. Afdlin Sarapan pagi tu memang berlaku renungan konfrantasi antara aku dan Lydia.
Semalam Lydia betul-betul tak puas hati dengan aku yang keluar dengan Emma.
Aku tak makan sarapan yang Lydia masak, sebab aku rasa renungan dia menakutkan.
"Apa yang kau tenung lagi, makan la," kata Pak Ajis yang masih setia dengan surat khabar.
Dia tak minat baca berita pakai phone.
Pak Ajis terus mengunyah nasi goreng kampung tanpa hiraukan drama Samarinda yang sedang berlaku dalam dapur.
"Kau nak pergi mana ni?" tanya Pak Ajis bila aku dengan beg bawak banyak barang.
"Jumpa Encik Hanif.
Pasal kerja," aku hirup kopi cap Televisyen.
Lepas hirup secawan kopi dan kunyah dua keping roti, aku terus gerak.
"Pergi dulu, Pak Ajis," aku cium tangan dia.
"Lydia, pergi dulu.
""Pergilah.
Jumpa la crush Abang Af zaman sekolah tu sekali.
" Biarlah dia marah.
Nanti dia sejuk la tu.
-- "Lydia tak fahamlah dengan Abang Af tu, apa lagi yang dia nak? Bukannya nak nampak apa Lydia buat untuk dia?" kata Lydia sebaik sahaja Afdlin keluar dari rumah.
Pak Ajis hanya ketawa kecil.
"Gelak pulak abah ni," Lydia terkedu tengok reaksi Pak Ajis.
"Cemburu kau ni kuat sangat, Lydia.
Lelaki ni, memang la rasa perempuan kuat cemburu ni comel, tapi kalau kerap sangat, jadi toksik," Pak Ajis angkat pinggan untuk basuh di sinki.
"Semalam nak ambil charger kat kereta pun berjam!" Lydia mencebik muka sambil memeluk badan.
"Biasalah, si Emma tu, ikut apa aku dengar, ada masalah rumahtangga.
Nak cari tempat luahan perasaan lah tu," Pak Ajis carik-carik tembakau Jawa untuk dimasukkan dalam paip.
"Kak Emma pun satu, ada masalah rumahtangga, kenapa nak kacau boyfriend orang!" Pak Ajis dah tak boleh nak go dengan ngomelan orang muda, dia cuma angkat punggung dan pergi.
Bosan dah dengar cerita macam ni.
-- Afdlin 2001 Setiap kali aku terpandang wajah Emma, lagu dari kumpulan Ash, Burn Baby Burn mesti berkumandang dalam fikiran aku.
You're all I have in this teenage twilightYour golden hair and pale blue eyesBut through all the daysAnd the sleepless nightsWe have never been satisfied Tumbling like the leaves We are spiraling on the breezeAlmost to the point of no returnEverything will burn baby burn. Look into my tired eyesSee someone you don't recognizeBinds that can't be untiedThis is slow suicide Feelings that I can't disguiseNever will be reconciledSomething inside has died Lagu. ni rancak, dan menggambarkan perasaan yang tepat untuk aku pada Emma.
Ia adalah perasaan mencintai awek orang.
Kau suka dia, setiap kali kau nampak dia, kau rasa teruja, tapi kau tau dia awek orang, kau faham kan apa aku maksudkan? "Macam mana sekolah hari ni, Af?" tanya Pak Ajis sambil lap meja.
"Hari ni matematik saya belajar persamaan linear, geografi belajar pasal perbezaan tanah laterit dengan tanah gambut...""Kau cakap benda macam tu, buat apa?" Pak Ajis ketawa.
"Dah Pak Ajis tanya saya sekolah macam mana?""Tak, bukan tu maksud aku.
Maksud aku budak perempuan yang kau kejar tu.
Apa progress?" Pak Ajis isi tembakau Jawa dalam paip.
Kemudian bakar.
Sumber:Internet