Gelap

Kelab Pencurang Cinta 22

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Kelab Pencurang Cinta 22

. "Mana ada McD kat Mersing, awaknya!" kata Emma sambil sekeh kepala Afdlin.
"Hari tu Ajam tunjuk gambo kat FB?" "Awak ada tanya dia kat mana?" Emma tanya Afdlin dengan jelingan tajam.
Afdlin geleng kepala sambil tersengih.
"Dia ni kan! Dah janji dengan Danial dah, nak beli McD.
Ni dah takde kat sini, macam mana ni?" Afdlin type McD berhampiran.
"Kota Tinggi, 98km? Awak dah hilang akal ke? Cuba tengok Kluang?" tanya Emma.
"Kluang dalam 105km.
McD Pekan 158km.
" "Kirim salam je lah McDnya.
Hawau betul!" Lagu Kehebatan Cinta dari Francesca Peters dan Jamal Abdillah berkumandang dalam kereta, sambil Danial sedang bermain Ultraman di belakang.
"Haha, mana la saya tahu.
" "Danny sayang, kita makan di KFC je lah? McD takdelah kat sini.
" Mujurlah Danny tak komplen sangat.
"Susu tepung dah beli, lepas tu dah beli puting bayi baru.
Baju Danial pun beli sikit.
Boleh kot tahan lama sikit," Emma mengira sampai bila duit yang dia ada boleh bertahan.
"Awak pinjam duit dengan Pak Ajis ke?" tanya Af.
"Lydia.
Dia bagi duit simpanan dia untuk tolong kita," kata Emma.
Beberapa saat kemudian, Af bersuara.
"Sayang, patah balik.
""Kenapa?""Patah balik.
Tak payah makan KFC pun takpe," kata Af, memeluk tubuh.
"Af, kenapa ni?" "Sikit pun saya tak nak jamah duit perempuan tu.
Sejak apa dia buat pada saya tu, saya nak cut off dengan dia.
" "Awak, kita kan dah janji dengan Danny nak beli KFC untuk dia? Awak jangan macam ni," kata Emma yang sedang melilau mencari walletnya.
"Ya puan, boleh saya bantu?" kata pelayan.
"Danny nak nugget kan?" Danial mengangguk.
"French fries?" Angguk lagi.
"Set nugget satu, dengan air milo.
Lepas tu dinner plate, air iced lemon tea.
Awak?" tanya Emma pada Af.
Af menggeleng kepala.
"Tadi muka awak juga excited bila dengar KFC?""Saya tak nak makan duit Lydia, faham? Kalau awak rasa duit tu penting untuk Danny dan awak, awak guna la.
Takpelah, saya tak kisah," Af memeluk tubuh.
"Oklah macam tu.
Itu sahaja," kata Emma kemudian memandu drive thru sambil menunggu makanan disiapkan.
Selepas membeli makanan di KFC, mereka berpatah balik ke Air Papan.
Sambil makan KFC, mereka memandang ke arah laut yang terbentang luas.
Renungan Af, kosong.
Tidak ada apa yang ingin difikirkan.
Soal nelayan dalam Jurugan Salleh, soal duit Lydia yang Emma pinjam, soal Emma masih isteri orang dan hal-hal masalah kandang lembu, masalah duit, Af dah tak larat nak fikir lagi dah.
Dia cuma nak tengok lautan biru sebelum langit gelap.
"Kalau pagi, cantik ni.
Matahari baru timbul.
Kalau terbenam, belah darat," kata Af.
Emma sedang suap french fries pada Danny, sambil gaul nasi dan sambal dengan sudu.
Af jeling je drumstick ayam yang Emma makan.
Sekali sekala dia mengusap air liurnya yang meleleh.
Emma terus pandang Af.

Sumber:Internet