. Seorang gadis tersenyum psikopat melihat mangsanya yang terikat mengikut bentuk ' T ' pada palang yang berada di tengah bilik siksaan .
Tawa gadis itu pecah apabila melihat wajah mangsanya yang memucat apabila tangannya mencapai gergaji tajam yang berada di atas meja.
Kemudian gergaji itu di simpan semula pada tempat asalnya.
Dia sengaja saja mahu menakutkan jejaka Itali itu agar dapat mendengar jejaka itu merayu .
"HAHAHAH.. Lawak gila muka kau dho" Ujar gadis itu berserta sisa ketawanya.
"Ampunkan aku.
Aku mohon.
Aku janji tak akan khianati kau lagi.
Please" Rayuan si mangsa mematikan senyumannya.
"Come on lah aku nak berseronok ni.
Jangan buat muka sedih sedih please aku tak suka.
Kau pasti seronok selepas bermain dengan aku nanti" Rayu gadis itu bernada sedikit merayu.
Matanya yang berwarna merah terkebil kebil menatap mangsanya yang berada di hadapan.
Senyuman menggoda terhias pula di bibir gadis itu.
Mangsanya terdiam membisu apabila tangan gadis itu menyentuh dada bidangnya.
Malah tangan gadis itu turut meraba keseluruhan tubuh badan nya yang terdedah membuatkan jejaka itu berpeluh kerana terangsang.
Tatapan menggoda yang dikhaskan untuknya di balas dengan tatapan penuh nafsu.
"Kau terangsang?" Bisik gadis itu halus sahaja pada telinga jejaka Itali itu.
Jejaka Itali itu terdiam sahaja tidak membalas soalan daripada gadis di hadapannya itu.
Bibir yang dicalit gincu berwarna merah mengancam digigit lembut lalu mata di kenyitkan di hadapan jejaka yang terikat itu.
Jelas kelihatan halkum jejaka itu bergerak gerak.
"Kalau aku kata ya macam mana?" Bisik jejaka itu juga tepat di telinga gadis itu .
Kepalanya sengaja direhatkan pada leher si gadis apabila kedudukan si gadis merapat ke arahnya .
Niatnya ingin membuat sedikit tanda pada pangkal leher gadis itu namun tidak tercapai apabila lehernya terlebih dahulu digigit.
"Auchh!" Si gadis tersenyum apabila picagari yang berisi dadah dalam kuantiti yang banyak menusuk masuk ke dalam badan jejaka itu.
Dia tersenyum sinis lalu menjarakkan kedudukannya daripada jejaka Itali yang berani mengkhianati dirinya sebagai BOSS besar di syarikat tempat dia bekerja.
Habis berjuta wang dia di gelapkan.
Malah projek berjuta juta untuk syarikat si gadis juga turut lesap begitu saja.
"ARGHHHHH! Panas panas panas!" Jeritan jejaka Itali itu memenuhi ruang penyeksaan si gadis.
"Bagi tahu aku ke mana perginya semua wang dan projek jutaan ringgit syarikat aku?" Tanya gadis datar.
Dirinya bosan apabila jejaka itu hanya tahu menjerit sahaja tidak mahu menjawab soalannya.
Jejaka itu tersenyum sinis, dalam keadaan khayal dia tertawa sinis.
" Come baby.
Dekat sikit biar aku bagi tahu" Ujar jejaka itu dalam nada menggoda.
Tidak sedar bahawa dirinya kini di ambang kematian.
Si gadis hanya menurut.
"Aku nak kau layan akuย dulu baru aku bagi tahu" Ujar jejaka itu dalam nada tersekat sekat.
Si gadis melebarkan senyuman apabila jejaka itu telah memberiย lampu hijau kepada dirinya .
Tangan si gadis menyentuh dada bidang yang terdedah itu sekali lagi.
Jari runcing sengaja di main main kan pada perut jejaka itu.
Sumber:Internet