. Hari yang di nanti nantikan oleh Ashikin telah tiba, hari di mana dia akan mengajar mengenai cara menyusun strategi .
Nasib menyebelahi dia dan kumpulan nya kerana berita mengenai mereka menjadi penolong iaitu jurulatih kumpulan basketball cikgu Raikal tidak tersebar dahulu.
Kini di sini lah dia berseorangan di dalam gelanggang Basketball yang besar .
Beg di letakkan di tempat penonton .
Selepas saja habis sesi sekolah pagi tadi terus sahaja di menuju ke sini manakala sepupu dan kembar nya melantak di kantin sekolah.
Bola keranjang yang bergolek ke arah nya di ambil.
Badan di lengkok ke kiri dan ke kanan.
Begitu juga kepala .
Bola pula mula di lenturkan ke atas lantai gelanggang.
Kedua tangan kiri dan kanan di gunakan sebelum menjaringkan bola itu ke dalam jaring.
Setiap jaringan di buat begitu cantik.
Sehingga lah ada yang mengambil bola yang di jaring nya.
Mata hijau jernih merenung tajam jejaka yang menganggu masa tenang nya .
"Kau nak apa?"Tanya Ashikin .
Dingin.
"Nak kau"Jawap selamba jejaka itu dengan mata yang di kenyit kan sebelah.
"Baik kau pergi sekarang.
" "Sebelum dapat kau, aku tak akan pergi " Bola yang berada dalam dakapan jejaka itu direbut selamba oleh Ashikin.
Maka selepas itu terjadilah perebutan bola antara Ashikin dan si jejaka itu.
"Arshad boleh kau pergi sekarang.."Pinta Ashikin penuh 'kelembutan'.
"Wah mengagumkan kau panggil nama aku..Call my name again baby.." Tanpa menghiraukan Arshad , Ashikin menjaringkan bola keranjang masuk ke dalam jaring.
Kedudukan Arshad yang merebut bola itu seakan memeluk Ashikin dari belakang membuatkan Ashikin semakin rimas.
Namun malang tak pernah ada bau, Ashikin tersungkur akibat kaki nya saling bersilang sesama sendiri begitu juga Arshad yang berada di belakang nya.
Kini kedudukan Ashikin betul betul di bawah Arshad.
Muka yang merona merah menandakan sama ada dia marah atau geram membuatkan Arshad tersenyum sinis.
Satu sahaja perkataan yang difikirkan dia .
Comel.
Lama mata hijau jernih dan biru laut itu berlaga sehingga degupan jantung Ashikin sendiri dia boleh dengar.
Tetapi.. Malang.. Pada.. Nasib.. Arshad.. PANGG..!! Pipi kiri Arshad selamat 'mencium' pelempang milik Ashikin.
Terteleng ke kiri kepala Arshad di buat nya.
Kepala yang terteleng tadi di kembalikan kedudukan iaitu terus memandang Ashikin yang berada di bawah nya dengan senyuman sinis yang bertukar ke senyuman miang.
Untung saja dia menahan diri nya dengan menggunakan kedua tangan dari terus menghimpit Ashikin tadi.
Kalau tak.
Tak tahu lah mungkin bukan penampar saja dia dapat nanti.
"Bangun sekarang.." Jerit Ashikin keras.
"Kiss aku dulu.." Riak wajah Ashikin berubah cemberut dengan bibir yang di juihkan ke hadapan.
Arshad menelan air liur.
PANGG!! Sekali lagi namun pipi kanannya pula yang menjadi mangsa.
Jelas kelihatan warna merah pada pipi jejaka itu berserta bekas tapak tangan Ashikin.
Merah nya tak usah cakap merah lagi daripada pipi kiri Arshad tadi.
Lantas Arshad bangun dari terus berada di atas Ashikin.
Entah apa yang bakal dia buat nanti sekiranya berlarutan berkeadaan sebegitu .
Kedua belah pipi nya di gosok, baru sekarang terasa sakit nya itu.
Tadi tak rasa pun mungkin sebab terlampau leka dengan warna unik anak mata Ashikin tu.
"Awww.
Sakit tau tak! Dasar tangan gajah.
" Cebik Arshad.
"Padan muka! Nak rasa lagi boleh je meh sini.
" Sinis Ashikin.
"Anak gajah.
Bluekk! " Lidah di jelir tanpa perasaan bersalah.
"Kau tu pula apa buaya darat! " "Ceh! Kalau aku buaya darat aku boleh lah ' makan ' kau kan?" "Kau! "Kata kata Ashikin terhenti kerana kekurangan idea, lagi pun berdebat dengan jejaka yang bernama Arshad ni buatkan aura dingin nya goyah.
"Yes, ma'am can't I help you?" Sinis Arshad.
Terus sahaja satu sepakan dari Ashikin hinggap pada bontot Arshad.
Lalu Ashikin pun berjalan keluar dari situ dengan hati yang panas dan sebalik nya.
"Auww! Dia sepak bontot aku amazing, macam minta kaki aje.
Huh! " Desis hati Arshad.
"Tapi dendam aku juga makin bertambah.
Heh! Ashikin.. Ashikin"
Sumber:Internet