. F.
A.
S pulang dengan di sertai keluhan berat yang tak habis keluar dari mulut mereka.
"Haih lah.
Asal nak kena ajar dorang pula ni.
" Rungut Hana.
" Tah lah! kang tak pepasal LIA keluar nanti.
" Ujar Sya pula.
Merujuk kepada sisi gelapnya.
Sempena dengan nama belakang dia Aulia.
Sisi Sya yang memang kejam.
Namun sisi itu telah lama tidak muncul.
Membuatkan Sya sujud syukur.
Ialah nak ke tengok Sya tu belasah orang sampai mati.
Gerun dhoo! Hana pula hanya menghela nafas berat seberat nya.
Dia juga takut sisi dia yang satu itu muncul.
Manakala Ashikin dia juga turut menghela nafas berat.
Sekiranya sisinya yang satu itu keluar juga dia hanya redha .
Lagi pun dia memerlukannya sekarang ini untuk berdepan dengan BadBoy sekolah.
"Dah dah lah tu mengeluh nye.
Redha je lah.
Tak dapat ek? " Akhirnya perlian Shikin kedengaran, membuatkan Sya mahupun Hana menatap Ashikin tajam.
"Cakap senang je kau ni..tak pikir identiti kita terbongkar ker.
??"Tanya.
Sya Sambil menahan geram.
"Biar jelah.
Kau tak tengok geng gediks tu macam mana? " Provok Ashikin dengan senyuman sinis.
Tangan nya bekerja membuka tudung yang di pakai nya.
Dan terserlah lah rambut merah semula jadi Ashikin .
"Haih ye aku tengok cuma takut dorang tu mati awal.
Tak seronok lerr.
" Sinis Hana pula.
Tangan nya juga bekerja menanggalkan tudung sekolah yang dipakainya.
Dah sampai rumah kut! "Hishn.
Korang ni, tak habis habis nak buat perkara jahat.
Tak takut KARMA ke? "Tanya Sya membuatkan kedua kembar seiras itu terdiam.
Namun senyuman sinis tak pernah lekang dari bibir masing masing.
"Kita memang dah kena KARMA pun.
" Jawap kedua kembar itu serentak.
Kemudian ketawa jahat.
"Maksud?" Sya yang masih blur itu bertanya semula.
"Kau tak ingat kat sekolah tadi hmm..?" Tanya Hana "Kita kena buli tau.
" Sambung Ashikin.
Sya menepuk dahi sendiri.
Lupa pulak aku pasal kat sekolah tadi.
Desis hatinya.
"Dah jom mandi lepas tu solat asar and then masak makan malam" Ajak Ashikin lalu beg yang di campak nya merata tempat tadi di ambil dan mula melangkah naik ke atas.
Hana dan Sya mengangguk saja badan pun melekit dengan peluh.. * Di rumah keluarga Afiq pula kelihatan kereta Audi masuk dan terpaking cantik di perkarangan rumah.
"Assalamualaikum Mama papa" Laung Afiq kuat.
"Waalaikumsalam, Haaa, Fiq datang pun lama mama tunggu tau.
" Ujar Datin Sri Anatasya lembut.
" Kenapa ni? "Tanya Afiq ketika menyedari semua ahli keluarga sedang berkumpul di ruang tamu rumah.
"Afiq mandi dulu nanti mama dan papa bagi tahu ek.
" Jawap Datin Sri Anatasya lembut.
Afiq akur kaki di bawa melangkah menaiki tangga menuju ke bilik nya.
Sejahat jahat mana pun dia, dia masih juga menghormati kedua ibu bapa .
Tak mahu derhaka.
Buruk padah nya nanti di akhirat .
Selang beberapa minit akhirnya Afiq pun turun semula ke bawah dan duduk di sisi adik perempuan nya Tengku Afina Azwarina.
Cantik nama macam tuanya juga.
"Kenapa semua berkumpul ni? "Soalan pertama di ajukan pada keluarga nya.
" Papa nak kamu lindungi perempuan ni.
" Arah Dato Sri Tengku Azlan Zisham.
Sekeping gambar di beri ke arah anak sulung nya itu.
Gambar itu mengandungi gambar Hana yang sedang tersenyum lebar berseorangan.
Muka beku Afiq berubah berkerut.
Pahal pulak aku kena lindungi dia ni? .
Desis hati Afiq.
"Kenapa pula? "Akhirnya terkeluar juga soalan itu dan meniti di bibir merah ranum Afiq.
Mata nya tajam memerhati gambar yang di beri oleh papa nya itu.
"Papa arahkan tu ikut je lah.
Tak yah banyak cakap, memandangkan kamu satu sekolah dengan perempuan dalam gambar ni.
" Terang Dato Sri Azlan Zisham.
"Tapi bukan kamu saja tapi kita.
Kita sekeluarga.
"Sampuk mama Afiq pula.
"What! mama sapa dia nak dilindungi bagai ni.
" Rungut adik kedua Afiq.
Tengku Afieq Azlan.
Umur 16 Tahun.
Manakala adik bongsu Afiq dan satu satunya perempuan berumur 15 Tahun.
Sama sekolah cuma dorang jarang berjumpa.
Dan tidak ada satu pun yang berani usik atau buli adik beradik Afiq ini.
Al maklumlah dah kena bagi peringatan.
"Papa dah cakap siapa perempuan dalam gambar ni tak penting tak payah tanya lah.
" Tegas saja suara papa Afiq.
Membuatkan Afiq dan Adik beradik nya terdiam.
"Haih yelah Pa.
Fiq akan lindungi tapi duit kena masuk" Putus Afiq sambil jari nya membentuk mini love .
Dato Sri Tengku Azlan Zisham hanya mengangguk saja sebagai balasan malas berbalah dengan anak teruna nya yang sorang ni.
"Kami?"Tanya kedua adik Afiq serentak.
"Anak mama dua ni mesti ada juga.
Jangan risau.
"Jawap mama mereka sambil tersenyum lembut.
Afiq hanya tersenyum nipis lalu kaki beredar dari situ untuk naik ke dalam bilik nya.
Nanti makan turun balik.
' Apa hal aku nak lindungi hamba aku sendiri ni..' Desis hati Afiq.
* Di rumah keluarga Hana dan Shikin.. "Kenapa abang suruh waris ketua mafia tu lindungi Hana dengan Sya? Kenapa Shikin abang tak nak lindungi? Dia kan kembar Hana? " Tanya Datin Sri Tengku Maisara bertubi tubi.
Dato Sri Tengku Haikal hanya tersenyum kelat mendengar soalan bertubi tubi daripada sang isteri.
" Awak tak ingat ke siapa anak kita yang sorang tu? "Tanya dia semula.
Soalan di balas soalan.
Datin Sri Tengku Maisara menepuk kepala sendiri.
"OH, dia... "
Sumber:Internet