. *Jangan lupa dengar lagu di atas 😜 "Sya esok pertandingan kita, kau dah ready?" Tanya Hana yang sedang berehat selepas berlatih bermain bola keranjang.
Sya yang elok duduk di sebelah Atif menoleh ke arah Hana.
"Dah.
Tapi tu lah macam biasa.
Aku sentiasa gementar" Jawab Sya perlahan.
Hana tersenyum kelat.
"Jap pertandingan apa pulak ni?" Tanya Atif yang sedari tadi hanya mendengar perbualan mereka berdua itu.
Sya mengerutkan dahi.
"Pertandingan seni bela diri? Tak ada siapa bagi tahu ke?" Tanya dia.
Atif mengangguk perlahan.
"Ada ada.
Tapi tak sangka pulak kau wakil sekolah ni.
" Sya tersenyum simpul.
* Suasana petang yang tenang membuatkan keletihan yang di alami F.
A.
S hilang bagaikan di tiup angin.
"Balik rumah papa?" Tanya Ashikin membuka bicara.
Sudah lama mereka tidak mendengar khabar berita mengenai keluarga mereka itu.
"Balik.
Aku dah lama tak jumpa ibu dengan ayah ni" Ujar Sya teruja begitu juga dengan Hana.
"Lumba?" Tanya Ashikin pula bersama senyuman sinis.
"Of course" Setelah sampai di perkarangan rumah mereka pintu utama rumah di buka lalu tiga gugusan kunci kereta di ambil oleh Hana.
"Ok cun!" Lantas sahaja kunci kereta Ashikin di ambil dia.
Kereta Mercedes-Benz berwarna ungu gelap di tuju begitu juga Hana yang menuju ke arah Ferrari hijau miliknya, manakala Sya menuju ke arah Mercedes-Benz berwarna putih.
Punat butang unlock kereta di tekan, lalu enjin kereta di panaskan.
Bunyi exzos kertas mengaum kuat.
Satu persatu kereta berjenama itu keluar daripada perkarangan rumah dua tingkat itu.
"Jumpa di rumah nanti" Pesan Ashikin lalu pedal minyak ditekan kuat.
Mercedes-Benz itu laju sahaja memecut membelah jalan raya yang sunyi pada petang hari.
Hana dan juga Sya mendecit.
"Berlagak" Gumam mereka serentak.
* Tiga buah kereta yang saling bersaing di atas jalan raya itu kelihatannya tidak menghiraukan nyawa masing masing.
Di tambah pula dengan bunyi exzos kereta yang membingitkan telinga.
Malah ada yang melopong ketika tiga buah kenderaan itu melintasi mereka.
Kelajuan yang tersangat laju itu membuatkan sesiapa sahaja gerun untuk melintasi jalan.
* Kereta Mercedes-Benz yang berwarna ungu gelap kelihatannya memasuki terlebih dahulu perkarangan rumah Dato sri Tengku Haikal.
Dan seterusnya kereta Ferrari hijau manakala di rumah yang bersebelahan dengan rumah Dato sri Tengku Haikal di masuki dengan sebuah kereta Mercedes-Benz yang berwarna putih iaitu tepatnya di rumah Dato Sri Tengku Haziq.
Sumber:Internet