Gelap

Kelab Pencurang Cinta 1

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Kelab Pencurang Cinta 1

. Radzi sedang berjoging dan berlari mengelilingi tasik di depan rumahnya.
Dia mahu bersedia untuk menyediakan diri berdepan dengan cabaran Marathon Standard Chartered KL yang akan berlangsung pada minggu depan.
Dengan tubuh badan BMI yang ideal, serta mempunyai susuk badan yang menawan dan wajah yang tampan, dia kini di pertengahan 30an.
Mempunyai seorang anak, serta seorang isteri yang cantik menawan.
Radzi dan Emma berkahwin kira-kira tiga tahun yang lalu, tetapi mereka sudah bercinta sejak dari sekolah lagi.
Emma merupakan seorang gadis yang mempunyai ramai peminat semasa di sekolah, kerana selain dia cantik, dia juga seorang yang bijak di sekolah.
Selain menang pertandingan Ratu Kebaya peringkat sekolah, dia juga seorang yang bijak, terutamanya dalam bidang Sejarah.
Radzi belajar dalam bidang kewangan, sementara Emma pula belajar dalam bidang arkeologi.
Radzi bekerja di sektor perbankan sementara Emma pula, bekerja sebagai pembantu kurator di Muzium Negara.
Namun selepas melahirkan anak pertama, Emma membuat keputusan untuk menjadi suri rumah.
Radzi duduk di bangku melepaskan penat selepas berlari tiga pusingan.
Dia terus mencapai earphone dan tekan butang Spotify.
Dia mendengar lagu Elephant dari Tame Impala yang menjadi lagu kegemarannya untuk menaikkan semangatnya.
Sambil itu dia minum air dari botol minumannya.
Kelihatan dua orang gadis berlari di depannya dan tersenyum-senyum melihat pehanya yang pejal.
Radzi perasan senyuman gadis-gadis tersebut, namun dia tidak mempedulikannya.
Dah kenapa, dia dah ada isteri yang cantik, tak pandang la gadis peringkat yang macam ni.
Telefon berbunyi, dia melihat pada telefonnya.
"Bang, nanti boleh singgah Tesco tak? Beli barang dapur.
Saya nak masak.
Awak nak makan apa?" "Mestilah saya nak makan asam pedas Melaka terbaik awak tu.
" "Eh, kata nak race marathon minggu depan?""Cheat day.
Hehehe.." kata Radzi.
"Baik, cepat sikit balik.
""Baik sayang.
" --Afdlin Aku sedang menaip kerja skrip yang sepatutnya aku siap minggu lepas.
Aku back from schedule sebab aku dalam keadaan writer's block.
Kau tau bila penulis macam aku ni writer's block, dia cukup membosankan sebab ia membuatkan seorang penulis tu rasa dirinya tak berguna.
Apa lagi kerja penulis kalau tak menulis, betul tak? Bilik aku yang sempit ni dah semak dah aku tengok.
Aku pandang siling sambil hisap rokok U2 berkepul-kepul asap ke ruang udara bilik.
Aku tengok kipas siling berbunyi, tengok screen komputer, dan kemudian tengok poster Star Wars yang berada di pintu.
"Sampai bila nak macam ni, Afdlin?" aku bertanya pada diri sendiri.
Melihat di tepi katil ada secawan maggi mangkuk yang dah sejuk dan kembang.
"Mamposlah, makan je la walaupun maggi semalam.
Kalau mati pun, takde sape pun peduli pasal aku.
" Melihat pada deadline, aku kembali meneruskan penulisan aku yang aku akui sebenarnya agak merapu.
Aku melihat ke telefon, dan tengok ada Whatsapp.
Group sekolah aku, setiap hari ada sahaja yang cakap merapu, cakap hal politik, sembang bodoh, cakap pasal ubat kuat, cakap pasal anak dan apa-apa sahaja yang orang kahwin sembang.
Aku tak boleh nak masuk, sebab aku belum kahwin.
Lagu Yang Terlewatkan dari Sheila On 7 mengingatkan aku kepada crush aku di zaman sekolah.

Sumber:Internet