Gelap

Kembar Ku Dari Neraka 28

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Kembar Ku Dari Neraka 28

. Bola yang melantun kuat itu ditatap tajam oleh Zainal.
Ingin sahaja dirinya menangkap bola tersebut.
Namun jika tersalah tingkah mahunya bala datang menimpa.
Kini lawannya bukanlah seorang lelaki tetapi lebih tepatnya seorang perempuan.
Latihan pada petang seterusnya itu membuatkan Zainal berfikir kedua kalinya untuk turut serta, tetapi akibat paksaan daripada coach tak bergaji kumpulan mereka.
Dia terpaksa akur.
Akur dengan keputusan coach kumpulan nya.
"Seriuslah Sara.
Kau nak aku rebut bola tu dari kau ke?" Tanya Zainal menginginkan kepastian buat kali ke ratus ribu.
Maisara mengangguk teruja.
Seorang gadis yang menjadi lawan tangguh Zainal.
"Kalau apa apa jadi dekat kau jangan salahkan aku" Ujar Zainal memberi amaran untuk kesekian kalinya.
Maisara tetap mengangguk mantap sebagai jawapan.
Zainal mara ke hadapan.
Tangan panjangnya sedaya upaya menjangkau bola keranjang yang dilantun oleh gadis di hadapannya itu.
Maisara tersengih sambil sedaya upaya mencuba menghalang Zainal daripada merebut bola yang berada bersamanya.
"Terlampau slow baby girl.." Bisik Zainal tepat di telinga Maisara.
Maisara terkaku.
Zainal tersenyum sinis lalu merebut bola yang berada di dalam genggam Maisara.
Lalu bola keranjang itu di lontar memasuki jaring.
Jeritan para peminat Zainal yang menyaksikan latihan mereka pada petang itu membingitkan telinga si gadis.
Membuatkan wajah ceria Maisara masam mencuka.
Ashikin yang menatap kejadian itu mengeluh seketika.
Telapak tangan kanannya di tatap lama.
Selang beberapa minit jari telunjuk seseorang menunjuk jari manisnya.
"Nak tahu tak? Jari ni lah nanti aku sarung cincin nikah kita" Ujar suara garau di hadapannya.
Ashikin tersentak, pantas sahaja dia berundur ke belakang menjarakkan kedudukan yang sebegitu rapat itu.
"Kau boleh tak jangan muncul depan aku!" Tanya Ashikin dalam nada yang sengaja di tekan.
Arshad terkekeh.
"Ape? Betul lah ape yang aku cakap tu" Jawab Arshad sambil meraup rambut perangnya ke belakang membuatkan pelbagai jeritan hesteria kedengaran di tambah lagi mata biru Arshad yang sebiru laut itu, pasti pabila di tatap mendapat ketenangan namun tidak terkesan kepada Ashikin .
Ashikin mengangkat keningnya.
Anak mata yang berwarna hijau muda itu menatap jengkel lelaki di hadapannya namun mata itu menjadi igauan Arshad sejak pertama kali lagi bertatapan.
"Awak! Sakit!" Jeritan seorang gadis tidak jauh daripada gelanggang terbuka Sains High School menarik perhatian Ashikin dan juga Arshad.
"Woii, berani kau sentuh dia hah!" Jerkah Maisara apabila melihat sahabatnya dibuli oleh Rafael.
Rafael menatap jijik rambut seorang gadis yang berada di dalam genggam dia.
Manakala pemilik rambut itu terduduk di atas tanah akibat menahan sakit di tarik rambutnya.
" RAFAEL! Lepaskan Khadijah.
Tak yah jadi budak kecik lah main tarik tarik rambut ni!" Jerkah Maisara pula.
Sahabatnya yang telah pun menitiskan air mata membuatkan darahnya menggelegak.
Rafael buat derk giat pula di tarik rambut Khadijah itu dibuat nya.
Ashikin menghela nafas perlahan.
" Kau pun ada plan nak buat macam tu ke? "Tanya Ashikin tanpa sedar.
Arshad yang berada di sisinya tersentak.
Gadis di sisinya itu ditatap lama.
" Tak.
Aku tak akan sakiti kau" Ujar Arshad sambil tersenyum manis.
Begitu juga dengan Ashikin.
"Wei, Fael sudah sudah lah tu.
Tak malu ke sekolah lain tengok?" Ujar Zainal daripada kejauhan.
Kesian pun ada dia melihat gadis yang selalu di buli Rafael itu.
Tetapi mahu bagaimana lagi, jika Rafael itu keras kepala orang nya .
Nasihat lah kau beribu kali kalau dia kata A, A lah ia.
Rafael mendegus kasar,lalu melepas rambut hitam pekat milik Khadijah tanpa perasaan belas kasihan sedikit pun.
"Nasib kau baik hari ni perempuan!" Ujar dia sebelum beredar pergi.
Zainal menggeleng kepala melihat perangai tak semenggah kawannya itu.
"Maaf lah kalau kau tengok Rafael tu kasar sangat.
" Sampuk Zainal apabila menghampiri Ashikin dan juga Arshad.
Arshad mengangguk sahaja manakala Ashikin beredar daripada situ tanpa sepatah kata.
"Kau dengan dia sesuai.
Bila nak masuk minang?" Tanya Zainal bernada gurauan.
Arshad tersengih.
"Lepas SPM " "Besar angan angan kau" "Of course.
Ini Arshad lah.
Angan mesti tinggi azam biar tebal" Ujar Arshad bangga.
Zainal tertawa kecil.
"By the way, Rafael memang macam tu ek? Maksud aku perangai dia" Tanya Arshad.
"Yup, dia jadi macan tu sejak pertama kali Khadijah masuk sekolah ni lagi.
Tak tahu lah kenapa dengan sepupu kau sorang tu" Arshad mengerutkan dahinya.
"Adelah maksud tersembunyi tu" Celah Atif yang sedari tadi hanya berlatih tanpa menghiraukan keadaan sekeliling bersama sama dengan ahli kumpulan yang lain.
Arshad tersenyum.
"So amacam, terbaik kan coach kita orang bagi latihan" Ujar Arshad mendabik dada.
Zainal memerhati Sya dan juga Hana yang sedang elok duduk santai sambil mengarahkan beberapa ahli simpanan kumpulan untuk berlatih tanpa henti.
Air liur di teguk kelat.
"Terbaik tu memang terbaik.
Tapi korang tak rase terseksa ke?" Tanya Zainal sambil meramas rambut nya.
Arshad tertawa kurang ikhlas.
"Ha.
Ha.
Ha.. Boleh dikatakan lagi teruk dari ni kita orang pernah dapat" Jawab Arshad bernada sedih.
"Apa yang korang dapat?" Arshad menatap Atif begitu juga Atif menatap dia.
Masing masing telan air liur kelat apabila mengingati peristiwa pahit bersama F.
A.
S.
"Sikit aje tak banyak, mandi air longkang, korek longkang, buat keja amal, tebang pokok, buat derma dan lain lain" Ujar Atif sambil menghitung jari nya.
Zainal menatap wajah Arshad dan juga Atif silih berganti.
" What?!"
Sumber:Internet