. Emma Perjalanan bermula dari rumah saya menuju ke Bukit Tinggi berhenti di sebuah stesen minyak Petronas dalam perjalanan menuju ke Lebuhraya Karak.
Album Jazz & Haiku dari Geoff Goodman berkumandang dalam playlist saya.
Saya ada satu perangai.
Saya suka singgah di stesen minyak untuk mencari produk tempatan.
Tempoh hari masa pergi Teluk Intan, saya cuba cari makanan yang best, tapi apa yang saya jumpa di stesen minyak cuma maruku atau rempeyek yang boleh dijumpai di mana-mana.
Selepas isi minyak, saya belikan Af sebotol air teh hijau jenama Oyoshi Gold Kabusecha.
Saya pula beli kerepek bawang Mak Jah yang berasal dari Janda Baik, Pahang.
"Bukan kejap lagi nak minum teh hijau ke?" tanya Afdlin.
"Saya nak awak belajar bandingkan perbezaan teh hijau yang botol ni, dengan Japanese Tea House yang saya cakap ni.
" Terletak kira-kira 3,500 kaki (kurang lebih 1,066 meter) dari paras laut, Japanese Tea House dibina oleh arkitek bernama Kaio Arizumi, seorang yang popular dengan konsep zen architecture.
Dari Colmar Tropicale menuju ke situ dalam masa 5 minit.
Tapi saya bukan mahu ke Colmar Tropicale, yang dibina dengan senibina Perancis era sebelum Napoleonik, tetapi nak ke Japanese Tea House, perlu menaiki shuttle bus yang sebenarnya lori yang diubahsuai.
Afdlin nampak seronok, sebab dia belum pernah ke sini.
Saya pernah bawa Radzi ke sini, tapi dia macam tak berminat.
Tak apa lah, minat jangan dipaksa.
"Cantik gila tempat ni!" kata Afdlin memandang pemandangan di tepi bukit.
Kami tiba di Japanese Tea House dalam Berjaya Hills Resort.
Sampai jejak kaki di depan Japanese Tea House, Af minta izin untuk hisap rokok.
"Lebih baik awak berhenti," saya tarik tangan Af.
"Kenapa?""Kalau awak nak saya hisap rokok awak, baik awak berhenti hisap rokok.
Saya tak nak hisap rokok orang mati pucuk.
" Saya nampak reaksi Af seperti meme "nani" dalam anime Jepun.
Macam nak berdarah hidung pun ada.
"Huish!" terkejut betul Af.
Saya hanya tersenyum nipis.
Dapat pun tangkap maksud saya.
Selepas 10 minit berjalan di celah-celah anak sungai yang lalu di tepi batu-batuan, kami ternampak kolam yang ada ikan koi sedang berenang di situ.
Di sini ada Tatami Spa, tempat untuk mandi spa.
Walaupun harganya RM440 untuk basic 'Kiso' iaitu untuk urut kaki, disebabkan saya ada kawan yang dulu saya kenal masa saya aktif dalam Soka Gakkai dulu, yang bernama Tomoyuki, memberi harga menarik.
Harga kawan-kawan, boleh dibincang.
Saya dan Af ambil pakej Amayakashi iaitu urut kaki, urut badan, sauna Jepun dan onsen, iaitu mandi dengan herba-herba Jepun sebelum kami ke Japanese Tea House.
Minum teh hijau ini ada ritualnya.
Saya dan Af hanya memerhatikan pelayan kami menyediakan teh hijau sambil menikmati suasana zen di atas bukit.
Ada beberapa keping kuih beras iaitu mochi sambil kami menikmati suasana tenang dalam ruang ini.
"Emma, saya tak rasa saya mampu untuk bayar ni," kata Afdlin yang rasa cuak melihat harga pakej.
"Tak apa.
Saya belanja.
" Afdlin minum teh hijau yang disediakan.
"Yang awak minum masa di stesen minyak, itu kabusecha.
Ia adalah teh kabuse, di mana teh yang dipetik pada musim bunga.
Rasanya lebih fruity, daripada sencha yang lain.
"
Sumber:Internet