻʻTakziah dari saya, Tuan Haji.
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang berimanʼʼʻʻInshaAllahʼʼ balas Haji Abdul Manaf sambil menadah kedua-dua tangan dan menyapu ke mukanya.
Isterinya, Hajah Siti Khadijah pun mengaminkan suaminya.
ʻʻEncik tahu ke pasal Marshila?ʼʼHashim mengangguk lagi.
ʻʻNama saya Detektif Hashim.
Saya second-lead untuk kes anak HajiʼʼʻʻOh, begituʼʼ kata Manaf, menghela nafas yang sangat panjang.
ʻʻBoleh kami masuk untuk jumpa anak kami?ʼʼʻʻItulah yang kami panggil Haji dan Hajah datang kesini untuk proses pengecaman mayat mangsa.
Dan... kalau Tuan Haji dan Hajah tak keberatan, boleh saya ambil sedikit keterangan juga?ʼʼ tanya Hashim.
Manaf mengangguk perlahan.
Walaupun hatinya sedih, tapi tanggungjawab perlu dijalankan juga.
Hashim mengiring Manaf dan Khadijah masuk ke dalam bangunan ibu pejabat Bukit Aman.
Mereka diiringi masuk ke dalam bilik mayat.
Sampai disitu, Hashim menunjukkan tag nama kepada jururawat yang bertugas untuk membenarkan mereka masuk ke dalam bilik mayat.
Jururawat lelaki itu kemudian membuka bilik mayat.
Suhu di dalamnya sejuk dikekalkan di bawah tahap beku.
Banyak peti-peti sejuk tersusun dari dinding ke dinding.
Pintu-pintu besi menutupi tubuh-tubuh yang sudah tidak bernyawa didalamnya.
Jururawat itu memeriksa fail di tangan kiri, menyelak-nyelak kertas di atasnya sehingga dia menjumpai apa yang dicari.
Kaki terus bergerak mendekati sebuah pintu peti sejuk.
Ditarik pemegang besi pintu itu untuk membukanya.
Kemudian sebuah katil sorong ditarik keluar dari peti tu, di atasnya terbaring satu tubuh yang telah ditutup dengan kain putih.
Sumber:Internet