Gelap

Kelab Pencurang Cinta 3

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Kelab Pencurang Cinta 3

. Afdlin Aku memilih untuk membuat kerja aku di tengah kebingitan di sebuah kedai makan dalam pasar, sambil ada teh o dan lontong.
Antara sebab aku memilih tempat ini ialah supaya aku dapat mendengar apa yang orang awam sedang katakan.
Aku mendapat kebanyakan idea menulis aku daripada kerja aku yang suka melepak di pasar, sebab di sini aku dapat dengar keluhan makcik-makcik, peniaga dan pemborong, dan pelbagai jenis bangsa, kelas, agama, latar belakang masyarakat, pekerjaan - semua aku dapat dengar.
Kalau kau nak jadi penasihat kepada ahli politik, kurang-kurangkanlah lepak di hotel lima bintang dan rajin-rajinkanlah lepak di pasar macam ni.
Macam-macam keluh kesah rakyat kau boleh dengar.
"Pak Ajis, teh o lagi satu!" aku mengangkat tangan dan memandang Pak Aziz, yang sedang mengelap meja.
"Masuk ni dah tiga gelas kau minum teh.
Dah nak masuk tengah hari ni, makan lah.
Aku belanja," kata Pakcik Aziz yang merupakan pemilik gerai di pasar ni.
Dia ni dah macam abah aku dah, dah 30 tahun dia buka gerai di sini.
Aku memang minum di sini sejak zaman sekolah lagi.
"Lontong Pak Ajis ni belum habis hadam lagi, kalau asyik kena tuba makan je, susahlah saya nak slim.
"Pak Ajis pergi ke ruang buat air, dan mengacau teh.
"Aku ni, sebenarnya risau betul dengan kau ni, Af.
""Risau apanya, Pak Ajis?""Kau tahu tak, masa aku baya kau ni, anak aku dah masuk darjah empat, tahu tak? Kau masih hidup membujang lagi.
Sudah-sudahlah tu memilih.
Kau tu bukannya muda lagi, Af oi.
" Alamak, isu kahwin ni lagi.
"Bukan apa Pak Ajis, saya ni kes terlepas bas dah.
Orang baya saya semuanya dah ada orang cop.
Budak muda pulak, nak ke saya yang tak hensem ni? Semua nak lelaki macam penyanyi K-pop.
Sabar je lah, Pak Ajis.
Kalau dah takde jodoh ni, saya redha je lah.
" Pak Ajis buka songkok dan letak ke tepi.
"Kau ni mudah mengalahlah, Af! Lelaki mudah mengalah ni memang tak dapatlah jodohnya.
Kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya?" kata Pak Ajis sambil kipas badannya dengan songkoknya.
Umur Pak Ajis tahun ni rasanya dah masuk 70 tahun, tapi masih gagah membuka gerai sarapan paginya di pasar ni.
Aku hanya tersenyum, tak tahu nak jawab apa.
Orang tua ni kalau kita menjawab sangat, nak kecik hati pula dia ni.
"Kau tunggu budak perempuan tu lagi ke? Siapa nama..." Aku tahu dia nak maksudkan siapa, tapi aku buat tak tahu.
"Emma ke apa nama dia?" "Dia dah kahwin dah tu, Pak Ajis.
Memang takde harapan lah.
Dia tu puteri di negeri bidadari, saya ni gergasi.
Manalah nak padan.
" "Kau tu merendah diri sangat, Af.
" "Kalau saya lahir zaman Pak Ajis mungkin senang sikit cari jodoh.
" "Tak ada punya.
Kalau zaman aku ni, kalau macam ni pun, kau tak dapat jugak.
Membujang sampai tua.
" Tengah rancak berborak, tiba-tiba aku terdengar suara perempuan panggil aku.
"Af?"Pak Ajis jeling ke arah perempuan itu.
"Panjang umur.
Pakcik beransur dulu? Ada kerja nak buat.
" Emma memakai baju kebaya warna coral pink dan putih corak bunga, dengan membawa raga yang berisi sayur-sayuran.
"Ehem! Jantung berdebar ke Af oi," Pak Ajis perli aku dari jauh.
Aku buat-buat tenang walaupun aku tak senang duduk.
Senyumannya menunjukkan gigi yang tersusun kemas, senyuman bak Hashimah Yon yang berlakon sebagai Tuan Puteri dalam filem Nujum Pak Belalang.

Sumber:Internet