. Emma Entah mengapa malam itu saya tak boleh melelapkan mata.
Adakah perbuatan saya ini satu kesalahan? Atau adakah ini percubaan saya membetulkan apa yang selama ini salah? Saya sungguh keliru.
Saya termenung di sepanjang malam itu.
Saya kurang pasti apakah perbuatan saya ini patut dihentikan? Akur sahaja dengan takdir yang sedia ada? Saya katakan di sini sepanjang saya mencintai Radzi, adalah kerana puisi itu.
Puisi itu menyentuh tepat di hati saya.
Kalau dah saya dapati hubungan saya dan Radzi selama hampir 19 tahun ini dibina atas penipuan, dan membuatkan Afdlin menderita, apakah saya harus membetulkannya? Atau membiarkan sahaja keduanya memendam rasa? Saya melihat gambar perkahwinan saya dan Radzi di atas meja hiasan.
Gambar hari raya pertama sebagai suami isteri.
Dan gambar Danial masih dilahirkan.
Terlalu banyak memori yang dibina antara saya dan Radzi.
Namun dia bukanlah lelaki yang saya rasa selesa sebenarnya.
Tambahan pula sejak akhir-akhir ini dia sudah mula tidak mempedulikan saya.
Tempoh hari dia kutuk puisi depan saya, kata ini semua tak berguna, bukan boleh cari makan.
Yang awak pikat saya tu pakai apa, Radzi? Dan kalau itu benar puisi yang Radzi tulis, dan bukannya Af, kenapa cakap macam tu? Saya sebenarnya mulai bimbang dengan sikap Radzi.
Ayah bilang, kalau ada masalah dalam rumahtangga, haruslah perbaiki dan bukan hanya nak bercerai.
Seperti kintsugi, ia boleh diperelok dan nilai pasu yang pecah jika dijaga estetikanya boleh jadi lebih mahal daripada yang tak pecah.
Tapi, saya mulai merasakan hubungan cinta saya dan Radzi ini dibina dengan penipuan.
Tapi apakah saya harus teruskan hidup dengan penipuan ini, atau membetulkan keadaan dengan menipu Radzi pula? Two wrongs does not make it right, kan? Telefon berbunyi, Radzi.
"Hello, sayang.
""Emma, regional office kat Singapore panggil I for meeting this Friday, and we have meeting until this 25th.
So I'll not be around in a week.
""Awak balik 25 haribulan? Tapi kan this weekend ni, anniversary kita bercinta di sekolah? Awak dah lupa?""Penting ke ingat anniversary ni? We should live in present, not in the past!" bentak Radzi.
"Okay.
" Saya padamkan panggilan tu.
Saya off handphone saya.
Entah kenapa, air mata saya mula mengalir seperti Air Terjun Sagil.
-- Afdlin 2001 Sedang aku membaca buku Neverwhere, karya Neil Gaiman di perpustakaan, aku ternampak Emma turut duduk selang dua meja daripada aku.
Aku ingin bangun dari kerusi, dan duduk di sebelahnya, hanya keberanian aku yang tidak ada menghalang aku daripada berjalan.
Aku tak mampu fokus kerana setiap kali aku cuba membaca, mata aku memaksa aku untuk memandang Emma.
Matanya fokus membaca buku Harry Potter.
Aku rasa tak eloklah aku mengganggunya.
Tapi hati aku jadi tak keruan jadinya.
Aku harus menuju ke mejanya juga baru aku tenteram agaknya.
Ketika aku baru nak bangun, dan aku peroleh sedikit keberanian, ada tangan yang menepuk bahu aku.
"Radzi?""Boleh aku cakap dengan kau kat luar kejap?" Aku sempat menoleh Emma, yang nampak fikirannya sudah berada di Hogwarts dan bukannya di Sekolah Menengah Gema Cahaya.
"Ada apa, Zi?""Kau nampak tak awek yang ikat rambut depan kau tu?"
Sumber:Internet