. Setiap gerak geri pasukan lawan diperhati tanpa rasa jemu.
Kini jumlah mata jaringan masih berpihak dengan Diamond High School, iaitu 27-25 melawan kumpulan Helang Tak Bersayap iaitu SMK Mutiara.
Sya mengeluh seketika.
Bosan mulai datang menyelit di dalam hatinya.
" Kau tak rase perlawanan ni pelik?" Tanya Ashikin yang elok sahaja sedari tadi menjadi pemerhati gerak geri pasukan lawan.
Cuaca panas terik, membuatkan semangat kumpulan Diamond High School semakin berkobar kobar untuk mengalahkan pihak musuh manakala angin sepoi sepoi bahasa pada gelanggang terbuka itu menyeimbangkan suhu agar dapat membolehkan penyokong di setiap sekolah bersemangat untuk menyokong sekolah masing-masing.
"Bosan ke kak?" Tanya Awang bersama dengan dua orang ahli kumpulan nya iaitu Izzudin dan Daniel .
Dia datang menghampiri ketiga sepupunya itu bersama dengan senyuman sinis.
"Berhenti senyum macam tu! Naik menyampah aku" Sindir Hana yang elok duduk sambil mendengar lagu pada ear phone yang bersambung dengan mp3 kecil.
Izzudin tersenyum.
"Woi woi woi, aku tanya tadi! Kau tak rase perlawanan ni pelik ke?" Tanya Ashikin dalam nada yang sengaja di keraskan.
Semua sepupunya menoleh ke arah dia.
"Kau tanya dekat sape?" Tanya Daniel adik kepada Awang yang berumur 16 tahun sebaya dengan Naim.
"Kembar aku lah.
" Perli Ashikin.
Hana tersengih.
"Haah! Perlawanan ni pelik.
Rase macam ade yang control.
" Jawab Hana sambil tersengih minta kaki.
"Memang pelik pun kalau SMK Mutiara ni main.
Tak yah ambil peduli lah" Kata pula Izzudin selamba.
"Tak.
Maksud aku pelik dia lain macam.
" Kata Ashikin dingin ketika menangkap sesuatu 'perkara pelik' itu.
"Gotcha! Dorang main kotor" Bisik hati Ashikin apabila menyedari sesuatu perkara pelik tadi.
"Kau dah kepada?" Tanya Awang pelik.
"Dorang tak patut main lagi lepas nih" Suara dingin Ashikin jelas kedengaran pada cuping telinga masing masing yang berada berdekatan Ashikin.
"Pengadil.
Dorang rasuah pegadil.
" Ujar Ashikin apabila menyedari 'perkara pelik' tersebut.
Awang mengerutkan dahinya.
* "Perlawanan akhir antara Diamond High School dan juga SMK Mutiara kini telah tamat.
Dan juara nya pada petang ini adala Detak jantung persorak yang hadir jelas kelihatan berdetak seakan sama sahaja.
Begitu juga dengan kumpulan King of Basketball yang mewakili Diamond High School.
Ashikin tersengih sinis.
" SMK Mutiara!!! " Arshad meraup wajahnya kesal.
Riak wajah kekecewaan ahlinya di tatap sekilas.
Afiq tersenyum simpul.
Bahu kedua sahabatnya ditepuk perlahan.
"Yang penting korang dah cube" Ujar Afiq mencuba menyalurkan semangatnya.
"Tak, masalahnya sekarang ni.
Kita orang dah main betul betul.
Jumlah mata jaringan pun lebih dari dorang.
Kenapa bukan kita orang yang juara?" Soal Arshad kurang senang dengan keputusan pengadil tersebut.
Sumber:Internet