. Butiran jernih mengalir di pipi jejaka bermata biru kristal itu .
Hatinya bagaikan di robek sembilu melihat keadaan Ashikin yang diusung masuk ke dalam bilik pembedahan .
Kakinya pula terasa lemah gemalai sahaja seakan tidak mampu lagi untuk menampung badannya .
Namun bahu kanannya yang tiba-tiba saja ditepuk oleh Afiq menyentakkan dia daripada lamunan.
"Bukan kau seorang je sedih, ada ramai lagi .
Kau tengok keluarga dia, abang dia, kakak dia dan kembar dia yang sekarang ni tengah terlantar di katil hospital tu.
" Ujar Afiq tegas.
Sedaya upaya dia berusaha untuk menyalurkan kekuatan yang ada padanya untuk sahabatnya itu yang kelihatan sebegitu rapuh itu.
" Aku tak kuat Fiq" Arshad bersuara perlahan malah seakan kedengaran berbisik sahaja.
"Hey, mana sahabat aku yang kuat menyakat dulu? Mana perginya keberanian kau? Tunjukkan lah depan family dia tu supaya dorang turut kuat macam kau" Ujar Afiq merujuk keluarga Ashikin dan juga Sya yang turut hadir setelah diberitahu berita. duka tersebut malah ibu kepada kedua kembar itu masih mengalirkan air mata didalam dakapan suaminya .
Ibu mana yang tidak bersedih mendengar berita bahawa anaknya telah pun di tembak.
Arshad menggeleng kepala perlahan, jika boleh masa diulang semula dia pasti akan menggantikan tempat Ashikin sekarang ini.
Namun nasi telah menjadi bubur, tiada apa lagi yang dapat diharapkan hanya padaNya saja Arshad berserah segalanya .
Firash yang melihat keadaan lelaki itu mengeluh perlahan lalu menghampiri kedua remaja itu.
"Aku tahu kau sayang sangat dekat adik aku tu, tapi tolong lah tabah.
Pasti ada hikmah di sebalik dugaan ni.
" Firash menepuk perlahan bahu Arshad yang tertunduk lesu itu.
Arshad meraup wajahnya.
Dugaan ini terasa begitu berat untuk di tempuhi .
Dirinya tidak kuat untuk menghadapi semua ini.
Terhijut bahu jejaka itu apabila mengenangkan kejadian tadi.
Afiq menggelengkan kepala melihat keadaan Arshad yang tidak terurus itu malah baju sekolahnya masih tersarung di badan tegap sahabatnya, begitu juga dengan percikan darah Ashikin yang tercalit di bajunya yang berwarna putih.
"Better kau balik dulu nanti datang sini balik.
Kusut sangat dah aku tengok kau ni " Celah Atif yang turut hadir bersama isterinya.
"Tak nak.
Aku nak stay sini juga! " Bantah Arshad menolak arah sahabatnya itu.
Atif mengeluh melihat sifat Arshad yang keras kepala itu.
Manakala Sya yang sedari tadi hanya mendiamkan diri perlahan lahan mengalirkan titisan hujan di pipinya.
Baju berlengah panjang milik suaminya di genggam erat.
Mahu mencari kekuatan untuk terus tabah.
Atif tersentak dengan pergerakan di lengan bajunya lalu menundukkan kepala melihat si isteri yang turut mengalirkan air mata.
Kini hatinya pula dihuni perasaan sebak melihat isterinya itu lalu tubuh badan Sya ditarik masuk ke dalam dakapan .
Arshad yang sedari tadi memerhati hanya menatap kosong perbuatan Atif itu.
Semangatnya seakan ditiup angin monsun sahaja setelah Ashikin ditembak tadi.
"Shhhh, sudah sudah.
Insya Allah Ashikin Okey" Pujuk Atif dalam nada berbisik.
Ubun ubun Sya pula di kucup sayang .
"Tapi awak.
Hiks.. Hiks.. Hiks.. Dia kena tembak Hiks.. Hiks .
Saya nampak sendiri peluru tu tepat kena jantung dia.
" Tangisan Sya pecah jua di dalam dakapan suaminya itu, sehingga membuatkan dia teresak esak Atif mengeluh perlahan.
Pelukan pada batang tubuh Sya dieratkan lagi.
Begitu juga dengan Sya.
Arshad yang mendengar kata kata Sya terduduk lemah pada bangku yang telah disediakan, kepalanya menekur lantai jubin hospital .
Peristiwa tadi kembali bermain di kotak fikirannya.
BANG! Bunyi kuat tembakan tadi masih terngiang di cuping telinga jejaka itu .
Peristiwa beberapa jam tadi juga kelihatannya tidak berhenti untuk terus berputar di mindanya .
Sumber:Internet