Gelap

Kelab Pencurang Cinta 23

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Kelab Pencurang Cinta 23

. Emma Perlahan-lahan saya ke tilam.
Kelihatan Danial sedang kusyuk menonton Didi and Friends.
"Danny, tutup laptop tu.
Dah malam ni," saya gosok kepala Danny sebelum tidur.
Syukurlah, Danny ni dengau kata.
Cukup memahami tahap kesabaran saya.
"Ibu, Danny nak tanya ibu satu soalan, boleh?""Tanyalah.
""Kenapa ibu dah tak dengan daddy? Kenapa ibu dengan Uncle Af?" Saya terkedu dengan soalan macam tu.
"Panjang ceritanya.
Nanti dah besau, Danny faham.
""Ibu dah tak sayang daddy ke?" Saya hanya membelai kepalanya.
"Danny rindu daddy ke?" Saya perhatikan pintu kalau Af ada terlintas.
"Daddy rindu Danny ke?""Entah.
Danny rasa, Uncle Af macam mana?""Dia selalu ajak Danny jalan-jalan.
Tapi, dia nak jadi daddy baru ke?""Kenapa Danny tanya macam tu?""Sebab ibu macam sayang dia je.
" Saya hanya peluk Danny.
"Danny tak suka ya duduk kampung?" "Sini banyak nyamuk.
""Tapi Danny suka tak?""Suka, tapi banyak nyamuk.
Suka sebab Uncle Af dengan Pakcik Zamri bela lembu.
Suka tengok lembu makan rumput.
""Daddy?""Daddy kaya, tapi selalu takde.
""Tidurlah Danny, esok nak tolong Uncle Af kan?" "Selamat malam, ibu.
""Selamat malam, puteraku.
" Selepas Danny tidur, saya terus menanti pintu bilik Af terbuka.
Masa untuk kami berdua.
Af keluar, membetulkan kain pelekat.
Dia terus duduk di hujung dapur.
Kemudian saya perhatikan kalau-kalau Mak Hawa dah nyenyak tidur.
Perlahan-lahan, saya berjalan menuju ke hujung dapur.
"Sumimasen, Danny lambat tidur tadi.
" Af hanya mengangguk faham.
"Dia cakap tentang daddy dia tadi.
" Riak muka Af berubah.
Seolah-olah dia rasa dirinya dibandingkan dengan Radzi.
"Dia kata apa?" "Dia kata daddy kaya, tapi selalu takde.
Awak selalu ada untuk dia.
" Muka Af sedikit lega, tapi masih tidak berapa nak selesa.
"Saya faham awak tak suka dibandingkan dengan Radzi, tapi awak masih ok lagi untuk Danny.
Janganlah risau sangat ya?""Berapa awak pinjam Lydia tu?""Dia bagi 200 euro.
Bila ditukar, jadi RM950.
Dia genapkan jadi RM1,000.
" Af mula rasa tak selesa.
"Banyak tu awak, mana saya nak cari duit banyak macam tu.
Encik Hanif pun bayar bukan tetap sangat.
""Dia kata ini wakaf.
Satu hari nanti bila dia perlukan bantuan, dia akan minta tolong kita nanti.
""Apa yang kita boleh tolong?" Af resah.
"Sekarang tak lah.
Nanti kita bolehlah tolong.
Kita tak tahu rezeki kita macam mana.
Kan Allah yang tentukan.
" Af diam.
Serabut memikirkan soal wang.
"Zamri ada bagi duit upah menebas tadi.
Adalah dalam RM200.
Tapi, saya nak beritahu awak.
Tak tahulah bila kita mampu, tapi satu hari nantilah kot.
" "Apa dia?" "Ada orang nak jual tanah.
RM70,000, satu lot.
Tanah pertanian.
Dekat dengan Sungai Melantai.
""Mana tu, awak?""Kluang.
Kampung saya.
Dekat juga lah.
Kalau naik motor dari rumah kampung saya ke tanah tu 5 minit je.
Saya cadang nak tanam tebu telur.
Lepas tu ada tanah sikit tu, kalau awak nak tanam cili ke, serai ke, boleh lah.
""Banyak tu, kalau ada duit boleh lah.
""Saya nak tanya Pak Ajis, minta tolong beli.
Kita usahakan tanah tu, kemudian kita bayar Pak Ajis sikit-sikit.
""Dia ada duit ke awak?""Ada cuma tak tahu lah dia berminat ke tak.
"
Sumber:Internet