Gelap

Kelab Pencurang Cinta 26

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Kelab Pencurang Cinta 26

. "Assalamualaikum! Mak Hawa!" "Waalaikumsalam, Zah! Ni bawak apa pulak ni? Susah-susah je.
""Ni saya bawa bubur kacang durian, saya buat saja-saja ni.
Emma mana?""Emma kat dalam bilik tu.
Macam tak sihat je.
Demam katanya.
""Sayang bebeno ye dia dengan si Af tu.
Saya yang dah kahwin dekat tujuh tahun dengan Zamri tu, rilek je bila dia pergi turun ke laut.
" "Ye la, mana sama si Zamri dengan si Af tu.
Si Af tu budak bando, mana la dia reti nak jadi nelayan.
Risau ler, kau ni pun.
Cuba kalau si Zamri pergi Kelumpo, mesti engko pun risau entah mana dia melencong," Mak Hawa membela Emma.
"Eh, Danny! Danny buat apa tu?" kata Kak Zah sambil melihat Danial main kejar ayam.
"Nyakat ayam la tu Zah! Eh jemput masuk dulu!" "Auntie Zah, Auntie Zah bawak apa tu?""Bubur durian.
Danny suka?""Suka!""Anak kau si Alina tu mana?" tanya Mak Hawa.
"Tadika, tengah hari karang saya jemput ler naik motor.
" Kak Zah melihat Emma sedang terbaring lemah.
Seolah tak berdaya lagi.
"Emma, si Zah datang ni.
Nak jenguk engko," pujuk Mak Hawa mengejutkan Emma.
"Oh, Kak Zah.
Maaf ya, Emma tak berapa sihat hari ni.
" Kak Zah meletakkan tapak tangannya di dahi Emma.
"Ya Allah, panasnya! Kau main hujan ke sampai demam macam ni?" Emma diam saja.
Matanya masih merah, membengkak.
Menangis sejak malam semalam.
"Aku buat air dulu ya?" Mak Hawa bangun sambil Danny mengekor dari belakang.
"Emma, kau tak boleh macam ni.
Af tu pergi mencari rezeki.
Untuk halalkan kau juga.
Ye lah, situasi korang berdua ni, akak faham, rumit.
Tapi dia nak buktikan dia lelaki yang bertanggungjawab untuk kau.
""Saya faham tu kak.
Tapi Af belum cukup kuat.
Saya takut, apa-apa jadi pada dia, saya seorang diri dengan Danny.
Saya tak sanggup kehilangan dia.
""Mana boleh macam tu, Emma.
Kun fa ya kun.
Rezeki, jodoh, ajal, semua di tangan Tuhan.
Kita tak boleh kawal.
Emma doakan je baik-baik untuk Af.
Akak percaya, bila Af balik nanti, Emma mesti gembira.
" Emma mengelap air mata dengan hujung baju Afdlin yang dipeluknya sejak malam semalam.
"Akak pun masa first time Abang Zamri pergi turun ke laut pun, akak susah hati.
Ye lah, si Alina masa tu kecik lagi.
Tapak kaki pun merah lagi.
Tapi sebab bila mengenangkan dah ada anak, dia kerja keras untuk akak, untuk Alina.
Af pun macam tu juga," kata Kak Zah sambil memegang tangan Emma untuk memujuk.
"Macam mana selama ni Kak Zah kuat ya kalau Abang Zamri pergi ke laut?" tanya Emma.
"Tawakkal.
Percaya atas kuasa Allah.
Ombak macam mana kuat pun, kalau izin Allah, Abang Zamri tu selamat, selamatlah dia.
Emma mengangguk lemah.
"Kak Zah buat bubur kacang durian tu.
Jamahlah sikit ya?" Selepas dipujuk barulah Emma ada sedikit kekuatan untuk teruskan perjalanan hidup hari ini.
-- "Satu, dua, tarik! Satu, dua, tarik!" jerit Jurugan Salleh yang mengetuai kapal.
Entah berapa ratus ekor ikan ditarik ke kapal, tapi terdapat pelbagai jenis ikan, yang paling banyak ialah ikan kembung, cencaru, jenahak dan beberapa jenis ikan yang lain.
"Nanti kita pasang pukat kat laut sebelah sana pulak," kata Jurugan Salleh menunjuk ke arah timur laut.
Tengah hari di tengah laut agak panas sebenarnya.
Agak ironi bila dikelilingi air tapi masih dahaga.
"Air banyak lagi?" tanya Af, mengelap peluh.
"Tu keliling engko tu," Zamri berseloroh.
"Tu air laut, bengong.
""Hahaha!" Sebotol air reverse osmosis dicampak ke arah Af.
Af meminumnya dengan penuh nikmat.
Dari pagi kerjanya tarik pukat je, nampaknya dia mulai kepenatan.

Sumber:Internet