Gelap

Kelab Pencurang Cinta 7

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Kelab Pencurang Cinta 7

. Emma Ramai yang mengenali saya sebagai Emma, tapi nama penuh saya sebenarnya Ros Yatimah binti Mohd Jantan.
Ya, bersempena nama pelakon tu.
Ayah crush teruk zaman bujang dia dengan pelakon tu.
Masa kecil, kawan-kawan panggil saya Ros, tapi bila dah remaja, kerana minat pada Emma Bunton dalam kumpulan Spice Girls, saya bahasakan diri saya sebagai Emma.
Ayah saya seorang cikgu sekolah yang garang, tapi dia sayang kepada satu-satunya anak perempuan intan payung kesayangan dia ni.
Dia mengajar pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di sebuah pekan kecil di Melaka.
Hobi ayah, selain bawa Lambrettanya keliling kampung, dia juga peminat pengumpul barang antik.
Ayah didik saya supaya saya tidak menggunakan 'aku' dalam perbualan.
Akibatnya, saya menulis ini pun dalam menggunakan saya juga.
Satu hari, saya terpecahkan pasu antik kesayangan ayah semasa saya sedang menyapu sampah.
Saya ketakutan sampai menyorok dalam almari.
Setiap kali saya takut, saya akan menyorok dalam almari.
Tapi ayah tak marah masa tu.
Mungkin sedikit mengomel, kemudian garu kepala.
Ayah ajar saya satu perkara, iaitu kintsugi.
Kintsugi adalah seni Jepun dalam memperbaiki pinggan, atau pasu yang pecah.
Ayah mencampurkan pewarna emas bersama beberapa bahan seperti resin sebelum melekatkan bahagian yang terbelah.
"Satu hari nanti, bila sesuatu dah rosak, jangan lekas buang.
Cari orang yang boleh baiki, kemudian baikilah.
" Daripada bangku sekolah lagi ayah dedahkan saya dengan penulis ASAS 50.
Ayah seorang pro kem "Seni Untuk Masyarakat", dan dia kata "seni yang tak ada makna untuk masyarakat, bermakna ia tidak ada makna.
" Saya tak rasa macam tu.
Adakalanya seni tak seharusnya difahami semua orang.
Macam saya, saya suka buat kerja seni, tapi saya sorokkan hasil kerja saya.
Teringin juga baca buku tulisan puisi orang yang diluar kem yang ayah suka, tapi ayah tak berapa nak gemar.
Pada usia 14 tahun, ayah terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur.
Saya turut ikut serta.
Di sini saya kenal dengan Fifi dan Alia.
Fifi, dia seorang peminat Sailormoon dan drama Hindustan.
Suka sangat berangan berguling tengah gunung sambil bayangkan diri seperti Juhi Chowla atau Madhuri Dixit.
Alia pula mewarisi skil ayahnya sebagai tukang masak gerai.
Ayahnya berniaga nasi ayam dan nasi tomato pasar malam sejak 1970an lagi.
Kerana itu apabila Alia masuk dapur, semua kena tunduk dengan Chef Alia.
Saya pula, suka penulis puisi.
Tapi, siapa ya di sekolah ini yang suka tulis puisi? Saya kenal Radzi semasa Pesta Hari Kantin.
Dia tegur saya.
Dia seorang yang popular di sekolah.
Semua gadis dambakan perhatiannya.
Dia kapten bolasepak sekolah serta ketua pengawas sekolah.
Pada mulanya, saya tidak minat dia sangat, sebab kelihatan egoisnya.
Tapi semua lelaki memang egois kan? Sehingga satu hari saya menerima puisi dan berakhir dengan nama Radzi.
Sejak itu saya bercinta dengan dia.
Ayah senang dengan Radzi, tambahan pula Radzi seorang yang cemerlang dalam bidang ko-kurikulum.
Kemudian, saya dan Radzi masuk universiti yang sama.
Bezanya dia masuk kewangan, saya masuk arkeologi.
Lepas graduan, dia lamar saya untuk jadi suami saya.
Saya terima.
Majlis perkahwinan saya dan Radzi berlangsung meriah, dan dihadiri oleh semua kawan-kawan.

Sumber:Internet