. Sya merenung lama buku nota yang di bacanya.
Namun tiba tiba buku notanya di rampas oleh seseorang.
Pantas matanya menatap gerangan tersebut.
"Wow tak sangka kau rajin gak ek.
Budak nerd lah katakan" Sinis lelaki yang merampas buku nota nya.
Sya mendecit dalam diam.
"Awak buat apa kat sini? .
Bagi balik buku nota saya tu.." Kata Sya sambil berusaha mengambil buku nota yang berada di genggaman lelaki itu.
Lelaki itu tersengih suka.
Lalu buku tersebut di angkat tinggi supaya menyukarkan lagi Sya mengambil buku tersebut.
"Tengku Syed Atif Aushaf.
!" Jerit Sya tidak puas hati.
Dia mengembungkan kedua pipinya tanda geram.
Namun di cubit geram oleh Atif tanpa rasa bersalah pun.
Atif tertawa kecil melihat telatah Sya.
Namun tanpa di sangka Sya melompat cuba untuk mengambil buku yang berada di tangan Atif namun lain pula yang terjadi.
Sya telah pun tersadung kaki nya lalu menolak badan tegap Atif hilang jatuh menyembah lantai.
Manakala dahinya selamat mencium dahi licin Sya.
Membulatkan mata Atif melihat apa yang terjadi.
Buku nota yang berada di tangan Atif jatuh beberapa centimeter jauh dari mereka berdua.
Pantas Sya bangun dari terus menghimpit Atif.
Mukanya membahang malu.
Buku nota yang jauh di ambil nya lalu Sya berlari keluar kelas.
Tanpa di pinta air mata Sya mengalir.
Perasaan yang telah lama terkubur perlahan lahan dia rasa.
Perasaan yang amat di bencinya iaitu perasaan menyayangi seseorang.
Atif yang baru bangun dari terus terbaring tersenyum nipis.
Aku akan buat kau jatuh cinta.
**** "Hiks.. Hiks.. Kenapa..? Kenapa perasaan tu datang balik.
?" Tanya Sya sendirian dengan tersedu sedan.
Sebuah rumah yang berasa di belakang blok lama sekolah di tuju.
Kunci di masukkan ke dalam tombol pintu.
Lalu pintu rumah itu di tutup semula dan di kunci dari dalam.
Pedang nipis yang bernama Degen di libas dengan penuh tertib dan teknik yang betul.
Semua perasaan yang perlahan lahan datang sedaya upaya di buang.
Sya berpusing dan menusuk.
Setiap pergerakan yang di lakuakan penuh seni halus.
Tanpa disedari nya Shikin memerhati Sya yang sedang berlatih.
Air mata Sya yang mengalir membuatkan Shikin menghela nafas berat.
Lalu dia melangkah ke arah Sya yang tidak menyedari akan kehadiran nya.
Tangan kanan Sya yang memegang pedang Degen di genggam erat.
Lalu tangan kiri Shikin menghentak kuat pergelangan tangan Sya membuatkan genggaman pedang di tangan Sya terlepas.
"Kau menangis sebab lelaki tadi buat apa? Kau masih tak boleh lupakan diadia kan?" Kata Shikin sinis.
Tangan Sya di lepaskan dengan kasar sekali.
"Tak guna kau ingat lelaki jahanam macam dia.
Lupakan je lah.
Buka buku baru tutup buku lama Sya.
Aku tak nak kau luka kan lagi diri kau tu.
Peluang dah ada depan mata lupakan dia" Kata Shikin sebelum beredar meninggalkan Sya bersendirian.
Sya jatuh terduduk.
Kaca matan bulat miliknya di letak perlahan lahan.
Lutut kaki nya di rapatkan lalu mukanya di sembabkan pada celah lutut kakinya.
Tangisan dia pecah.
**** Atif berjalan perlahan keluar dari kelas.
Kedua sahabat nya telah pun pulang ke rumah masing masing.
Langkah kakinya terhenti ketika terpandang sosok seorang gadis yang amat dia kenali.
Senyum nipis secara automatik terlakar di bibir.
Laju sahaja langkah dia melangkah ke arah gadis itu.
Bahu gadis yang sedang termenung di tepuk lembut.
Gadis itu tersentak.
Pantas dia menoleh ke arah Atif.
Mata yang sembam membuat Atif mengerutkan dahi.
"Kenapa dengan mata kau tu? Kau menangis ke?" Tanya Atif prihatin.
Lalu dia mengambil tempat di hadapan si gadis.
Sya tidak menjawab.
Lelaki di hadapannya benar benar mampu membuatkan jantungnya berdegup pantas.
"Hey aku tanya Jawap" Tegur Atif dengan suara serak basahnya.
"Tak ada apa lah.
Tak perlu risau.
" Jawap Sya sambil menundukkan wajahnya.
"Habis tu kenapa kau diam je?" "Awak tak perlu risau lah.
" Atif terdiam lalu menarik lembut tangan Sya menuju ke suatu arah.
Membulat mata Sya.
Namun tetap mengikuti langkah besar Atif.
Tangan yang memegang pergelangan tangan nya yang berlapik di pandang sepi.
**** Di sebuah tempat yang tiada sesiapa ketahui.
Jelas terlihat tiga orang figura yang memerhati tindak tanduk Atif dan Sya.
"Kenapa dorang tu terkenal walhal baru sehari masuk.
?" Tanya salah seorang daripada mereka bertiga.
"Tak lama lagi mereka akan jatuh kau tak perlulah risau.
" Jawap gadis nombor 2.
Mereka tersenyum sinis.
Namun salah seorang daripada mereka bertiga jelas kelihatan kurang senang dengan tindakan gadis nombor 2 itu.
Aku akan halang tindakan jahat kau tu.
Desis hati salah satu daripada mereka bertiga.
**** Taman yang di hiasi berbagai bunga serta pemandangan yang indah menarik perhatian Sya.
Matanya membulat teruja.
"Kalau sedih kau boleh tenangkan diri dekat sini.
Sini tempat aku dengan geng aku je yang tahu.
Jangan bagi tahu orang lain kecuali geng kau okey.." Kata Atif sambil mengusap lembut tudung yang berwarna putih milik Sya.
Sya tertuduh malu.
Kau hadir membawa kegembiraan macam dia.
Aku harap pilihan aku tepat untuk kali yang terakhir ini.. Desis hati Atif ketika menatap Sya yang duduk mencangkung dari sisi.
Sya tersenyum lebar.
Bunga yang memiliki berbagai warna dan bau membuatkan dia tenang.
Segala masalah dia hilang begitu sahaja.
Tanpa Atif sedari Sya menatap wajah tampan Atif yang memandang ke hadapan taman tempat bunga rose.
Angin sepoi sepoi bahasa mengalunkan rambut depan Atif.
Sya terpegun.
Mungkin peluang kedua aku ada di depan mata sekarang ni atau sebaliknya.
Aku bagi dia peluang untuk yang terakhir.
Monolog hati Sya.
Lalu dia turut memandang ke hadapan serta menghirup udara segar pada petang itu di sekolah bapa saudaranya..
Sumber:Internet