Gelap

Kelab Pencurang Cinta 9

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Kelab Pencurang Cinta 9

. Emma "Bappp!" bunyi bonet kereta Honda City selepas saya tutup untuk simpan beg dan baju Danial.
Tujuannya untuk saya minta tolong Fifi tolong tengokkan untuk saya, just in case kalau apa-apa jadi pada saya.
Saya pasang child seat pada Danial, dan beg baju saya berada di kerusi belakang.
Saya letak jaket sweater untuk saya sarung, jika dalam keadaan sejuk juga di belakang.
Dalam saya memandu, saya cuba fikirkan adakah ini first date saya dengan Af.
Tak, ini cuma jalan-jalan sahaja.
Saya harap dia tak salah anggap.
Selepas telefon Fifi dan Fifi bersetuju untuk tolong tengokkan Danial, saya pun terus menuju ke rumah Af berdasarkan location yang diberi dalam Waze.
Bila saya berhenti, di depan cybercafe yang sudah semakin malap lampunya.
"Kenapa di sini rumah awak?""Saja share sini, saya tak nak Lydia nampak," kata Af sambil letak begnya di kerusi belakang.
Saya pandang Af, tersenyum.
Dia pandang saya, terus dia pandang saya, tak kelip mata.
"Awak dah kenapa, Af?""Awak minum Aura White Collegen ke? Sebab terpancar aura di muka awak seperti seorang bidadari," kata Af, spontan.
Saya tergelak kecil.
Ya saya tahu ia kedengaran cliche, tapi cliche ini tak dibuat-buat.
"Awak nak saya kata 'cia cia cia' ke?" kata saya, perlahan.
"Cia cia cia!" Af ketawakan diri dia sendiri.
"Pakai seatbelt.
Kita ada misi di Teluk Intan," saya mula masuk gear.
"Mana lagu Spotify?" tanya saya.
Dia membelek telefon bimbitnya.
"Kejap, kalau awak dah pasang Spotify, mana plan nak tutup handphonenya?" tanya saya.
"Spotify Premium kan boleh download, boleh dengar tanpa internet.
Dulu saya naik kereta api dari Hadyai ke Bangkok satu hari dengar Spotify tak pakai data," kata Afdlin ketawa.
Saya terkejut.
"Awak naik kereta api dari Hadyai ke Bangkok?""Ya, tahun 2014.
Masa tu buku saya sales meletup.
""Ya ke? Awak tulis buku apa?""Ala, Gadis Jack Purcell tu.
Joint Nan Segulung, dan Berahi.
" Saya anggukkan kepala sahaja.
Kelakar tajuk bukunya.
"Awak nak saya baca buku awak yang mana?""Kalau awak suka travel, Joint Nan Segulung.
Kalau awak suka cerita cinta tiga segi, Gadis Jack Purcell.
""Yang Berahi tu kisah apa?""Kisah lelaki playboy yang setia pada seorang gadis.
" Saya kerutkan dahi.
"Macam mana dia setia sedangkan dia seorang playboy?""Dia jadi playboy sebab crush dia masa sekolah dulu tak pernah pun pandang dia.
Bila dia dah berjaya, dia pilih girlfriend semua bercirikan crush dia dulu.
Sehinggalah bila crush dia kemudian bekerja sebagai secretary dia.
""Wow, ada babak panas tak?" tanya saya.
"Ada lah.
Cuma ia bukanlah MyFirstTime dot com," kata Af.
Saya tersenyum nipis.
"Hansap.
" Lagu yang dipasang ialah lagu dari Kiyotaka Sugiyama and Omega Tribe, Futari No Natsu Monogatari (Never Ending Summer).
Terbeliak saya dibuatnya.
"Awak layan citypop?" tanya saya.
"Ya, suka.
Saya pun tahu awak suka, terutamanya Mariya Takeuchi, kan?" Saya mulai segan.
Macam mana Af lebih tahu tentang taste muzik saya berbanding suami saya sendiri? Ah sudah dia ni! "Awak tahu lagu apa kalau Mariya?""September, Suteki Na Holiday, Plastic Love...""Yang tu ramai budak muda minat.
Viral di Youtube.
""Ya, tahu.
""Saya suka Fushigi Na Peach Pie.
"
Sumber:Internet