. "OLIVIA MAYURIN!" Jeritan Amril mengganggu lena si gadis barat.
"Kenapa hubby?" Tanya Rin polos.
Matanya digosok untuk menjelaskan penglihatannya yang kabur.
"Apa kau buat dalam bilik aku ni?" Jerkah Amril.
Terkejut dibuatnya apabila baru sahaja celik mata daripada lena, seorang gadis seksi telah pun elok terlentok tidur berbantalkan lengannya di bilik tidurnya di markas kumpulannya .
"I jaga you lah.
Tak payah terkejut sangat.
You tu semalam asyik meracau.
Takut pulak I dibuatnya.
" Ujar Rin sambil menutup matanya.
Perasaan mengantuk masih lagi mengusai diri.
Amril mengerutkan dahi.
Dia? Meracau? "Boleh percaya ke kau ni? Ke kau sengaja ambil kesempatan?" Ujar Amril pula mengesyaki perbuatan Rin itu.
"Kalau you tak percaya sudah.
I nak sambung tidur.
Ngantuk tahu tak?" Bebel gadis barat itu sambil mengatur postur badannya agar lebih selesa untuk berlabuh ke alam mimpi.
Amril meneguk air liur melihat gadis barat di hadapannya.
Liuk lengkuk badan Rin yang sangat sempurna serta terdedah mampu membuatkan iman seorang Tengku Rashdan AMRIL tergugat .
"Kau tidur sini tak takut ke?" Bisik Amril menggoda di telinga Rin yang sedang memejamkan matanya.
"Apa yang you merepek ni? Buat apa I takut pula?" Tanya Rin, tidak menyedari makna tersirat di sebalik soalan jejaka tampan di hadapannya.
"Aku tengok boleh tahan nipis baju tidur kau ni" Bisik Amril lagi, tetap dalam nada menggoda sambil meniup wajah Rin lembut.
Rin tersentak.
Comforter ditarik pantas untuk menutupi badannya.
Wajahnya yang memucat serta mata yang mencelung tajam membuatkan Amril tergelak sinis.
"Jom, buat anak" "You jangan macam macam.
Luka dekat bahu tu kang berdarah balik baru tahu" Ugut Rin.
Seram sejuk dibuatnya mendengar permintaan di luar jangkaan dia itu.
Lagi pula, Amril bukanlah lelaki yang boleh dibuat main.
Amril tersenyum sinis.
Tangannya naik menyentuh pinggang Rin lalu tubuh badan kecil milik gadis itu ditarik ke dalam dakapannya.
"You! You buat apa ni!" Rin sudah cuak apabila deruan nafas hangat milik Amril jelas terasa menampar lembut wajahnya.
"Stay je sini.
Aku penat.
" Gumam Amril sambil mencari postur tidur yang lebih selesa.
Rin terpempan.
Dada bidang milik jejaka tampan di hadapannya yang tidak berbaju ditatap lama.
Boleh berterabur iman dibuatnya! "Jangan tenung lama lama.
Tergoda aku.
Kang silap hari bulan terbabas pulak" Bisik Amril dalam keadaan mata yang terpejam.
Bagaimana jejaka itu tahu bahawa Rin sedang memerhati dia? Rin terdiam.
Seram jugalah berada di dalam dakapan jejaka dingin itu.
Namun dia gembira, kerana Amril tidak seperti dahulu yang membenci dirinya.
Amril kini lebih banyak menunjukkan perubahan walaupun ianya tidak ketara.
Satu senyuman manis terlakar di bibir gadis itu.
Rin menguap lama lalu matanya terpejam rapat.
Letih lebih banyak menguasai diri kerana menjaga Amril yang asyik meracau di pagi hari tadi.
Dengkuran halus kedengaran bergabung di dalam bilik Amril .
Memang sengaja jejaka itu mahu tidur di markas nya kerana alasannya bosan tinggal di rumah.
Kedinginan daripada pendingin hawa memberatkan kelopak mata si gadis.
Amril pula tersenyum nipis.
Dia menunggu gerak geri seterusnya daripada si gadis.
Namun kelihatannya tiada apa yang mencurigakan.
Sumber:Internet