Gelap

Kelab Pencurang Cinta 17

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Kelab Pencurang Cinta 17

. Malam tu, Emma tolong ibu Ajam memasak.
Lauk asam pedas ikan kembung Melaka dan sayur kacang panjang.
"Peh, terasa macam makan kat Klebang je ni," Ajam memuji masakan Emma.
Emma mengangguk sambil ucapkan terima kasih.
"Af, hari ni saya belajar jahit baju kurung dengan mak Hawa," merujuk kepada ibu Ajam.
"Wow, lepas ni ada baju raya la saya," Afdlin memuji Emma.
"Baru nak belajar balik, dah tumpul dah skill menjahit ni.
Sedap tak, Af?" tanya Emma.
"Gila tak sedap, lepas makan ni terus mulut rasa nak cakap lahabau hawau je," Af bergurau.
Emma ketawa sebab dia sedar loghat Melaka dia pekat.
-- "Emma, Zamri ajak saya jadi nelayan laut dalam kat Pulau Natuna.
Bayaran agak lumayan.
Lepas la kalau nak hidup sebulan dua.
Tapi risiko ribut lah.
" "Awak belum kuat lagi, Af.
Apa kata kerja di darat dulu, sebelum ke laut? Saya perlukan awak ada di sini.
Danial pun perlukan awak.
Takpelah kerja sikit-sikit pun.
Tolong saya," Emma pegang tangan Af.
"Malu betul, jadi lelaki yang tak kuat.
" "Perlahan-lahan lah.
Saya pun baru nak belajar balik jadi perempuan kampung.
Hari ni baru belajar menjahit.
Belajar nama ulam.
Sehari sebenang lama-lama jadi selembar kain," Emma memujuk Af.
"Emma, berapa lama tempoh untuk awak tuntut fasakh?" tanya Af.
"Tak pasti, kenapa?" "Saya betul-betul nak halalkan awak.
Tak nak dah renjis susu pekat secara haram ni.
" "Kenapa pulak ni?" Emma pelik.
"Sejak awak cakap pasal niqab tu, saya terfikir, tak elok kita buat haram-haram ni.
Kalau saya jujur cinta dengan awak, patutnya saya halalkan je awak ni.
" "Awak nak kahwin dengan saya?" tanya Emma.
Af mengangguk.
"Cuma sekarang, awak masih isteri Radzi.
Saya bukan apa, saya tak nak kita jadi bahan umpatan orang.
" "Faham," Emma terus menyandar ke bahu Afdlin.
Emma pandang bulan mengambang.
"Cantik kan bulan tu?" tanya Emma pada Afdlin.
"Cantik.
" "Awak tahu tak, kat Jepun, kalau orang cakap 'cantik kan bulan tu' pada seseorang, tu maksudnya 'saya cintakan awak' pada orang tu?" kata Emma.
"Ye ke? Awak memang minat betul Jepun.
" Emma ketawa, kemudian menyanyi lagu Malam Bulan Di Pagar Bintang.
Malam bulan dipagar bintangMakin indah jika dipandangBagai gadis beri senyumanPada bujang idaman Belai kasih ingin dimanjaDengan cumbuan mesraUntuk pelipur laraPenawar dik asmara Malam bulan dipagar bintangTambah seri cuaca malamMurni sungguh ciptaan TuhanBulan bintang. lampu alam Andai kata bintang menyepiBulan tidak berseriMalam menjadi sunyiTidak berseri lagi "Tidurlah, esok saya kena ikut Zamri tebas rumput, nak bagi makan lembu makan.
Petang, dia ajak saya memancing ikan.
" "Wah, awak dah jadi orang kampung dah ni, Af! Eh, Encik Hanif punya kerja, awak dah siap ke belum?" tanya Emma.
"Belum," Afdlin tepuk dahi.
"Awak buat je kerja dengan Zamri.
Saya tolong siapkan kerja awak, ok?" Emma belai rambut Af.
"Terima kasih, sayang.
Sayang awak.
"
Sumber:Internet