Gelap

Kelab Pencurang Cinta 12

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Kelab Pencurang Cinta 12

. Afdlin Aku bermimpi ke ni? Berkali-kali aku menampar pipi aku.
Bidadari yang tersesat di Bumi sedang tidur di sebelah lengan aku.
Aku masih tercengang dan berkali-kali mencubit lenganku untuk cuba menerima realiti baru ni.
Aku masih tak percaya yang crush aku sejak berbelas tahun, sejak zaman sekolah, sedang berbaring di sebelah.
Gila aku tak excited? Simpan perasaan bertahun-tahun, lepas tu memendam rasa bila dah kahwin, tapi, sekarang dia ada kat sebelah aku? Tapi aku ada kebimbangan.
Disebabkan Emma ada masalah rumahtangga dengan Radzi, aku tak boleh carried away dengan benda ni.
Mungkin benda ini cuma rebound semata-mata.
Nanti kalau dorang dah okay balik, aku pulak yang memendam rasa sorang-sorang.
Aku tak nak sakit sorang-sorang macam tu.
Lagipun aku rasa, masa ni baru dia nak cari aku.
Tapi aku tak salahkan dia juga.
Bertahun-tahun dia kena tipu yang semua puisi-puisi yang aku tulis tu datang dari Radzi.
Tapi ini aku jujur dan terus-terang.
Aku tak pernah rasa yang mengorat orang pakai puisi ni akan berjaya dalam zaman pasca moden ni.
Itu cuma fiksyen yang dibuat oleh filem Hollywood 10 Things I Hate About You pada tahun 1999 sebelum ditiru oleh Rudy Soedjarwo dalam Ada Apa Dengan Cinta.
Puisi, beribu-ribu tahun telah digunakan untuk menyampaikan maklumat sama ada cerita perang, cerita cinta atau cerita kehidupan.
Dari Gilgamesh, ke Shijing, Vedas, Gathas, Iliad, rubayat-rubayat Jalaluddin Rumi, ke slam poetry pada era Beatnik - puisi ditulis dalam bentuk prosa, untuk menyampaikan perasaan yang tidak terluah.
Tapi for that, semuanya berakhir apabila modeniti menguasai kehidupan.
Semua benda hanya boleh ada transit kalau ada numbers.
Kalau ada cash flow.
Sebab tu aku tak percaya cerita macam Ada Apa Dengan Cinta tu, sebab in real life, mana ada orang sehensem Rangga tu tak ada orang beri perhatian langsung? In real life, aku lah orang macam Rangga tu.
Masa kat sekolah dulu, selain perpustakaan atau tepi tangga, aku mana ada lepak tempat orang ramai macam kantin tu? Tapi mungkin Emma ni lain orangnya.
Mungkin aku cakap, mungkin.
Aku tak boleh beri perasaan ni 100% lagi.
"Awak tak tidur lagi? Besok kita nak gerak pagi? Kata nak pergi rumah Mona Fendey di Ulu Dong?" tanya Emma dalam separuh tidur.
"Tak boleh tidur.
""Kenapa? Rasa berdosa ya?" Emma tertawa kecil.
"Tu satu.
Lagi satu, rasa macam tak percaya awak sekarang ada kat sebelah saya.
""Sebab selama ni awak tak percaya dengan diri sendiri.
Cuba kalau masa di sekolah tu, awak terus je tegur saya, sebelum Radzi nampak.
Saya dah lama jadi girlfriend awak.
""Macam tu?""Ya, macam tu je.
Macam saya cakap, saya suka penulis puisi tu.
Tak kira lah siapa orangnya.
Dah kalau Radzi mengaku dia yang tulis, dia la jadi boyfriend saya.
Awak lah, siapa suruh jadi ghostwriter dia?" Tergelak aku bila dia sebut ghostwriter.
"Dah la jadi ghostwriter, upah pun main games di cybercafe selama sejam.
Rugi betul.
Dah terlepas seorang gadis idaman," kata aku sambil minum air mineral.
"Betul ke, saya ni gadis idaman awak? Ke pemanis ayat ni? Awak ni suka tabur gula dalam ayat awak ni.
Kena diabetis saya nanti kalau hari-hari dengau ayat awak," terkeluar Melaka si Emma ni.
"Kalau tak, kenapa saya berbelas tahun single?""Masa saya kahwin tu, takkan awak tak cari yang baru?""Malas lah.
Sebab bidadari yang tersesat di Bumi dah jadi milik orang lain.
""Awak panggil saya apa? Bidadari?""Haah.
""Over la awak ni.
Saya biasa je.
Ni, cuba tengok kat tepi hidung saya ni.
Ada jerawat.
Mesti sebab 'susu pekat' awak tadi.
Eiii geramnya!"
Sumber:Internet