. Hana tersenyum melihat keindahan suasana petang di taman awam itu.
Cahaya mentari yang semakin pudar warnanya menandakan malam hampir tiba.
Malah taman awan tersebut semakin kurang manusia yang mengunjungi nya.
Namun suasana tenang itu di usik oleh jembalang kacak yang turun daripada kayangan.
"Sampai bila kau nak duduk dekat sini? Hari dah nak dekt malam nih" Tanya Afiq seperti biasa tanpa nada.
Hana berhenti tersenyum.
"Ialah ialah.
Kita balik" Jawab Hana bersama wajahnya yang cemberut.
Afiq mengangguk perlahan lalu dia berjalan mendahului gadis itu di hadapan.
Hana bangun daripada duduk di kerusi taman yang di sediakan itu, lalu dia mengikuti jejak jejaka yang menemaninya tadi.
* Sampai sahaja mereka di tempat letak kenderaan , Afiq mengeluarkan kunci keretanya.
Kereta BMW hitam berkilat itu jelas menandakan tuanya jarang menggunakan kereta tersebut kerana minat Afiq lebih kepada motor berkuasa tinggi.
Susana sunyi antara Hana dan juga Afiq berhenti sehingga di sana sahaja apabila Hana mengajukan soalan kepada dia "Awak, kenapa awak bawa saya dekat taman tadi tu?" Tanya Hana.
Soalan yang sedari tadi berlegar di kepalanya itu akhirnya berjaya di luahkan.
Afiq menghela nafas seketika.
"Masuk dalam kereta dulu nanti aku bagi tahu lah.
" Jawab Afiq tanpa menatap sedikit pun wajah si gadis di bahagian pintu penumpang.
Hana akur dengan arahan yang diberikan oleh Afiq itu.
Setelah Hana masuk ke dalam kenderaan pancuan empat roda tersebut terus sahaja riak wajah Afiq berubah keruh.
" Apa yang kau nak hah?! Tak cukup lagi ke kau dah buat dia koma dulu?" Tengking Afiq apabila menyedari ada seseorang yang mulai mendekati kenderaan mereka.
Seseorang yang datang mendekat itu tersenyum lebar.
"Wow! Kau boleh kenal aku tanpa tengok rupa pun.
Hebat! " Pujian daripada lelaki yang datang menghampiri itu hanya di anggap sebagai angin lalu sahaja bagi Afiq.
Afiq menoleh ke arah lelaki itu.
Tanpa sedikit pun riak takut, dia menghampirinya lalu kolar baju kemeja yang di pakai lelaki itu di tarik kuat.
" Sudah! Jangan kacau dia! " Tengking Afiq bersama jelingan tajam bak mata helang.
Manakala lelaki itu hanya mengangguk sambil tertawa seakan mengejek.
"Kita tengok, sejauh mana Hana boleh tahan dengan perangai kau" Ujar lelaki misteri itu sambil merentap kasar kolar bajunya lalu beredar pergi.
Afiq mendengus kasar,lalu berjalan perlahan menuju ke arah keretanya.
Wajah Hana yang terkejut serta memucat itu di tatap lama.
Keluhan di lepaskan.
Nampaknya Hana sempat menangkap kelibat lelaki tadi.
Kedua tangan Hana yang menggigil di tatap sekilas .
"Dia tak akan kacau kau dah mulai hari ni.
Aku janji" Ujar Afiq yakin.
Hana langsung tidak memberi respon apapun tentang apa yang Afiq katakan itu.
Matanya sebentar tadi baru sahaja menatap wajah seseorang yang dirinya ingin lupakan.
Namun ianya muncul kembali.
Di hadapan gadis itu sendiri.
Walaupun ada perantaraan yang menghalang.
Sumber:Internet