. "Selamat pagi semua! Nama Cikgu, Ashley.
Guru ganti kamu semua mulai bulan ini.
Untuk menggantikan Cikgu Sejarah kamu" Ujar Cikgu Ashley teruja.
Pufftttt Tersembur air mineral yang di minum oleh Hana akibat terlalu terkejut kerana nama guru ganti itu amat mengejutkan hati.
Begitu juga dengan wajah Cikgu Ashley yang amat familiar di benaknya .
"Kau okey Hana?" Tanya Sya yang berada di belakang meja kembar seiras itu.
"Uhuk uhuk! Aku Okey" Jawab Hana yang masih terbatuk batuk akibat terkejut yang melampau.
Ashikin yang berada di sebelah Hana menggelengkan kepala melihat telatah kembarnya yang terlebih itu.
Tanpa sesiapa sedari ada yang sedang memerhati gelagat mereka sambil tersenyum nipis.
Terusik hati apabila menatap wajah Hana yang kelakar itu.
* Ting ting ting.. Bunyi loceng rehat kedengaran di seluruh pelusuk sekolah, menandakan sesi pembelajaran telah tamat untuk sesi pagi juga mahu memberikan para pelajar berehat seketika selama satu jam setengah.
"Ashikin, Hana, Sya dan juga Afiq serta Atif jumpa cikgu di bilik guru lepas korang makan boleh? Atau pun nak jumpa sekarang ni pun tak apa" Ujar Cikgu Ashley sambil tersenyum manis.
Afiq mengerutkan dahinya.
Mengapa nama dia boleh termasuk sama? Begitu juga dengan Atif yang sedang leka dengan gajet yang di bawa dia secara rahsia ke sekolah.
"Lepas kita orang makan lah cikgu" Jawab Hana sebagai wakil mereka.
Cikgu Ashley mengangguk lalu beredar daripada kelas itu.
* Kakinya melangkah ke arah lorong yang bersambung dengan blok lama sekolah.
Suasana yang sunyi membantu dirinya menenangkan fikiran namun hanya dalam beberapa saat sahaja, setelah dirinya di bawa semakin menghampiri ke arah kawasan yang berdekatan bilik latihan khas buat dirinya serta sepupunya yang lain.
"Jangan buli abang aku!" "Ciss kau bawak adik kau pulak sekarang ni?" "Heh.
Sampah macam korang tak layak bersekolah dekat sini.
Menconteng nama sekolah saja" "Habis sudah? Ada apa apa lagi korang nak cakap? Sebelum air longkang sana tu korang minum nanti" "Setan!" "Ikut kau lah nak cakap apa" Langkah kaki Ashikin terhenti.
Suara seseorang yang amat dia kenali membuatnya tertarik untuk datang mendekati lebih dekat ke arah punca bunyi kekecohan tersebut.
Kepalanya mengintai sedikit melalui tembok penghadang yang menjadi tempat dia menyorokkan diri.
* Ameer mengetap gigi apabila melihat abang kembarnya lunyai dikerjakan oleh beberapa orang senior yang seumur dengan abang dia yang sulung.
"Jangan buli abang aku!" Tengking Ameer.
Pilu hatinya apabila menatap tubuh badan kembarnya yang telah kebiruan.
Malah ada pula yang masih mengalirkan darah merah pekat sehingga membasahi baju sekolah.
Sumber:Internet