. Lampu kereta dipadamkan.
Beberapa saat kemudian, enjin kereta pun mati.
Bunyi dari alat keselamatan kereta bermakna kereta sudah dimatikan.
Pintu kereta terbuka.
Radzi keluar dari kereta, sambil melonggarkan tali leher.
Dia pandang buaian, kemudian terkejut.
"Sayang, awak nak pergi mana ni?" Mata Emma tak berkelip.
Menangis pun tak, ketawa pun tak.
Tidak ada reaksi kecuali muka yang kosong.
Seperti tidak mahu berfikir panjang lagi.
Seperti hilang daya sabar, seperti hilang daya mahu tahan lagi.
Rasa itu sudah tawar.
Sudah tiada tunasnya.
Radzi ternganga melihat cat merah.
"Ah long ke serang rumah kita? Gangster ke?" Emma diam.
Cuma tunjukkan sekeping kertas.
"Saya bawa Danial.
Awak hiduplah sorang-sorang.
" Kereta Grab tiba.
Emma terus menuju ke arah kereta, kemudian capai beg dengan tangan kanannya, dan memegang tangan Danial dengan tangan kirinya.
"Emma minta diri dulu, assalamualaikum," Emma terus naik kereta, Danial mengikut.
Lutut Radzi terus longgar, dan menghentak bumi, tanda diri sudah terhukum.
-- "Assalamualaikum, Af..." dayu suara Emma, takut jiran sebelah dengar.
Dia Whatsapp Af yang sedang sibuk belajar balik main gitar.
Dia tengah khayal tengok video lagu Like A Stone, Audioslave.
Af nampak lampu telefonnya menyala.
"Buka pintu rumah awak?" Emma text Af.
Af berderau.
Mana pula nak letak Emma dan Danial di rumah Pak Ajis ni? Dapat tahu Lydia, mampus! Biar sakit bergaduh dengan cybertrooper, sakit gaduh dengan kekasih hati lagi perit.
Janganlah dia screenshot Whatsapp kemudian sebar di Facebook, Twitter.
Viral.
Kena kecam.
Serabut kepala Af, mana nak sorok dua orang ni? Dengan menggunakan teknik acah-acah PASKAL, Af bawa Emma dan Danial masuk ke dalam bilik.
"Kenapa ni?" Af kelihatan resah.
Raut wajah Emma tak pernah seserius ini.
"Esok, mari, kita keluar dari sini.
Saya rasa tak selamat.
" -- "Danny jangan bising tau.
Tak nak ada orang dengau," kata Emma, yang takut suara Danial main Ultraman buat orang terdengar.
Af kunci pintu, pasang selak.
"Esok, jom.
Kita pergi.
" Emma cuba menyakinkan Afdlin.
Dengan memegang bahu.
"Pergi mana?" tanya Afdlin.
Mana boleh dia commit something yang melibatkan jarak jauh ni.
Baru dapat job besar dari Encik Hanif.
"Entah mana-mana je lah!" Emma terus baring ke peha Afdlin.
"Emma, kalau nak tumpang tidur, boleh.
Tapi kalau boleh, can I have a favor with you?" rayu Afdlin.
"Af, jangan macam ni.
" "No, not that.
Jangan salah faham.
" Emma dah fikir Af nak hansap tadi.
"Boleh tak, antara pukul 8 hingga 10 pagi, I tak nak ada sikit pun bising.
Tu waktu Lydia sediakan breakfast.
Please.
I tidur lantai, you tidur atas katil I.
Danny, tidur share bantal dengan uncle.
"
Sumber:Internet