. Hana menatap lama perutnya yang kian membuncit.
Satu keluhan terlepas daripada bibir mungil si gadis.
"Kenapa mengeluh?" Tanya Afiq yang menyedari akan perubahan riak wajah isterinya itu.
"Sayang rasa tak sedap hati lah abang" Luah si isteri.
Afiq tersenyum nipis.
Kepala isterinya di usap sayang.
Memandang mereka kini berada di pejabatnya milik Afiq tiada apa yang boleh di lakukan oleh Hana melainkan hanya menonton televisyen ataupun melihat isu semasa di media massa.
"Perasaan sayang aje tu.
Baby macam mana? Sihat?" Ujar Afiq sambil mengusap perut Hana yang kian menampakkan bentuk.
"Sihat je, papa" Sahut Hana pula.
Melebar senyuman jejaka itu dibuatnya.
"Sayang bosan ea?" Tanya Afiq pula.
Hana mengangguk perlahan.
Wajah meminta simpati dipamerkan.
"Kejap lagi kita balik ea" Hana tersenyum lebar.
Manakala Afiq pula hanya menggeleng kepala.
Suasana pejabat Afiq kembali sunyi apabila Hana hanya menatap televisyen yang berada di suatu sudut pejabat Afiq itu.
Malah Afiq turut menyiapkan kerjanya.
KLAK Hana tersentak.
Pintu masuk yang dibuka daripada luar menarik perhatian Afiq yang sedang tekun menatap kertas kerjanya.
Begitu juga dengan Hana.
"Erk Sir Afiq, boss panggil.
" Ujar Clara kekok apabila dia menjadi tumpuan pasangan suami isteri itu.
Afiq mengerutkan dahi.
"Untuk apa pula?" Tanya dia.
"Ada projek baru katanya" Jawab Clara sambil menundukkan pandangannya.
"Tolong temankan isteri aku kejap" Arah Afiq dingin, tangannya pula sibuk menyusun semula kertas kerja yang bersepah di atas meja kerjanya.
"Baiklah Sir " Afiq melangkah keluar setelah Clara menyahut.
Setelah pemergian suaminya, Hana tersengih suka apabila ada yang sudi mahu menemani dirinya setelah lama di landa kebosanan.
"Hai, nama apa?" Tanya Hana ramah.
Clara tersenyum kekok.
Dia tidak mengenali wanita yang berbadan dua di hadapannya itu, namun dia yakin wanita itulah yang dia selamatkan semasa di majlis doa selamat tempoh hari.
"Clara Ikin" Jawab Clara sambil menghulurkan tangannya.
Hana tersentak.
"Hana.
Boleh tak saya panggil awak Ikin?" Ujar Hana sambil menyambut huluran tangan Clara itu.
Clara tersenyum.
"Boleh.
Hm, akak mengandung dah berapa bulan?" Tanya Clara apabila menyedari perut Hana yang semakin menunjukkan bentuk.
Hana tergamam mendengar panggilan daripada Clara itu.
Lama dia memerhati wajah Clara yang begitu seiras dengannya.
"Dalam 4 bulan macam tu .
" Clara mengangguk.
"Awak mengingatkan saya dengan seseorang.
" Terjungkit kening Clara apabila kedua tangannya di genggam erat lalu dirinya ditarik lembut untuk duduk di sofa yang telah di sediakan.
"Siapa?" "Kembar akak, wajah awak sama dengan kembar akak.
Boleh akak peluk awak?" Tanya Hana yang hampir mengalirkan air mata kerinduan itu.
Clara tersentak namun tetap jua dia mengangguk.
GRAP "Hiks.. Hiks.." Esakan yang meluncur di bibir mungil Hana membuatkan Clara kalut mahu memujuk.
Sumber:Internet