Gelap

Kelab Pencurang Cinta 31

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Kelab Pencurang Cinta 31

. EmmaHikaru Utada: First Love Af, Masa saya kahwin dengan Radzi dulu, saya buka lagu ini sebagai mahu mengingat awak.
Bukan saya tak nampak awak menangis.
Saya nampak, hati saya berat, tapi kaki ini terpaksa melangkah pergi.
Sejak saya kenal awak, dan terpaut hati pada awak, setiap hari, setiap masa saya berdoa agar awak mempunyai keberanian untuk tampil ke depan, dan pegang tangan saya.
Mungkin awak tak menyangka, gadis pujaan awak yang awak rasa susah sangat nak dapat tu, sebenarnya setiap hari mengharap awak akan rempuh segala halangan untuk saya.
Pada hari awak hulurkan tangan untuk menari di majlis reunion tu, adalah hari paling terindah dalam hidup saya.
Pada masa itu, saya rasa awak cukup berani, walaupun saya masa itu adalah isteri orang.
Saya tak sangka yang sebegini punya lama, barulah awak berani.
Cinta saja, tanpa keberanian, tak ke mana.
Lihat, ke mana kita dah pergi selepas kita berani melawan demi cinta kita.
Saya dan awak merempuh segala halangan, dan akhirnya kita berjaya di pentas persandingan.
Tidak saya sangka, awak melangkah sejauh ini untuk saya, Af.
Betul kata awak.
Lepas kita kahwin ni, kita ada perjalanan yang jauh.
Kita tak tahu macam mana kita diuji di depan nanti.
Kita tak tahu apa pula dugaan untuk kita berdua, dan adakah kita mampu untuk berdepan dengan dugaan tu.
Ujian untuk seorang perempuan apabila pasangannya sedang mengalami kesusahan.
Ujian untuk seorang lelaki pula, apabila dia sedang berada di dalam kesenangan.
Saya harap awak akan terus kekal setia.
Saya dah lulus ujian cinta saya pada awak.
Saya dah bersama awak masa awak lalui fasa paling sukar dalam hidup awak.
Sekarang, giliran awak pula yang akan diuji lepas kahwin nanti.
Bekerja dengan Datuk Tajuddin ni, bekerja di puncak kuasa.
Dan semua orang nak menuju ke situ.
Dan di situlah segala lubuk segala kekayaan ada.
Saya harap awak tak gelap mata bila nampak wang beratus ribu, mungkin berjuta depan mata.
Saya juga berharap awak tak rambang mata bila ada ramai gadis cantik yang akan berada di keliling awak nanti.
Kalau tak, apalah gunanya awak panggil saya bidadari yang tersesat di bumi, kalau awak boleh tersesat ke rumah perempuan lain? Saya cintakan awak, Af.
Terima kasih kerana sudi menerimanya.
*Aishiteru, koibito.
(saya cintakan awak, kekasih hati dalam bahasa Jepun).
-- AfdlinOnce Mekel: Dealova Awak sungguh cantik di pelamin tu.
Masa kat surau, masa akad nikah tu, saya terketar-ketar untuk lafazkan akad tu.
Tak sangka, akhirnya awak menjadi isteri saya.
Dari pertama kali saya melihat awak ketika di sekolah, sampailah ke hari kita bersanding, awak tetap Emma yang saya cintai.
Di atas pelamin, saya lihat muka semua yang hadir.
Pak Ajis, Datuk Tajuddin, Alia, Fifi, Zamri, Ajam - semuanya menanti detik saat kita berdua memotong pulut kuning dan kita berdua suapkan ke mulut pasangan.
Awak tersenyum bila saya comotkan pipi awak dengan rendang pada pulut tu.
Saya takut sangat awak marah, saya comotkan make up awak.
Walaupun serba sederhana, tapi awak tetap gembira.
Hari ini adalah di mana jari manis awak saya masukkan cincin perkahwinan kita.
Pada perkahwinan awak yang lepas, saya menangis sebab saya gagal meluahkan perasaan saya pada awak.
Kali ini, saya masih menangis.
Sebab akhirnya derita perasaan ini berakhir.
Saya menangis dengan penuh kegembiraan.
Emma, Terimalah puisi ni, sebagai mahar untuk cinta kita.
Dua hati saling berenungan dalam cinta,Terbang tinggi umpama cenderawasih ke aras cakerawala,Sedang tinggal seorang hati itu terdingin sepi,Setiap hari mengendong berat rindu malam ke pagi,Apakah ini cinta jika rindu terus jadi derita? Dari jauh hanya bertentang mata,Hati jadi girang bila mendengar sang cinta ketawa,Dalam hati berharap dalam mimpi,Dua hati saling berenungan.
Suatu hari nanti dua hati akan kembali ceria,Bila berjauhan tidak lagi, berganti berita gembira,Bila bersanding di pelamin cinta nanti,Dialah raja cintanya bersama permaisuri,Semoga hingga anak cucu terus bercerita,Dua hati saling berenungan.
Akan bersambung jika ada permintaan tinggi.
Ditulis di Shah Alam, Selangor, Cheras, Selangor, Jasin, Melaka dan Kluang, Johor.
1 Oktober 2019-28 Julai 2020
Sumber:Internet