. Tiga orang lelaki berbadan tegap melangkah masuk ke dalam sebuah rumah agam yang sengaja di cat berwarna kelabu, malah di dalam rumah agam tersebut di hiasi dengan pelbagai ukiran daripada British.
Kemudiannya warna dinding rumah agam itu pula di cat berwarna putih menambahkan kesan tenang apabila memandang.
Namun suasana sunyi di dalam rumah agam itu menimbulkan suatu aura yang mengerikan.
"Semua sudah siap Tuan Afiq.
Tuan Besar sedang menanti di ruangan dia" Ujar lelaki berbaju kot hitam yang sedang menghampiri mereka tiga sekawan itu.
Afiq mengangguk faham.
"Jom" Arahnya dingin.
Atif dan juga Arshad mengangguk patuh tanpa sebarang suara.
* "Kenapa papa panggil kita orang?" Tanya Afiq terus ke akar umbi perbincangan tersebut.
Dato Sri Azlan Zisham merenung satu persatu bakal pemimpin kumpulan dia itu.
"Kamu tahu yang 'mereka' sekarang ni mula bertindak semula?" Tanyanya.
Arshad tersentak.
"Maksud uncle?" Tanyanya pula.
Atif yang berada di sebelah turut mengiakan soalan Arshad.
"Gerakan pertama semalam dapat di kesan oleh salah satu anak buah kita di selatan negara ini" Dato Sri Azlan Zisham menjelaskan secara terperinci lagi mengenai masalah yang bakal mereka hadapi di masa akan datang.
"Jadi disebabkan tu Hana dengan Sya perlukan pemerhatian yang ketat.
Semuanya disebabkan mereka anak jutawan terkenal bukan?" Teka Atif sambil menatap komputer riba yang berada di atas meja berhadapan dengan Dato Sri Azlan Zisham.
"Nampaknya kamu dah dapat tangkap" Arshad mengerutkan dahinya apabila dapat merasakan seakan ada suatu perkara yang tertinggal di dalam perbualan tersebut.
"Ashikin kembar Hana kenapa tak ada penjagaan yang ketat sama macam Hana?" Tanya Arshad pula.
Dato Sri Azlan Zisham menarik senyuman nipis.
"Bukanya kamu memiliki hubungan istimewa dengan Ashikin ke? Jika benar kamu sendiri pasti akan turun padang untuk lindungi dia.
" Jawapan daripada Dato Sri Azlan Zisham membuatkan Arshad menerima hentaman yang kuat pada memori lampaunya.
Pandangan matanya tiba tiba sahaja mulai berpinar pinar apabila mendengar jawapan tersebut begitu juga kepalanya yang berdenyut kuat.
" Shad kau okey tak ni? "Tanya Atif risau.
Bahu sahabatnya itu di genggam apabila kelihatan lelaki itu seakan ingin pengsan.
" Aku- " BUKK Tubuh badan Arshad yang kekurangan keseimbangan badan itu perlahan jatuh menjembah lantai.
" Papa , kenapa dengan Arshad? "Afiq mulai gelabah.
Hal ini tak pernah langsung berlaku sepanjang dia berkawan dengan Arshad yang kini tidak lagi menyedarkan diri.
* Gelap, hanya warna itu yang memenuhi ruang retina mataku.
Sumber:Internet