. Afdlin Aku merenung baju-baju aku di dalam plastik dobi aku, dan kemudian aku duduk di atas katil, termenung.
“Aku nak pakai baju apa ni?” aku bermonolog dan termenung.
Aku memang dah tak ada baju yang aku nak pakai ke?” Lama juga aku termenung, kemudian aku fikirkan, aku nak impress siapa lagi kan? Semua pun dah kahwin kan? Tinggal aku seorang je.
Selama ni kita pakai baju untuk impress orang ke? Aku teringat Pak Ajis pernah kata, “kita ni berpakaian cantik macam burung merak kembangkan ekor.
Kalau bulu merak kita tak cantik, burung betina takkan terpikat dengan kita.
” Jadi, adakah perangai kita ni masih lagi macam burung merak?Siapalah aku nak mempersoalkan ini semua.
Kalau inilah hakikatnya, aku seekor burung merak yang tak ada bulu yang mempersonakan burung lain.
Aku buka group Whatsapp, dan tengok lokasinya yang terletak di Damansara.
Restoran Nyonya.
Nasib baiklah Emma dah tolong bayarkan.
Kau tau la harga makanan Nyonya ni mahalnya macam mana.
Aku kira duit yang aku dapat minggu ni, kemudian aku pesan Grab.
Aku tak ada pilihan.
Kuala Lumpur bukan untuk orang miskin dalam Mahathir’s Malaysia.
Aku menaiki kereta Grab oleh seorang lelaki bernama Husin bin Hasan.
Macam nama bintang filem lama.
Aku tiba di majlis reunion sekolah, dengan berdebar hati aku berjalan menaiki tangga menuju restoran Nyonya, dan aku melihat beberapa orang sedang merokok tepi tangga.
Fauzi, Shamil dan Azlan sedang tenang menghisap rokok sambil bergelak ketawa, entah apa yang mereka borakkan, aku tak ambil pusing.
Mereka berhenti ketawa bila nampak aku.
“Weh Af, sini la! Lama tak nampak kau!” Buat apa aku nak nampak korang? Masa sekolah dulu korang ni semua pembuli aku kot.
Tapi aku tenang, aku nak tanam kapak (bury the hatchet).
Maksudnya nak berdamai dengan semua orang.
Semua menghulur salam, dan aku menyambut salam mereka dengan senyuman.
“Apacer, Af?” tanya Shamil sambil menghembus rokok.
“Macam ni lah, macam biasa?”Mereka kemudiannya tak ada topik nak berbual, mereka berbual sesama sendiri.
“Aku naik atas dulu?” Mereka hanya gerakkan kepala tanda takde hal.
Aku pun bukan ngam sangat dengan budak sekolah aku ni sangat.
Tapi aku datang sini untuk memenuhi jemputan Emma yang beriya-iya mahu aku datang.
Dalam beg aku ada buku T.
Alias Taib yang dia mahukan selama ni.
Kelihatan Emma dan Radzi sedang duduk di meja makan bersama anak mereka, sambil berbual rancak.
Aku mengambil keputusan untuk duduk seorang diri di meja paling hujung.
Aku nampak ada lauk di meja, terhidang secara buffet.
“Weh, Af! Lama tak nampak?” tegur Alia, yang aku ingat sangat-sangat muka dia.
Perangai dia masih macam dulu agaknya.
Alia, aku kenal dia sebagai budak perempuan yang nakal di sekolah.
Disebabkan kakinya yang panjang dan tubuh badan yang tinggi, dia digelar macam-macam.
Antaranya Hantu Galah, Zirafah, KLCC, dan Peter Crouch (walaupun dia penyokong Manchester United).
“Memang la dah lama tak nampak,” kata aku, senyum.
“Weh, kau apa cerita sekarang?” kata Alia yang mula duduk sebelah aku.
“Cam biasa lah.
Macam ni je lah.
” Selalunya jawapan “cam biasa”, “macam ni je lah” atau “gitu la” adalah jawapan malas kau nak cerita tentang realiti kehidupan kau yang suck-ass ni.
Kalau kehidupan kau tengah best, mesti kau meletup-letup nak cerita, kan?
Sumber:Internet