. Afdlin "Master brewed from the tea leaves of the fame Makinohara Plateau in Japan, Kabusecha is uniquely harvested, using black net to shield the tea trees from the sunlight and UV rays for a week.
Huh, ye ye je lah Oyoshi Gold ni punya claim.
Entah-entah, kutip kat Cameron Highlands je," kata aku sambil baca pada label botol teh hijau yang aku sedang minum.
Emma sedang fokus memandu sambil diiringi lagu rock balada 90an dari kumpulan Slam, Nur Kasih.
Semacam betul bila lalu jalan lama sambil dengan lagu Melayu lama.
Mentari di tangan bulanKau serah di genggamanTak kuhirau karna diaRelalah aku korbanAndainya satu hukumanKau tinggal dirikuTanpa satu pengertianDan sebenarnya cinta kitaHanya cinta sementaraKan hilang jua dibawa arus pawarna "Kejap lagi kita sampai rumah Mona. Fendey," Emma tersenyum, seolah-olah seronok bila ia semakin hampir.
Masuk simpang Kampung Peruas, kemudian jalan sedikit, sebelum berhenti di sebuah rumah banglo usang yang telah lama ditinggalkan.
"Jom!" Emma pandang aku sambil naik kening.
Aku terpinga-pinga tengok Emma yang terus berlari menuju ke arah banglo usang tu.
"Hati-hati," aku pegang tangan dia sambil perhatikan semak samun yang dah meninggi.
"Takut ke?""Orang cakap hati-hati, bukan takut.
Berani sangat tapi tak berhati-hati, tak guna juga.
" Dia berjalan dengan laju sebelum tergelincir, mujur tangan aku tarik, jadi dia tak jatuh.
"Dah cakap, hati-hati.
Degil cakap orang," aku pasang lampu pada handphone aku.
Sambil menyuluh ke beberapa arah, sebelum menemui lubang yang dikatakan tempat penyembelihan ADUN Batu Talam, Datuk Mazlan Idris.
"Waaahh, akhirnya saya dapat tengok dengan mata saya sendiri tempat ni!" kata Emma dengan teruja.
Aku cuma berkerut dahi dan cuba memahami apa tujuan aku berada di sini.
Makwe orang ajak pergi vacation kat Paris, ambik gambar Eiffel Tower.
Makwe aku pergi Ulu Dong sebab nak ambik gambar rumah Mona Fendey.
Smh.
Selepas Emma puas hati dengan tour dia di rumah Mona Fendey tu, kami pun beransur pulang menuju ke Kuala Lumpur.
Harap takde la makhluk yang mengikut.
Aku azankan jugak telinga Emma ni kalau dia kena sampuk ke apa ni karang.
Sampai di R&R Genting Sempah, Emma mahu isi minyak sebelum menuju ke terowong.
Dan sebagai lelaki yang gentleman, aku offerkan diri untuk pergi bayar dan kebetulan aku nak withdraw duit aku sebab dah tinggal lima ringgit je dalam wallet.
Masa aku tengah beratur nak bayar, tiba-tiba bahu aku ditepuk.
Aku menoleh ke belakang dan aku tergamam.
"Weh, Af! Apa kau buat kat sini?" tanya Radzi tersenyum.
Mata aku menjenguk kereta Honda City Emma supaya tidak kelihatan.
Ada lori hantar barang yang menutup pemandangan dari sini.
Fuh! "Jalan-jalan," kata aku rilek.
"Af, kau jangan beritahu bini aku tau.
Yang ni aku percaya kat kau.
Kau je kawan aku yang aku paling boleh percaya," kata Radzi yang sedang berpeluk dengan seorang awek hot.
"Eh jap, ni Trisha Azman ke?""Kau kenal ke? Hey Trish, ni Afdlin.
My schoolmate," kata Radzi sambil perkenalkan aku pada Instafamous yang ada 200k followers tu.
Aku angkat je tangan.
"Ni rahsia kau dengan aku je tau.
Nanti aku payung kau," Radzi ajak aku fistbump.
Aku cuma buat je cuma aku ada rahsia yang lagi besar.
Sumber:Internet