. Afdlin "Good morning!" Lydia kejutkan aku dari tidur.
"Woi! Terkejut aku! Mana Pak Ajis?""Abah tengah mandi tu.
Hari ni kita nak pergi jalan-jalan.
Jom lah sekali?""Pergi mana?""Tak pergi jauh pun.
" Aku terus capai tuala aku, dan keluar dari bilik.
Aku tak berapa selesa bila Lydia duduk atas katil aku.
Sambil tunggu turn mandi, aku hisap rokok.
Termenung kejap, cuba nak 'brain' apa yang sedang berlaku.
"Hoi, monyet.
Cepat sikit mandi, kitorang nak pergi Taman Rama-Rama ni," kata Pak Ajis sambil keluar dari bilik air.
Taman Rama-Rama? Umur berapa tahun nak pergi tempat macam ni? Lepas aku mandi, Lydia sedang siapkan sarapan pagi untuk aku dan Pakcik Ajis.
Masak telur goreng dan bakar roti.
Aku terus bersiap, tapi aku tak faham, kenapa aku nak kena pergi Taman Rama-Rama? Bila aku tengok Lydia siapkan beg dia nak bawa, barulah aku tau yang dia ni peminat mengkaji rama-rama.
"Oooo Jadi dalam ketidakfahaman aku dengan Lydia ni, aku ni pun ikut saja.
Tapi bukan minat aku rama-rama ni.
Cuma ia kawasan yang menenangkan di tengah bandaraya ni, aku rasa seronok di situ.
Aku nampak Lydia seronok mengambil gambar, atau melihat spesis rama-rama yang lain daripada yang lain.
Aku kemudian hanya duduk di bangku, dan hanya memerhatikan orang.
Dalam aku memerhatikan orang, Pak Ajis duduk sebelah aku.
"Kau tak layan ke rama-rama ni?""Entah, ni first time datang sini.
""Tak pernah terfikir nak bawak makwe ke sini?""Makwe pun takde, Pak Ajis.
Tapi kejap.
Lydia ni kenapa, pakcik?""Kenapa, kenapa?""Entah.
Pelik.
Dia kata dia suka saya.
" Tergelak Pakcik Ajis.
"Dah saya cakap, pakcik gelak pulak.
" Pakcik Ajis bersihkan cermin mata dia, kemudian pakai balik.
"Masa dia kat Dublin dulu, selalu dia tanya pasal kau.
Aku cakap dengan dia, kalau dah suka sangat, cakap je lah terus terang.
" Aku cuba nak faham.
"Lydia memang sukakan kau.
Tapi terserah pada kau untuk terima dia atau tak.
Dia tanya kalau kau masih berharap pada Emma.
" "Tapi sukakan saya sebab apa?" Pakcik Ajis hanya senyum.
"Dalam keadaan hidup saya ni, saya susah nak terima orang nak suka saya.
Apatah lagi suka sejak zaman sekolah rendah.
Dia pun masa tu darjah empat.
Merepek benda macam ni!" "Cinta ni, ada banyak lagi benda lebih merepek yang susah pakcik nak terangkan pada kau.
Tapi kalau kau tak minat pada dia, terserah.
" "Entahlah," aku tak tahu nak jawab apa lagi.
Tengah hari tu kami makan nasi kandar di Restoran Yaseen.
Entah si Pakcik Ajis teringin makan nasi kandar pulak.
Hubungan aku dan Pakcik Ajis ni macam ayah dengan anak.
Sejak aku sekolah, Pakcik Ajis ini yang selalu ambil berat pasal aku.
Dibesarkan dalam keluarga yang mak ayahnya sibuk bekerja, aku tak ada hubungan yang rapat sampai boleh cerita isu makwe dengan mak ayah.
Cukup sekadar bercakap benda penting sahaja.
Tapi dengan Pakcik Ajis, aku rasa dia macam ayah aku sendiri.
"Abah jangan nak makan seafood sangat, kena gout nanti Lydia tak tanggung," kata Lydia semasa beratur nak ambil lauk.
Sumber:Internet