Gelap

Kelab Pencurang Cinta 25

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Kelab Pencurang Cinta 25

. Afdlin Suasana di Tanjong Gemok, Pahang agak tenang walaupun sibuk dengan pelancong yang ingin ke Pulau Tioman, menaiki jeti di situ.
Aku dan Zamri, bersama pekerja-pekerja Jurugan Salleh telah membaiki kapal nelayan yang rosak akibat dirempuh kapal nelayan dari China.
"Kurang ajar betul deme ni," kata Jurugan Salleh dengan rokok daun, berkain pelekat, kaki kiri pijak satu lagi kerusi disebelahnya.
Daripada lagak gayanya, Jurugan Salleh memang boss kat tempat ni.
"Yang aku bengang tu, kapal deme ni masuk, kita yang sauk ikan kat tempat sendiri pun tak sauk sebanyak deme.
Memang babi komunis ni," Jurugan Salleh, yang merasakan dominasi Republik Rakyat China di kawasan laut kita ni semakin berleluasa.
"Kau tengok kat Danga Bay, Forest City, orang deme juga conquer tanah kita.
" Mujur kau kat negeri Pahang.
Kalau kat negeri sebelah, cakap siang hari pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
Karang ada memerhati.
Aku bukanlah pakar geopolitik macam Ayman Rashdan Wong atau George Friedman, tapi aku faham kekecewaan Jurugan Salleh atas perkara yang berlaku.
Apa yang aku faham, China nak menuntut Nine Dash Line yang langsung takde asasnya, dan kawasan tu termasuk dalam kawasan laut negara kita.
Tapi kita kat area Mersing-Tanjong Gemok, takkan sejauh ni mereka dah pergi? Gila kurang ajar mereka ni kalau betul cerita Jurugan Salleh ni.
Zamri tenang minum teh o suam.
Ada setandan pisang di meja, dia makan seulas.
"Af, macam mana? Kau setuju tak pergi turun laut? Kalau kau setuju, kau ikut aku malam ni," kata Zamri pada aku.
Aku terkebil-kebil sambil terbayangkan muka Emma yang melarang keras aku ikut Zamri jadi nelayan.
Sebab ia di luar kemampuan fizikal dan mental aku.
Dan Emma takut kehilangan aku.
"Emma tak bagi...""Emma bukan bini kau, Af.
Lagipun, aku yang dah berbini beranak ni pun pergi.
Kau kena cakap dengan Emma, kau pergi ni pun sebab kau nak halalkan dia.
Sampai bila kau nak dengan dia macam ni?" kata Zamri bernada tegas.
Aku diam menanti kata seterusnya dari Zamri.
"Kita lelaki, kena tegas.
Bukan ikut cakap perempuan je.
Bukanlah aku kata kau tak payah ikut cakap perempuan, tapi bab mencari rezeki, kau kena serius, Af.
" "Baiklah, balik rumah ni, aku bincang dengan Emma.
" "Kau cakap kau nak halalkan dia.
Kalau tak, baik kau lepaskan dia.
Kalau dia betul-betul nak kau, dia akan mintak cerai dengan laki dia.
Daripada kau dengan dia macam ni je, mengundang dosa, kau tau kan?" "Aku "Aku bukannya nak halang kau dengan Emma.
Tapi hubungan ni, kau kena dua hala.
Emma kena cakap dengan laki dia, dia dah tak nak dia dah.
Kau kena buktikan yang kau ni lelaki yang mampu jaga makan pakai Emma.
Kau tak payah nak ikut kata orang bando yang mengarut tu.
Ni hakikat hidup," kata Zamri lagi.
"Pok Leh, malam ni gerak pukul berapa ya?" tanya Zamri pada Jurugan Salleh.
"Jam sepuluh.
Tapi Isyak dulu kat rumah aku.
Ada makan-makan," kata Jurugan Salleh sambil berbual dengan seorang lagi rakannya pasal hal kapal nelayan.
Sampai je rumah, aku naik tangga, dan aku lalu bilik Emma.
Aku terdengar voicenote.
Suara Radzi.
"Emma, sebagai husband you, I nak perbaiki balik rumahtangga kita.
Please, come home with Danny.
Let's move out from here.
You suka duduk mana? I tau you suka Jepun.
I akan cari apartment kat sana.
I mampu jaga you.
Fikirkan future Danny, sayang.
Untuk kita satu family juga.
"
Sumber:Internet